perkembangan janin
Untuk wanita hamil, perkembangan janin di dalam tubuhnya merupakan pengalaman yang menakjubkan meskipun dia akan merasakan pelbagai perasaan yang membuatkan dia tidak rasa bersemangat seperti dulu.

Untuk wanita hamil, perkembangan janin di dalam tubuhnya merupakan pengalaman yang menakjubkan meskipun dia akan merasakan pelbagai perasaan yang membuatkan dia tidak rasa bersemangat seperti dulu.

Pengalaman kehamilan setiap wanita adalah berbeza, meskipun daripada mak yang sama dengan kehamilan yang berbeza. Sesetengah simptom kehamilan berlaku selama beberapa minggu atau bulan manakala rasa ketidakselesaan adalah sementara atau tidak berlaku pada semua wanita.

Kehamilan normal selalunya sehingga 40 minggu, dikira daripada hari pertama wanita tersebut datang haid di mana 2 minggu sebelum penghamilan sebenarnya berlaku.

Kehamilan di bahagikan kepada 3 trimester dan setiap fasa sehingga 12 – 13 minggu. Ketika setiap trimester, perubahan tubuh badan wanita hamil berlaku bersama dengan perkembangan janin, dan ini merupakan fasa perkembangan janin dari bulan ke bulan.

Tahap Tumbesaran Bulan Ke Bulan Semasa Kehamilan

– Trimester pertama (1 hingga 3 bulan – Minggu 1 hingga 12)

Trimester pertama adalah perkembangan janin di awal 12 minggu, daripada 1 – 3 bulan kehamilan. Pada semester ini bayi anda akan berubah daripada zigot kepada embrio. Uri yang mengandungi ketuban akan terbentuk di sekelilingnya.

Pada bulan pertama kehamilan, placenta akan terbentuk menjadi sumber makanan untuk bayi anda sepanjang kehamilan. Wajah primif akan terbentuk dengan bulatan hitam besar sebagai mata.

Pembentukan mulut, rahang bawah dan tekak. Sel darah akan terbentuk dan peredaran darah akan bermula. Tiub jantung kecil akan berdenyut 65 kali seminit pada hujung minggu ke – 4. Dengan saiz 1/4 inci panjang.

Pada bulan ke-2 kehamilan, ciri wajah dan tubuh anak anda akan mula terbentuk. Tiub saraf sudah terbentuk pada ketika ini. Kepala bayi anda akan kelihatan lebih besar daripada tubuh badan lain pada ketika ini.

Pada minggu ke – 6 degupan jantung anak anda boleh dikenalpasti. Selepas minggu ke – 8 bayi anda mula dipanggil sebagai janin dan bukan lagi embrio. Saiz bayi anda pada hujung bulan ke – 2 adalah 1 inci panjang dengan berat 1/30 auns.

Lengan, tangan, jari, kaki dan jari kaki telah terbentuk dengan sepenuhnya pada 3 bulan kehamilan. Bayi anda mula bergerak sedikit demi sedikit malah organ pembiakan anak anda sudah mula terbentuk tetapi masih sukar dikenalpasti.

Pada hujung bulan 3, bayi anda akan terbentuk sepenuhnya. Saiz bayi sepanjang 4 inci dengan berat 1 auns. Memandangkan pembentukan penting telah berlaku, kemungkinan keguguran menurun selepas 3 bulan.

– Trimester kedua (4 hingga 7 bulan – Minggu 13 hingga 28)

Tahap pertengahan kehamilan selalunya menjadi pengalaman yang paling menyeronokkan. Pada ketika ini alahan anda atau morning sickness mungkin telah hilang dan sebarang ketidakselesaan pada awal kehamilan mula berkurangan.

Bayi anda sudah mula terbentuk ciri – ciri tubuhnya pada trimester ini. Anda mungkin sudah mula merasakan pergerakan kerana anak anda mula bergerak dan berpusing di dalam rahim.

Kebanyakan orang mula mengetahui jantina bayi mereka pada trimester ini. Ia selalunya dilakukan ketika pemeriksaan anatomi sekitar minggu ke – 20.

Dalam bulan ke-4 kehamilan, degupan jantung anda mula kedengaran dengan alat yang dikenali sebagai doppler. Bayi anda boleh menghisap ibu jarinya, menguap dan merengangkan badan serta membuat muka. Sistem saraf mula berfungsi. Pada hujung bulan ini, saiz bayi anda menjadi 6 inci panjang dengan berat 4 auns.

Pada bulan ke – 5, anda akan mula merasakan pergerakan anak anda. Anak anda membentuk otot dan mula bersenam menggunakannya.

Pergerakan pertama atau dipanggil quickening membuatkan anda rasa terkejut dan gembira. Rambut anda yang terbentuk pada ketika ini akan melindungi bayi anda dan akan gugur pada hujung minggu pertama dilahirkan.

Kulit bayi anda diliputi lapisan putih yang dipanggil vernix caseosa. Bahan berlendir ini melindungi kulit bayi anda daripada terdedah terlalu lama pada air ketuban. Lapisan ini akan tanggal sebelum dilahirkan.

Bayi anda sepanjang 10 inci dan seberat 1/2 hingga 1 paun pada hujung minggu ke-20.

Bulan ke – 6, kelopak mata bayi anda mula terbuka dan matanya boleh terbuka. Bayi anda mula memberikan tindak balas terhadap bunyi dengan bergerak atau meningkatkan nadi.

Anda mungkin sedar terdapat pergerakan bergegar jika bayi anda tersedu. Pada hujung bulan ke – 6 ini, bayi anda akan sepanjang 12 inci dan dengan berat 2 paun.

Minggu ke – 25 bermula, bererti kini anda telah mengandung selama 7 bulan. Bayi anda semakin matang dan membentuk lemak badan. Pendengaran bayi anda juga telah terbentuk sepenuhnya.

Bayi anda berubah posisi dengan lebih kerap dan memberi tindak balas terhadap stimulasi termasuklah bunyi, sakit dan cahaya. Air ketuban mula berkurangan. Bayi anda pada minggu ke 28 bersaiz 14 inci panjang dan berat 2 – 4 paun.

– Trimester ketiga (8 hingga 10 bulan – Minggu 29 hingga 40)

Ini merupakan trimester terakhir kehamilan anda. Anda sudah mula menghitung hari kelahiran, pada pembentukan terakhir pada setiap minggu membantu bayi anda bersedia untuk dilahirkan. Bayi anda akan bertambah berat badan dengan cepat, menambah lemak badan yang membantu selepas lahir.

Meskipun budaya sering mengetengahkan bahawa anda mengandung selama 9 bulan, tetapi anda mungkin mengandung selama 10 bulan. Kehamilan penuh selalunya 40 minggu di mana mengambil masa kehamilan anda sehingga 10 bulan.

Anda juga mungkin lambat tempoh bersalin dalam seminggu ke dua minggu (minggu 41 – 42). Doktor pakar puan anda akan sentiasa memerhatikan anda apabila anda hampir tiba tarikh bersalin. Berbincanglah dengan doktor anda ketika trimester ini tentang rancangan kelahiran anda.

Bulan ke-8 (minggu 29 – 32). Bayi anda bertambah matang dan anda akan perasan bayi anda lebih kerap menendang. Otak bayi akan membentuk dengan cepat pada ketika ini dan bayi anda boleh melihat dan mendengar.

Meskipun sistem dalaman telah terbentuk sepenuhnya tetapi paru – paru anak anda masih kurang matang. Bayi anda dengan panjang 18 inci dan 5 paun berat.

Pada bulan ke-9 iaitu minggu ke – 33 hingga minggu ke – 36, paru – paru anak anda semakin hampir matang sepenuhnya. Refleks bayi anda adalah sejajar jadi dia boleh mengerdipkan mata, menutup mata, memusingkan kepala, memegang erat dan memberi respons terhadap bunyi, cahaya dan sentuhan. Bayi anda kini sepanjang 17 hingga 19 inci dan beratnya daripada 5 paun separuh sehingga 6 paun separuh.

Bulan terakhir (bulan ke-10 – minggu 33 hingga minggu 40), anda boleh masuk ke bilik bersalin pada bila – bila masa. Anda akan perasan bayi anda kurang bergerak kerana ruang semakin sempit. Pada ketika ini posisi bayi anda akan berubah, bersedia untuk dilahirkan.

Kepala bayi anda sepatutnya berada di pintu rahim. Anda akan berasa sangat tidak selesa pada ketika ini kerana bayi anda akan keluar melalui pintu rahim anda atau pelviks. Bayi anda sudah bersedia untuk menemui anda pada ketika ini. Bayi anda dalam 18 hingga 20 inci panjang dan berat 7 paun.

Pengembaraan anda sebagai ibu kini bermula. Pembentukan bayi anda tidak berakhir apabila dilahirkan. Anak anda akan belajar dan melalui pengalaman baru manakala otak anak anda akan berhubung serta bertambah kuat. Semoga anak kita membesar menjadi individu yang sihat dan berguna untuk masyarakat, bangsa dan negara.

SUMBER

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/7247-fetal-development-stages-of-growth

https://www.verywellmind.com/stages-of-prenatal-development-2795073

Summary
Perkembangan Janin - 9 Bulan Penantian
Article Name
Perkembangan Janin - 9 Bulan Penantian
Description
Untuk wanita hamil, perkembangan janin di dalam tubuhnya merupakan pengalaman yang menakjubkan meskipun dia akan merasakan pelbagai perasaan yang membuatkan dia tidak rasa bersemangat seperti dulu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: