perkembangan 4 bulan
Dalam usia 4 bulan, bayi anda akan menjadi lebih peka dan aktif berbanding sebelum ini.

Dalam usia 4 bulan, bayi anda akan menjadi lebih peka dan aktif berbanding sebelum ini. Malah, mereka juga akan mula memperlihatkan perkembangan keperibadian sendiri dan membina kemahiran yang diperlukan untuk merangkak, duduk dan lain-lain lagi.

Sekarang, mari kita lihat beberapa aspek tentang perkembangan bayi 4 bulan seperti di bawah. Anda juga boleh membaca artikel lain bagi perkembangan bayi mengikut bulan seperti dalam kandungan berikut.

Kandungan

  1. Perkembangan bayi: 1 bulan
  2. Perkembangan bayi: 2 bulan
  3. Perkembangan bayi; 3 bulan
  4. Perkembangan bayi: 4 bulan
  5. Perkembangan bayi: 5 bulan
  6. Perkembangan bayi: 6 bulan
  7. Perkembangan bayi: 7 bulan
  8. Perkembangan bayi: 8 bulan
  9. Perkembangan bayi: 9 bulan
  10. Perkembangan bayi: 10 bulan
  11. Perkembangan bayi: 11 bulan
  12. Perkembangan bayi: 12 bulan

Pertumbuhan (berat, ketinggian, fizikal)

Berat purata bagi bayi berusia 4 bulan adalah 14.2 paun (6.4kg) untuk bayi perempuan dan 15.4 paun (7kg) untuk bayi lelaki. Purata panjang (ketinggian) ialah 24.4 inci untuk bayi perempuan dan 25.2 inci untuk bayi lelaki. Lebih-lebih lagi, bayi anda mungkin bertambah berat badan sebanyak 1 paun (0.4kg) hingga 1.25 paun (0.5kg) pada bulan ini.

Jika bayi anda tidak berada dalam lingkungan purata ini, serta sekiranya doktor bayi anda tidak kelihatan bimbang, jadi anda juga tidak perlu bimbang. Setiap corak pertumbuhan bayi adalah berbeza. Bayi yang sihat cenderung mengikuti lengkung pertumbuhan semulajadi, kekal dalam peratus yang sama ketika semakin berusia.

Maklumat kesihatan dan perubatan

Dalam bulan ini, bayi anda akan mempunyai satu lagi pemeriksaan untuk memeriksa pertumbuhan dan perkembangan penting serta satu lagi pusingan vaksin. Apabila berjumpa dengan doktor bayi anda, anda boleh bertanyakan tentang corak tidur bayi pada usia ini atau perkara lain yang anda bimbangkan.

Selain itu, pada bulan ini, bayi anda akan mendapat dos kedua dalam siri vaksin penting, seperti DTaP, Hib, IPV, PCV dan RV. Sentiasa cuba hiburkan bayi anda ketika mereka menerima suntikan kerana pada usia ini, mereka mungkin menangis lebih kuat berbanding ketika masih kecil.

Corak tidur

Purata tempoh tidur bagi bayi berusia 4 bulan adalah antara 12 dan 16 jam setiap hari. Ini bermakna 2 kali tidur pada waktu siang (pagi dan petang selama 3 hingga 4 jam setiap satu) dan tidur yang lebih lama pada waktu malam.

Memandangkan bayi anda sekarang adalah lebih aktif dan berwaspada pada siang hari, tidur pada waktu petang boleh menjadi lebih sukar. Kekalkan rutin tidur yang sama dan anda mungkin mendapati bahawa mandian suam, urutan lembut, atau penyusuan mungkin boleh membantunya tidur lebih baik.

Pembangunan sosial dan interaksi

Bayi anda akan tersenyum secara spontan terutamanya pada orang, memberi respon pada kasih sayang, dan suka bermain dengan anda (mereka mungkin menangis ketika henti bermain). Kini, anda lebih mudah mengetahui sama ada mereka berasa gembira atau sedih. Jadi, anda boleh mula berseronok dengan bayi anda dan melihat, tersenyum, ketawa dan ‘bercakap’ antara satu sama lain.

Pada usia ini, akan ada banyak ‘bebelan’ dan bayi anda akan cuba bereksperimen dengan bunyi berbeza setiap masa. Malah, ia juga akan berminat untuk meniru pergerakan, ekspresi muka dan bunyi anda.

Peningkatan pergerakan dan kesedaran kognitif menjadikannya lebih ingin tahu tentang dunia di sekelilingnya. Dia juga mungkin akan menjadi lebih sensitif terhadap nada suara anda. Suara lembut anda dapat menenangkan dan meyakinkannya, manakala nada yang lebih keras, akan memberitahunya bahawa ada sesuatu yang salah.

Perkembangan kognitif

Dalam perkembangan bayi 4 bulan, dunia di sekeliling bayi anda menjadi lebih fokus secara literal, kerana penglihatan jarak jauhnya bertambah baik. Dia mungkin mula mengenali anda dan wajah-wajah yang biasa dari jauh, dan dapat mengikuti objek bergerak dengan menggerakkan matanya dari sisi ke sisi. Penglihatan warnanya juga bertambah baik, jadi anda mungkin menyedari bayi anda lebih menyukai warna merah dan biru. Cermin yang tidak pecah adalah satu mainan yang hebat kerana mereka dapat melihat pelbagai warna dan bentuk serta pergerakan sendiri yang dipantulkan kembali pada cermin.

Bukan sahaja deria penglihatannya semakin matang, kemahiran bahasanya juga semakin baik berdasarkan perkembangan pendengaran dan kognitif. Bayi anda mungkin dapat meniru beberapa irama, nada dan corak beberapa perkataan apabila anda bercakap dengannya. Tangisannya mungkin berbeza mengikut keperluan. Di samping itu, bayi anda mungkin terdengar seperti sedang membebel, tetapi dia sebenarnya sedang membina asas kukuh untuk bercakap kemudian.

Perkembangan pergerakan

Pada usia ini, bayi anda boleh mengangkat tangannya apabila diletakkan di atas perutnya dan mengekalkan paras kepalanya apabila disandarkan dalam kedudukan duduk. Dia juga boleh berguling dan mencapai objek. Separuh daripada kesemua bayi pada usia ini juga akan dapat menampung berat badan pada kaki mereka apabila dipegang secara tegak. Malah, kebanyakan bayi akan bermain dengan jari kaki dan juga mulut mereka.

Jika perkembangan bayi anda lebih cepat, dia boleh duduk tanpa bantuan pada usia ini atau bahkan dapat berdiri sambil berpegang pada seseorang. Bayi anda juga boleh bekerja keras untuk mendapatkan mainan yang tidak dapat dicapai dan memberi respon yang sedih jika anda mengambil mainan kegemaran. Akhirnya, dengarlah suara bayi anda. Bebelannya mungkin termasuk lebih banyak vokal dan gabungan konsonan, dan anda akan mendengar bayi berbunyi seperti “ga-ga-ga” atau “ba-ba-ba.

Seterusnya, bayi pada usia ini suka melihat diri mereka di cermin dan mungkin tersenyum dan bercakap dengan pantulan mereka. Mereka juga boleh menunjukkan emosi seperti kemarahan dan kekecewaan. Anda juga akan dapat mengetahui isyarat bayi jika ia lapar atau lelah supaya anda dapat memberi respon kepada mereka.

Nutrisi

Pada usia 4 bulan, bayi anda masih mendapatkan semua keperluan nutrisinya daripada susu ibu, susu formula atau gabungan kedua-duanya. Cara terbaik untuk mengetahui bila tiba masanya untuk memberi bayi anda makan adalah untuk melihat tanda-tanda bahawa dia lapar. Ini termasuklah jika bayi anda menjilat bibirnya, menjelir lidahnya, merengek, atau menghisap ibu jarinya.

Sebagai garis panduan umum, bayi anda mungkin memerlukan kira-kira 4 hingga 6 auns setiap tiga hingga lima jam. Pembekal penjagaan kesihatan anda juga akan memastikan bayi anda cukup makan dengan menjejaki pertumbuhannya dari semasa ke semasa.

Setiap bayi mungkin bersedia untuk makanan pepejal pada usia yang berbeza. Sekiranya anda tertanya-tanya akan hal ini, bertanyakan pada doktor bayi. Sebelum itu, kenal pasti tanda-tanda seperti:

  • Bayi boleh mengangkat kepalanya dengan tinggi untuk jangka masa yang panjang.
  • Bayi boleh duduk tegak (sementara disokong) di kerusi yang tinggi.
  • Bayi telah mencapai berat badan dua kali ganda dan mempunyai berat sekurang-kurangnya 13 paun (sekitar 6kg).
  • Bayi berminat dengan makanan dan membuka mulutnya untuk merasanya.

Cara kesan lampin basah

Anda masih mahu mengesan lampin bayi yang basah dan kotor serta kekerapan dan konsistensi najis untuk memastikan dia mendapat nutrisi yang mencukupi. Berapa banyak lampin basah yang ideal bagi bayi berumur 4 bulan yang sihat? Biasanya, ia adalah sekitar empat atau lima lampin yang sangat basah setiap hari.

Bagaimana untuk membantu bayi anda berkembang

Anda mungkin boleh mencuba beberapa cara untuk membantu memupuk perkembangan bayi 4 bulan anda dari pakar pediatrik atau ibu bapa yang lain. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda memulakan aktiviti dengan bayi anda.

Untuk menggalakkan pembangunan visual:

  • Gantungkan telefon bimbit yang berwarna-warni di atas katilnya, tetapi pastikan ia selamat di luar jangkauannya.
  • Biarkan dia mengagumi imej dan pergerakannya dalam cermin.
  • Main ‘peekaboo’ untuk membantunya mempelajari tentang sesuatu ketetapan.

Untuk menggalakkan pergerakan dan kawalan motor:

  • Lakukan ‘tummy time’. Angkat kepala dan dadanya semasa ia baring pada perutnya (pastikan anda berdekatan). Ini akan menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk berguling dan duduk.
  • Berlatih duduk. Dengan sokongan anda dalam kedudukan ini, bayi anda akan mempunyai pelbagai gerakan yang lebih baik untuk mencapai dan memegang objek.
  • Berlatih berdiri. Semasa memegang bayi di bawah lengannya, letakkannya dalam kedudukan berdiri untuk membantu menguatkan otot kaki.

Untuk membantu perkembangan bahasa:

  • Baca dan bernyanyi kepadanya.
  • Mimik bunyi bayi anda.
  • Beri respon positif apabila bayi meniru anda.

Tanda-tanda masalah pembangunan (Perkara yang perlu diperhatikan)

Semua bayi berkembang pada kadar yang berbeza. Pada usia 4 bulan, bercakap dengan doktor atau jururawat jika mereka:

  • Tidak berminat dengan perkara di sekeliling mereka.
  • Kelihatan seperti tidak mengenali anda.
  • Tidak membuat bunyi.
  • Tidak membuka jari mereka.
  • TIdak menendang kaki mereka, atau kaki mereka bengkok pada kebanyakan masa.
  • Tidak mengikuti objek dengan mata mereka atau membuat hubungan mata.
  • Tidak berpaling apabila anda bercakap dengan mereka, atau tidak berasa terkejut dengan bunyi yang kuat.
  • Tidak berpuas hati atau tidak selesa pada kebanyakan masa.

SUMBER

https://www.pampers.com/en-us/baby/development/article/4-month-old-baby

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/babys-growth-and-development-4-months-old

https://www.whattoexpect.com/first-year/month-by-month/month-4.aspx#section-body

https://www.thebump.com/baby-month-by-month/4-month-old-baby

https://www.emmasdiary.co.uk/baby/month-by-month-baby-development/4-month-old-baby-development

Summary
Perkembangan bayi: 4 bulan
Article Name
Perkembangan bayi: 4 bulan
Description
Dalam usia 4 bulan, bayi anda akan menjadi lebih peka dan aktif berbanding sebelum ini. Malah, mereka juga akan mula memperlihatkan keperibadian sendiri dan membina kemahiran yang diperlukan
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: