perkembangan kes covid-19
Perkembangan peningkatan kes covid-19 di seluruh dunia.

Perkembangan kes COVID-19 pada 1 April 2020 di seluruh dunia semakin membimbangkan. Kadar kematian dan kes jangkitan masih meningkat. Bilangan kematian di UK meningkat sebanyak 563 dalam masa 24 jam, menurut Kementerian Kesihatan di sana. Lonjakan rekod tersebut membawa kepada jumlah pesakit yang meninggal dunia di hospital seramai 2,352.

Manakala, Sepanyol pula merekodkan bilangan kematian harian paling tinggi, seramai 864 dalam sehari ssementara bilangan jangkitan naik kepada 102,136 kes.

Di AS pula, bilangan kematian telah melebihi 4,000 dan jumlah kes positif melebihi 200,000.

Sementara itu, bilangan kematian di Iran melebihi 3,000 dengan 138 kematian baru sewaktu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan pandemik tersebut sebagai krisis terburuk sejak Perang Dunia Ke-2.

Di seluruh dunia, lebih daripada 44,000 orang telah meninggal dunia, manakala sramai 900,000 telah didiagnosis dengan virus tersebut dan 190,000 orang telah pulih.

Berikut adalah perkembangan kes Covid-19 pada 1 April 2020 di seluruh dunia:

Rabu, 1 April 2020

– 20.58 GMT – Perdana menteri UK: ‘Hari yang sedih’

Perdana Menteri UK, Boris Johnson menjelaskan maklumat terkini Coronavirus menunjukkan rekod  peningkatan kematian di Britain, sebayak 563.

Beliau merakam ucapannya melalui sebuah rakaman yang dikirim di Twitter: “Jika kita boleh melakukan pendekatan yang telah ditetapkan bersama-sama, jadi saya tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa bilangan tersebut akan menurun.”

– 20:52 GMT – Persidangan Iklim PBB ditangguhkan

Persidangan iklim yang dirancang bertempat di Glasgow pada bulan November telah ditangguhkan ke tahun hadaoan disebabkan oleh situasi Coronavirus seluruh dunia.

– 20:21 GMT – Eritrea mengumumkan 21-hari perintah berkurung untuk membanteras perkembangan COVID-19

Eritrea telah mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah selama 3 minggu, bermula Khamis (2 April)

– 2018 GMT – Sierra Leone mengumumkan 3-hari perintah berkurung

Kerajaan Sierra Leone mengumumkan perintah berkurung selama 3 hari yang akan berkuatkuasa pada hari Ahad (5 April)

– 20:11 GMT – AS melebihi 200,000 kes

Kes novel Coronavirus di AS melebihi 200,000, menurut maklumat yang diperolehi daripada Universiti John Hopkins.

– 19.45 GMT – Lira Turki berada pada tahap krisis

Matawang Lira Turki jatuh sebanyak 1% dalam krisis pandemik Coronavirus yang menjejaskan perdagangan dan perindustrian.

– 19.43 – GMT Qatar melaporkan 54 kes baru

Qatar melaporkan sebanyak 54 kes baru dalam masa 24 jam, membawa jumlah kes positif kepada 835.

– 19:27 GMT – Duterte memberi amaran kepada pengingkaran arahan perintah berkurung

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah memberi amaran bahawa beliau akan mengarahkan pihak pois dan tentera di negara itu untuk menembak mati sesiapa yang mencetuskan masalah seaktu perintah berkurung yang berlangsung selama sebulan di kepulauan Luzon bagi membendung perkembangan kes COVID-19.

– 19:11 GMT – Perancis melaporkan kematian baru

Perancis telah melaporkan 509 lagi kematian akibat Coronavirus dalam masa 24 jam, membawa jumlah kematian di negara itu kepada 4,032.

– 18:44 GMT – Ketua Pengarah WHO sangat bimbang

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata bahawa beliau sangat bimbang akan peningkatan drastik Coronavirus di seluruh dunia.

– 18:02 GMT – Turki melaporkan kes kematian baru

Menteri Kesihatan Turki melaporkan 63 kematian baru akibat Coronavirus, membawa jumlah kematian kepada 277 orang.

– 17:45 GMT – Presiden Kenya meminta maaf atas keganasan pihak polis

Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta telah meminta maaf atas keganasan yang dilakukan oleh pihak polis berikutan penguatkuasaan perintah berkurung minggu lepas.

– 17:42 GMT – Albania melanjutkan perintah berkurung sehingga pekembangan kes COVID-19 berakhir

Sekolah, kafe, restoran dan tempat-tempat awam di Albania akan kekal ditutup dan larangan ke atas aktiviti sosial dan ekonomi akan berlangsung sehingga berakhirnya penularan Coronavirus.

– 17:34 GMT – Putin memberi kuasa kecemasan kerajaan

Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangan undang-undang untuk membenarkan kerajaan mengumumkan kecemasan negara dalam usaha untuk mencantas penularan Coronavirus.

– 17:17 GMT – Italy melaporkan kes kematian baru

Bilangan kematian akibat Coronavirus di Itali telah meningkat 727, menjadikan jumlah kematian kepada 13,155.

– 17:13 GMT – Brazil melaporkan kes Coronavirus orang asli

Seorang orang asli di kawasan pedalaman hutan hujan Amazon telah dijangkiti Coronavirus, berikutlah kes pertama yang dilaporkan berlaku dalam kalangan 300 suku di Brazil.

– 17:08 GMT – Matawang Lebanon semakin lemah berikutan perintah berkurung

Pound Lebanon kini bernilai 47% lebih rendah berbandingnilai tukaran rasminya di pasaran.

– 18:54 GMT – Seorang lelaki Palestin di penjara Israel dibebaskan kerana positif Coronavirus

Seorang lelaki Palestin yang disahkan positif Coronavirus telah dibebaskan dari penjara Israel. Sebelum itu, beliau telah berada dalam penjara tersebut selama 2 minngu dalam tahanan.

– 16:29 GMT – AS menangguhkan lagi perbincangan perlindungan imigresyen

Kerajaan AS telah menangguhkan buat kali kedua, perbincangan bagi migran yang mencari perlindungan di Mexico akibat penularan Coronavirus.

– 16:21 GMT – Kejuaraan Tenis Wimbledon dibatalkan pada tahun 2020

Kejuaraan Wimbledon yang dijadualkan pada 29 Jun – 12 Julai telah dibatalkan pada tahun ini akibat pandemik Coronavirus.

– 16:10 GMT – Syarikat penerbangan Swedish BRA membatalkan semua penerbangannya

Syarikat penerbangan Swedish BRA telah memansuhkan semua trafik antara 6 April sehingga 31 Mei ekoran perkembangan kes COVID-19.

– 16:06 – Banduan kedua di penjara Oakdale Lousiana meninggal dunia

Banduan penjara kedua di penjara persekutuan Oakdale, Lousiana telah meninggal dunia dari COVID-19.

– 15:59 GMT – Pegawai kerajaan Serbia meninggal dunia akibat Coronavirus

Seorang pegawai kerajaan Serbia, Branislav Blazic, merupakan antara 5 orang yang telah meninggal akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

– 15:41 GMT – Jerman melanjutkan kawalan pergerakan sehingga 19 April

Jerman akan melanjutkan perintah kawalan pergerakan semasa sehingga 19 April bagi mengehadkan perkembangan kes COVID-19 selama 2 minggu sehingga 19 April.

– 15:23 GMT – Libya melaporkan kes baru

Pihak berkuasa di Libya melaporkan dua kes baru Coronavirus, menjadikan jumlah kes positif kepada 10.

– 15:18 GMT – UEFA menangguhkan “Champions League”

UEFA menangguhkan semua perlawanan ‘Champions League’ dan ‘Europa League’ kepada tarikh yang akan ditetapkan akibat pandemik Coronavirus.

– 15:14 GMT – Dunia mungkin berisiko mengalami krisis makanan

Dunia berisiko menghadapi krisis kekurangan makanan sekiranya pihak berkuasa gagal menguruskan perkembangan kes COVID-19 dengan betul, menurut WTO, WHO dan PBB.

– 15:10 GMT – Singapura melaporkan 74 kes baru

Singapura melaporkan 74 kes baru Coronavirus menjurus kepada 1,000 kes.

– 15:00 GMT – Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika menjelaskan kekurangan ubat Malaria

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika menjelaskan bahawa ubat malaria dan chloroquine yang berkaitan tidak mencukupi akibat peningkatan keperluan akibat pandemik Coronavirus.

– 14:57 GMT – Switzerland tidak lagi berdepan masalah pengujian COVID-19

Tiada lagi kekurangan kit ujian Coronavirus di Switzerland bagi mengatasi pandemik tersebut.

– 14:54 GMT – Menjejaki kes Coronavirus Afrika

Lebih daripada 200 orang telah meninggal dunia akibat COVID-19 termasuklah segelintir bekas ketua negara tersebut sejak kes pertama disahkan pada bulan Februari.

– 14:39 GMT – Perdana Menteri Portugal berkata bahawa kawalan pergerakan boleh berlangsung selama berbulan-bulan

Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa berkata bahawa negara tersebut mungkin menghadapi kawalan pergerakan selama 1, 2, 3 bulan lagi ekoran peningkatan kematian akibat Coronavirus mencecah 200.

– 14:19 GMT – Kematian di UK meningkat sebanyak 563

Jumlah individu yang mati akibat Coronavirus di hospital di United Kingdom meningkat sebanyak 563 orang menjadikan jumlah kematian kepada 2,352 orang.

– 12:55 GMT – Erdogan: ‘Turki mungkin memerlukan lebih pendekatan jika kuarantin sukarela tidak diendahkan

Turki mungkin akan mengambil pendekatan tambahan sekiranya perkembangan kes COVID-19 merebak secara meluas dan rakyat tidak mengikuti arahan kuarantin sukarela.

– 12:39 GMT – Qatar akan membayar gaji penuh pekerja

Qatar mengumumkan pekerja yang di bawah kuarantin dan rawatan akan menerima gaji penuh.

– 12:00GMT – Turki menghantar bekalan kepada Sepanyol dan Itali

Pihak berkuasa Turki berkata bahawa bekalan perubatan untuk Sepanyol dan Itali berlepas dari lapangan terbang Etimesgut di Ankara. Bekana tersebut termasuk PPE dan cecair anti bakteria.

– 11:10 – Putin mengadakan mesyuarat melalui persidangan video berikutan kebimbangan Coronavirus

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan mesyuarat kerajaan melalui persidangan video sehari selepas seorang doktor yang bertemu dengan Putin menghidap Coronavirus.

– 10:50 GMT – Polis New Zealand mendesak pencuri khemah ujian Coronavirus menjalani ujian COVID-19

Pencuri yang mencuri di khemah ujian Coronavirus di New Zealand telah meletakkan diri mereka dalam risiko mendapat Coronavirus dan perlu menjalani ujian, tegas pihak polis New Zealand.

– 10:30 GMT – Bekas Perdana Menteri Somali meninggal dunia setelah menghidap Coronavirus

Bekas Perdana Menteri Somalia, Nur Hassan Hussein telah meninggal dunia di hospital London selepas dijangkiti Coronavirus.

– 10:15 GMT – Bilangan kematian di AS melebihi 4,000

Kematian akibat Coronavirus di AS telah melebihi 4,000, jumlah tersebut berganda dari 3 hari yang lepas.

– 09:58 GMT – Sepanyol merekodkan lebih dari 100,000 kes Coronavirus

Perkembangan kes COVID-19 di Sepanyol melebihi 100,000 manakala, bilangan kematian pula direkodkan sebanyak 864.

– 09:56 GMT – Bilangan kematian Coronavirus di Iran mencecah 3,036 orang

Bilangan kematian di Iran mencecah 3,036 dengan 138 kematian dalam 24 jam yang lepas. Kes baru pula sebanyak 2,978.

– 09:20 GMT – White House mengunjur sebanyak 240,000 kematian di AS

White House telah mengunjurkan antara 100,000 hingga 240,000 kematian di AS akibat pandemik Coronavirus jika panduan penjarakan sosial dikekalkan.

– 09:05 GMT – Indonesia mengesahkan 149 kes baru jangkitan Coronavirus

Indonesia mengesahkan sebanyak 149 kes baru Coronavirus, membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,677. Manakala, 21 kematian baru dilaporkan, menjadikan angka kematian setakat ini mencecah 157 orang.

– 08:56 GMT – Filipina melaporkan 227 kes Coronavirus baru, 8 lagi kematian

Filipina merekodkan sebanyak 227 kes Coronavirus baru dan 8 lagi kematian. Jumlah kes dan kematian adalah sebanyak 2,311 dan 96.

– 08:42 GMT – Seorang remaja British berusia 13 tahun mati akibat Coronavirus tanpa kehadiran keluarga

Ismail Mohamed Abdulwahab, seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari Lonon yang telah diuji positif COVID-19 telah meninggal dunia. Beliau adalah mangsa termuda Coronavirus di negara itu.

– 07:31 GMT – Nikkei Tokyo jatuh lebih daripada 4% ekoran Coronavirus

Indeks Nikkei Jepun jatuh melebihi 4% dengan kebimbangan kemungkinan arahan perintah berkurung dijalankan di ibu negara tersebut.

– 07:51 GMT – Pesakit yang terselamat dari Coronavirus berkongsi pengalaman mereka

Dengan peningkatan kes COVID-19 di serata dunia, pesakit-pesakit yang berjaya mengatasi penyakit tersebut telah berkongsi pengalaman dan nasihat mereka di media sosial.

– 06:50 GMT – Kapal terbang Rusia berlepas ke AS dengan bantuan

Sebuah kapal terbang tentera Rusia berlepas ke AS bersama kelengkapan perubatan dan topeng muka untuk membantu Washington mengatasi Coronavirus.

– 06:34 GMT – UK menyasarkan untuk menguji serama 25,000 orang setiap hari bagi mengesan Coronavirus

Britain menyasarkan untuk meningkatkan bilangan ujian untuk Coronavirus kepada 25,000 dalam sehari pada pertangahan bulan ini.

– 06:11 GMT – Aktiviti perkilangan di Rusia berkurangan di bulan Mac

Aktiviti perkilangan di Rusia semakin berkurang sejak 11 Mac akibat penularan Coronavirus yang menurunkan jumlah klien.

– 05:15 GMT – Internet di kem pelarian Rohingya di Bangladesh dikembalikan semula

Terdapat laporan bahawa internet telah dikembalikan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh, berikutan kebimbangan ‘blackout’ yang terjadi akan memisahkan penduduk daripada mendapat maklumat yang penting.

– 05:00 GMT – Korea Selatan meaporkan 101 kes baru yang berkait dengan ketibaan dari luar negara

Korea Selatan telah melaporkan 101 kes baru COVID-19, kebanyakannya dari dan di sekitar Seoul. Majoriti kes terlibat dengan individu yang baru tiba dari luar negara.

– 04:35 GMT – Kluster jangkitan di kalangan pekerja perubatan di Mexico

Segelintir doktor dan jururawat yang bertugas di hospital di utara Mexico telah didiagnosis dengan Coronavirus.

– 04:30 GMT – Jerman melaporkan sebanyak 5,435 kes tambahan.

Institut Robert Koch di Jerman menjelakan bahawa negara tersebut telah mengesahkan kes positif Coronavirus sebanyak 5,453 dan 149 kematian. Negara tersebut kini mempunyai sejumlah 67,366 kes dan 732 kematian.

– 04:20 GMT – Taiwan akan menyumbang 10 juta topeng muka kepada negara-negara yang memerlukan

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen berkata bahawa negara itu akan menyumbang sebanyal 10 juta topeng muka dan peralatan perubatan lain kepada pihak berikatnya dan negara-negara yang terjejas teruk dengan Coronavirus serta berkolaborasi untuk mengembangkan rawatan dan vaksin.

– 04:00 GMT – Jepun akan melakukan semua yang diperlukan bagi mengawal Coronavirus

Sekretari Ketua Kabinet, Yoshihide Suga memberitahu wartawan bahawa pihak kerajaan Jepun akan melakukan semua perkara yang diperlukan bagi mengawal Coronavirus.

– 03:45 GMT – Malaysia mengetatkan perintah kawalan pergerakan fasa 2

Malaysia mengetatkan kawalan pergerakan ke fasa dua sehingga 14 April 2019.

– 02:40 GMT – Taiwan menggesa orang ramai memakai topeng muka sewaktu dalam pengangkutan awam

Semua orang yang menggunakan pengangkutan awam di Taiwan perlu memakai topeng muka bermula hari ini, manakala orang yang demam tidak boleh memasuki stesyen atau lapangan terbang.

– 02:20 GMT – Bekalan perubatan AS hampir kehabisan pakaian perlindungan (PPE)

Bekalan kecemasan peralatan perubatan kerajaan AS hampir kehabisan pakaian perlindungan (PPE).

– 02:15 GMT – Maklumat dari China tertangguh, kes-kes asimptomatik mungkin dilaporkan

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China masih belum mengeluarkan perkembangan terkini mengenai kes Coronavirus, dengan jangkaan penambahan kes asimptomatik dalam laporan.

– 02:00 GMT – Dua orang staf luar negara meninggal dunia di US State Dept’

Seorang berbangsa Indonesia, dan seorang lagi dari Republik Congo. Kedua-duanya dilaporkan mati akibat Coronavirus.

– 01:32 GMT – Hong Kong memberitahu bahawa seekor kucing disahkan positif Coronavirus

Jabatan Agrikultur, Perikanan dan Konservasi Hong Kong telah mendedahkan kajian seekor kucing yang diuji positif dengan Coronavirus.

– 00:30 GMT – Panduan Coronavirus Trump Untuk Amerika

Presiden AS, Trump telah berkongsi di Twitter tentang panduan Coronavirus untuk Amerika selepas memberi amaran bahawa negara tersebut akan melalui tempoh yang paling teruk dalam dua minggu seterusnya.

SUMBER

https://www.devex.com/news/covid-19-a-timeline-of-the-coronavirus-outbreak-96396

https://www.who.int/news-room/detail/27-04-2020-who-timeline—covid-19

https://www.businessinsider.com/coronavirus-pandemic-timeline-history-major-events-2020-3

Summary
Perkembangan Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia (1 April 2020)
Article Name
Perkembangan Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia (1 April 2020)
Description
Perkembangan kes Coronavirus pada 1 April 2020 di seluruh dunia semakin membimbangkan. Kadar kematian dan kes jangkitan masih meningkat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: