perkembangan budak 2 tahun
Setelah anak anda berusia 2 tahun, anda mungkin akan melihat beberapa perubahan besar pada si kecil hampir setiap bulan.

Setelah anak anda berusia 2 tahun, anda mungkin akan melihat beberapa perkembangan dan perubahan besar pada si kecil hampir setiap bulan. Mereka mungkin mula berasa bebas ketika meneroka persekitaran mereka sendiri. Ada juga kemungkinan bahawa mereka akan mula menunjukkan minat untuk melakukan lebih banyak perkara tanpa bantuan anda.

Sekarang, mari kita baca informasi lanjut tentang perkembangan kanak-kanak berusia 2 tahun seperti di bawah. Anda juga boleh membaca artikel lain bagi perkembangan budak mengikut tahun seperti dalam kandungan berikut.

Kandungan

  1. Perkembangan budak: 1 tahun
  2. Perkembangan budak: 2 tahun
  3. Perkembangan budak: 3 tahun
  4. Perkembangan budak: 4 tahun
  5. Perkembangan budak: 5 tahun

Pertumbuhan

Selepas ulang tahun yang ke-2, kadar pertumbuhan anak anda akan menjadi perlahan. Mereka adalah sangat aktif pada usia ini dan mula kehilangan penampilan semasa bayi. Walaupun semua kanak-kanak boleh tumbuh dengan kadar yang berbeza, berikut adalah purata berat dan tinggi untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 2 tahun:

  • Berat badan –  Kenaikan berat badan dengan purata sekitar 4 hingga 6 paun setahun.
  • Tinggi – Pertumbuhan dengan purata sekitar 2 hingga 3 inci setiap tahun.

Corak tidur

Antara usia 1 dan 2 tahun, seorang kanak-kanak yang cukup rehat biasanya tidur lebih 12 jam dalam jangka masa 24 jam. Namun, ketika anak anda semakin berusia, waktu tidur akan berkurangan menjadi sekitar 11 jam sahaja, terutama pada apabila semakin menghampiri ulang tahunnya yang ketiga. Selain itu, terdapat juga perubahan pada berapa kali dia tidur sehari. Sekitar usia 2 tahun, kanak-kanak sering tidur sebentar pada waktu pagi, tidur lebih lama pada waktu petang, dan kemudian tidur sepanjang malam.

Pembangunan dan interaksi sosial

Kebanyakan kanak-kanak berusia 2 tahun adalah “egosentris” secara semula jadi, yang bermaksud mereka belum dapat memahami bahawa orang lain mungkin mempunyai pemikiran atau masalah sendiri selain daripada apa yang mereka ketahui. Anak anda pada usia ini berfikir bahawa dunia berputar di sekeliling mereka dan berasaskan keperluan mereka setiap saat.

Oleh itu, jangan terkejut jika anak kecil anda belum bersedia bermain dengan kanak- kanak lain dengan cara tradisional, seperti kelakuan ‘give-and-take’. Sebaliknya, mereka mungkin lebih suka bermain di sekitar kanak-kanak lain, berbanding bermain bersama mereka. Tetapi, mereka masih berasa selesa berada di sekitar orang lain. Ini juga adalah pendekatan yang baik bagi membantu anak anda belajar mengenai interaksi sosial.

Perkembangan kognitif

Pada usia 2 tahun, anda akan mula melihat anak kecil anda bermain dengan permainan khayalan dan menggabungkan beberapa aktiviti bersama menjadi urutan yang lebih rumit dan beralih dari satu mainan atau aktiviti ke permainan yang lain. Ini adalah tanda bahawa minda mereka sudah boleh berhubung dengan lebih banyak dan mula memahami hubungan antara objek atau idea yang berbeza.

Di samping itu, mari ketahui maklumat lebih lanjut bagi aspek di bawah pula.

Percakapan dan bahasa

Walaupun kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza, kebanyakan kanak-kanak pada usia ini sudah boleh menguasai sekurang-kurangnya 50 perkataan. Namun, kemahiran berbahasa kanak-kanak lelaki mungkin berkembang pada kadar yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan. Tetapi, sebelum usia 3 tahun, kebanyakan kanak-kanak seusia sudah dapat menyatukan tiga perkataan bersama.

Bermain

Ini juga merupakan masa di mana anak anda akan mula meneroka, mencuba dan mengetahui bagaimana sesuatu itu berfungsi semasa mereka bermain. Jadi, ianya penting agar anda menawarkan sebanyak mungkin objek untuk mereka terokai seperti bermain pasir atau bermain di taman.

Oleh sebab itu, anak anda mungkin akan gemar melakukan perkara yang sama berulang kali, seperti menjatuhkan menara blok berulang kali. Mengulangi tingkah laku yang sama membantu anak anda belajar, walaupun anda mungkin mahukan anak anda melakukan sesuatu yang lebih daripada ini.

Emosi

Usia ini seringkali dikaitkan dengan permulaan amarah bagi kanak-kanak. Ini sememangnya dijangkakan kerana pada usia ini, kanak-kanak sudah mula belajar bagaimana untuk mengekspresikan diri ketika berasa sedih, kecewa, letih atau lapar.

Memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran lisan untuk mengatakan, emosi secara tepat, mereka tidak dapat memberitahu perasaan mereka. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk menunjukkannya. Jadi, jangan terkejut apabila anak anda jatuh ke tanah dan mula menjerit. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan kanak-kanak yang normal.

Perkembangan pergerakan

Anak anda yang berusia 2 tahun akan suka menunjukkan kemahiran motor mereka. Sama ada berlari, memanjat, melempar atau menendang, anda boleh melihat kemajuan yang hebat antara usia 2 dan 3 tahun. Mereka juga akan mula berjalan lebih seperti orang dewasa biasa. Selain itu, pada usia ini, mereka juga akan dapat berjalan di sebelah anda tanpa terjatuh dan seharusnya dapat menaiki atau menuruni tangga dengan sedikit bantuan.

Anda juga mungkin menyedari anak anda baru mula mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap pergerakan tangan dan jari mereka, yang merupakan tanda bahawa mereka sedang membina kemahiran motor halus. Malah, anak anda juga mungkin sudah dapat memegang pensil atau krayon dan melukis garisan dan bulatan perlahan-lahan.

Nutrisi

Berikan anak anda pelbagai makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk tenusu. Biarkan mereka makan sendiri dan pilih apa yang mereka mahu makan. Sekiranya anak anda tidak menyukai makanan tertentu, teruskan memberikannya. Mereka mungkin akan berubah fikiran pada kemudian hari. Pada peringkat ini, anak anda harus makan kira-kira 3 kali bagi ‘full meal’ dan 2 kali bagi makanan ringan yang sihat sehari. Jangan risau jika anak anda kadangkala tidak makan banyak. Hanya pastikan bahawa makanan yang diambil itu haruslah seimbang dan berkhasiat buat pertumbuhan dan kesihatan mereka.

Pada usia ini, anak anda seharusnya sudah dapat menggunakan sudu, minum dari cawan dengan satu tangan, dan memberi makan pelbagai jenis makanan. Namun, dia masih belajar mengunyah dan menelan dengan cekap dan mungkin menelan makanan kerana tergesa-gesa untuk terus bermain. Disebabkan itu, risiko berlakunya tersedak adalah tinggi. Jadi, pastikan anda sentiasa bersama anak anda terutama ketika mereka sedang makan.

Cara membantu perkembangan anak anda

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anak kecil anda:

  • Sediakan waktu khas untuk membaca buku bersama anak kecil anda.
  • Galakkan anak anda untuk mengambil bahagian dalam permainan berpura-pura.
  • Main perbarisan atau ikuti pergerakan anak kecil anda.
  • Bantu anak anda meneroka perkara di sekelilingnya dengan membawanya berjalan-jalan.
  • Galakkan anak anda memberitahu nama dan usianya.
  • Ajarkan anak anda lagu-lagu mudah dengan pergerakan yang boleh diikuti.
  • Tunjukkan tingkah laku positif serta hadkan perhatian untuk tingkah laku yang negatif seperti amukan. Ajar anak anda cara betul untuk menunjukkan bahawa dia sedang kecewa.

Tanda-tanda masalah pembangunan (Perkara yang perlu diperhatikan)

Semua kanak-kanak berkembang dengan kadar yang sedikit berbeza. Tetapi, ada beberapa perkara yang dapat menandakan jika adanya masalah perkembangan yang boleh berlaku. Bercakap dengan doktor anak anda sekiranya anak anda:

  • Tidak berjalan dengan stabil.
  • Tidak meniru tindakan dan perkataan daripada orang lain.
  • Tidak mengikuti arahan mudah.
  • Kehilangan kemahiran yang pernah dimiliki.
  • Tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan objek biasa, seperti telefon, garpu, sudu atau berus.
  • Tidak menyebut frasa dengan lebih daripada satu perkataan seperti, “lebih banyak susu”.

SUMBER

https://www.verywellfamily.com/2-year-old-developmental-milestones-2631964

https://www.cdc.gov/ncbddd/childdevelopment/positiveparenting/toddlers2.html

https://www.webmd.com/parenting/guide/child-at-2-milestones#1

https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/Feeding-and-Nutrition-Your-Two-Year-Old.aspx

https://www.parents.com/toddlers-preschoolers/sleep/101/toddler-sleep-101-what-you-need-to-know

https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-growing-child-2-year-olds-90-P02303

Summary
Perkembangan budak: 2 tahun
Article Name
Perkembangan budak: 2 tahun
Description
Setelah anak anda berusia 2 tahun, anda mungkin akan melihat beberapa perubahan besar pada si kecil hampir setiap bulan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: