perkembangan bayi 2 bulan
Anda sudah melepasi fasa bulan pertama bersama bayi anda.

Anda sudah melepasi fasa bulan pertama bersama bayi anda. Kini, anda mungkin akan mula memahami keperibadian bayi anda sedikit demi sedikit sambil memerhati perkembangan bayi anda yang kini berusia 2 bulan.

Sekarang, mari kita lihat beberapa aspek tentang perkembangan bayi pada usia 2 bulan seperti di bawah. Anda juga boleh membaca artikel lain bagi perkembangan bayi mengikut bulan seperti dalam kandungan berikut.

Kandungan

  1. Perkembangan bayi: 1 bulan
  2. Perkembangan bayi: 2 bulan
  3. Perkembangan bayi: 3 bulan
  4. Perkembangan bayi: 4 bulan
  5. Perkembangan bayi: 5 bulan
  6. Perkembangan bayi: 6 bulan
  7. Perkembangan bayi: 7 bulan
  8. Perkembangan bayi: 8 bulan
  9. Perkembangan bayi: 9 bulan
  10. Perkembangan bayi: 10 bulan
  11. Perkembangan bayi: 11 bulan
  12. Perkembangan bayi: 12 bulan

Pertumbuhan (berat, ketinggian, fizikal)

Berat purata bagi seorang bayi perempuan berusia 2 bulan adalah 11.3 paun manakala purata bagi bayi lelaki adalah seberat 12.3 paun. Selain itu, purata ketinggian bayi perempuan ialah 22.5 inci dan 23 inci bagi bayi lelaki.

Berat badan bagi bayi berusia 2 bulan mungkin bertambah sekitar 1.5 hingga 2 paun dan berkembang kira-kira 1 hingga 1.5 inci berbanding bulan lalu. Saiz kepalanya juga boleh menjadi setengah inci lebih besar.

Bercakap mengenai pertumbuhan, anda mungkin menyedari bahawa kuku bayi anda sangat cepat tumbuh. Jadi, anda mungkin perlu memotong kuku bayi anda kira-kira sekali seminggu, dan kuku kakinya kira-kira dua kali sebulan. Pastikan ia dipotong sebelum bayi anda mula mencakar menggunakan kukunya. Berikut adalah beberapa petua bagaimana untuk menjaga kuku bayi anda:

  • Gunakan pengetip kuku bayi yang lembut.
  • Ketip kuku bayi semasa dia sedang tidur atau selepas mandi kerana tangannya akan kurang bergerak.
  • Tolak kulit hujung jari ke bawah supaya anda dapat mengetio dengan selamat pada bahagian kuku, bukan kulit.
  • Ratakan mana-mana bahagian tepi yang kasar selepas memotong kuku.
  • Sekiranya anda masih tidak yakin tentang cara memotong kuku bayi dengan selamat, minta penjaga kesihatan untuk menunjukkan cara yang betul kepada anda.

Maklumat kesihatan dan perubatan

Pada lawatan doktor bagi bayi berumur 2 bulan, bayi anda akan menerima sejumlah vaksin termasuk DTaP (diphtheria, tetanus dan pertussis), Hib (haemophilus influenzae type b), IPV (poliovirus tidak aktif), PCV (pneumokokal), RV (rotavirus) Hepatitis B (jika bayi tidak menerimanya pada bulan pertama).

Bertanya pada doktor atau jururawat tentang cara untuk menjaga bayi anda bagi keselesaan semasa vaksinasi. Anda juga boleh bertanya soalan tentang vaksin, penyakit yang dapat dicegah, dan bagaimana untuk menjaga bayi anda selepas vaksinasi sekiranya anda mahu tahu dengan lebih lanjut.

Corak tidur

Pada umur 2 bulan, bayi anda mungkin akan mendapat kira-kira 14 hingga 17 jam tidur dalam tempoh 24 jam. Ia boleh menghabiskan lebih banyak masa berjaga pada siang hari, dan walaupun mereka mungkin tidak mahu tidur banyak kali, tempoh tidur bayi ketika usia ini masih dikira sebagai lama.

Ada juga bayi (walaupun sangat sedikit) boleh tidur sepanjang malam apabila mencapai usia 2 bulan. Namun, itu tidak berlaku sepanjang masa kerana pola tidur bayi masih banyak berubah pada usia ini.

Pembangunan sosial dan interaksi

Pada usia ini, anda sudah boleh membezakan tangisan bayi anda sama ada mereka lapar, letih, bosan, beremosi, tidak selesa atau sakit. Secara amnya, kekerapan mereka menangis harus mula berkurangan kerana kini, anak anda lebih pandai mengekspresikan diri mereka. Secara purata, seorang bayi berusia 8 minggu mungkin menangis paling minimum selama 40 minit sehari atau paling maksimum sebanyak    4 jam sehari. Mereka juga akan dapat bersuara dengan cara lain seperti cooing, gurgling dan humming. Kesemua ini adalah penting untuk pembangunan bahasa kerana bayi anda belajar bagaimana untuk mengawal paru-paru, kod suara dan otot yang digunakan dalam ucapan.

Selain itu, pada usia ini, bayi anda secara beransur-ansur akan menjadi lebih peramah, selain bertindak balas dengan anda melalui gurgles, “coos” dan “ahhs” dan “ohhs” serta banyak tersenyum.

Perkembangan kognitif

Dalam perkembangan bayi 2 bulan, mereka akan mula mengenali objek dan suka melihat muka yang dekat dengan mereka, terutamanya ibu dan ayah. Pada minggu-minggu awal, bayi anda mungkin tertarik akan corak mudah dengan garis lurus, tetapi tidak lama lagi dia akan mula melihat bentuk dan corak yang berlainan. Di samping itu, bayi anda juga akan mula melihat warna dengan lebih baik.

Apabila anda membawa bayi anda berjalan-jalan di luar, dia akan menikmati pemandangan yang dilihat daripada dalam kereta sorong atau pembawa bayi. Bantu bayi anda belajar dengan mengatakan nama objek yang berbeza-beza, terutamanya objek yang memikat pandangan mata mereka.

Perkembangan pergerakan

Dalam tempoh 2 bulan, bayi anda akan mula menyedari akan jari dan tangan mereka. Mereka akan membuka tangan mereka dan mencapai objek (walaupun mereka tidak tahu bagaimana untuk melepaskannya!). Malah, mereka juga mungkin menggenggam kedua-dua tangan mereka bersama.

Pada masa yang sama, bayi berusia 2 bulan akan mula belajar bagaimana untuk menyelaraskan pergerakan mereka. Berbanding gerakan lengan dan pergerakan kaki yang tersentak selepas dilahirkan, kini mereka boleh bergerak dengan lebih lancar dalam gerakan lingkaran. Mereka juga akan menendang kedua-dua kaki dengan kuat. Di samping itu, mereka mungkin juga menggulingkan badan, jadi jangan biarkan mereka bersendirian ketika ini.

Leher mereka juga akan menjadi semakin kuat sepanjang masa. Semasa berbaring atas perut, mereka mungkin sudah mampu mengangkat kepala dan menggerak-gerakkannya. Sesetengah bayi juga boleh mengangkat dada mereka pada usia ini.

Nutrisi

Jika anda menyusukan bayi, anda harus menjangkakan untuk memberi susu sekitar enam hingga 10 kali dalam tempoh 24 jam. Walaupun anda tidak dapat mengukur jumlah yang diminum, bayi anda akan minum antara 15 dan 32 auns susu setiap hari. Bayi yang diberi formula pula biasanya akan minum sekitar enam botol susu formula setiap hari, dengan setiap botol berjumlah 4 hingga 6 auns bagi setiap hidangan. Jadi, keseluruhannya berjumlah 24 hingga 36 auns formula setiap hari.

Elakkan memberi susu secara berlebihan pada bayi anda dan awasi tanda-tanda bahawa ia sudah kenyang seperti minum dengan lambat, berhenti mengisap atau berpaling dari puting botol atau puting anda. Jika bayi anda tidur selepas minum susu dan masih kekal waspada dan aktif ketika itu, ini adalah satu petanda bahawa dia telah minum dengan baik. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin tidak perlu menyusu pada tengah malam lagi kerana kapasiti perut bayi mengembang dan mungkin tidak lapar sehingga awal pagi.

Cara kesan lampin basah

Jumlah lampin yang anda ubah boleh memberi petunjuk tentang sama ada bayi anda sihat dan mendapat nutrisi yang mencukupi. Namun, anda harus ingat bahawa setiap bayi adalah unik dan boleh kencing tanpa tetap seperti sekali bagi setiap beberapa jam, atau hanya sekali bagi setiap empat hingga enam jam. Jumlah lampin yang kurang daripada enam mungkin adalah petanda bagi masalah dehidrasi ringan.

Jadi, beri perhatian kepada berapa banyak lampin yang bayi anda gunakan. Sekiranya terdapat penurunan ketara dalam jumlah lampin basah atau mulut bayi anda kelihatan kering, dia mungkin mengalami dehidrasi. Jika terdapat sebarang keraguan, rujuklah pada pembekal penjagaan kesihatan bayi anda.

Bayi berumur 2 bulan boleh membuang seberapa banyak dari beberapa kali sehari hinggalah hanya sekali seminggu. Jika bayi membuang kurang daripada kebiasaannya, tetapi najisnya lembut dan bayi anda masih kelihatan sihat, mungkin apa yang perlu dirisaukan. Namun, jika anda bimbang, pembekal penjagaan kesihatan bayi anda akan memeriksa sama ada semuanya baik-baik sahaja.

Bagaimana untuk membantu bayi anda berkembang

Bermain dan berinteraksi dengan anak anda akan mempunyai peranan yang besar dalam perkembangan otak dan pembelajaran awal bayi. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama seperti:

  • Membaca kepada bayi anda. Walaupun dia tidak memahami kata-kata itu sepenuhnya, bayi anda sedang mendengar bunyi yang anda buat, dan dia akan belajar banyak perkara seperti nada dan irama suara. Jangan teragak-agak untuk membaca buku yang sama berulang kali kerana bayi suka mengulang.

  • “Sembang” dengan bayi anda. Beri respon kepada bunyi coos dan “aah” yang bayi anda lakukan serta mulakan perbualan dengan menceritakan tentang hari anda. Apabila dia “bercakap,” cuba untuk tidak mengganggu atau memandang tempat lain. Perhatian yang anda beri akan menunjukkan bahawa suaranya juga penting dan membantu membina kepercayaan antara anda berdua.

  • ‘Tummy time’. Teruskan untuk memberikan bayi masa singkat bagi ‘tummy time’ setiap hari. Ini adalah baik untuk membantu menguatkan leher, lengan, dan otot bahunya. ‘Tummy time’ melibatkan anda meletakkan bayi anda pada perutnya di permukaan yang kukuh seperti lantai. Pastikan anda sentiasa mengawasi pergerakan bayi anda ketika ini.

  • Perkenalkan pelbagai bunyi. Mainkan muzik bagi bayi anda atau berikan mainan yang membuat bunyi berbeza apabila disentuh. Biarkan dia mendengar suara kehidupan seharian juga. Misalnya, letakkannya berdekat dengan anda ketika anda sedang melakukan kerja rumah – bunyi anda sedang mengemas itu mungkin akan menarik perhatiannya.

Tanda-tanda masalah pembangunan (Perkara yang perlu diperhatikan)

Bayi berkembang pada kadar yang berbeza. Pada usia 2 bulan, berbincang dengan doktor atau jururawat kanak-kanak jika:

  • Bayi anda tidak tersenyum pada usia 8 minggu.
  • Bayi anda tidak tenang, walaupun didukung untuk keselesaan mereka untuk seketika.
  • Satu sisi badan bayi kelihatan lebih kuat daripada yang lain.
  • Mereka masih memegang jari mereka dengan buku lima yang ketat.
  • Tidak terkejut akan bunyi yang didengari secara tiba-tiba.
  • Bayi tidak makan dengan betul.
  • Bayi seperti kendur atau kaku.

SUMBER

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/babys-growth-and-development-2-months-old

https://www.pampers.com/en-us/newborn-baby/development/article/2-month-old-baby

https://www.thebump.com/baby-month-by-month/2-month-old-baby

https://www.whattoexpect.com/first-year/health-and-safety/two-month-well-baby-visit/

https://www.pampers.com/en-us/newborn-baby/development/article/2-month-old-baby

https://www.emmasdiary.co.uk/baby/month-by-month-baby-development/8-week-old-baby-development

Summary
Perkembangan bayi: 2 bulan
Article Name
Perkembangan bayi: 2 bulan
Description
Anda sudah melepasi fasa bulan pertama bersama bayi anda. Kini, dalam bulan kedua, anda mungkin akan mula memahami keperibadian bayi anda sedikit demi sedikit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: