Perkara Penting Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Air Mazi
Rembesan air mazi terjadi apabila uretra mengeluarkan cecair sewaktu wanita berejakulasi dalam hubungan seksual.

Rembesan air mazi terjadi apabila uretra mengeluarkan cecair sewaktu wanita berejakulasi dalam hubungan seksual. Ia boleh berlaku apabila seorang wanita berada dalam keadaan terangsang secara seksual, namun ia tidak semestinya dikaitkan dengan klimaks.

Para saintis masih tidak memahami secara sepenuhnya mengenai air mazi dan kajian terhadapnya masih tidak mencukupi. Ia adalah normal, namun begitu, penyelidik masih bertukar-tukar pendapat mengenai pengalaman seseorang wanita.

Apakah itu air mazi?

Ia merujuk kepada cecair yang dirembes oleh uretra sewaktu seseorang wanita terangsang. Uretra merupakan tiub yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar badan.

Terdapat dua jenis air mazi:

  • Cecair memancut. Cecair ini selalunya tidak berwarna dan tidak berbau dan ia berlaku dalam kuantiti yang banyak.
  • Cecair ejakulasi. Jenis ini menyerupai air mani lelaki. Ia berwarna putih susu dan pekat. Analisis telah menunjukkan bahawa cecair ini mengandungi prostatic acid phosphatase (PSA). PSA adalah sejenis enzim yang terdapat dalam air mani lelaki.

Sebagai tambahan, air mazi mengandungi fruktosa, satu bentuk gula. Fruktosa juga hadir dalam air mani lelaki dan bertindak sebagai sumber tenaga bagi sperma.

Pakar mempercayai bahawa kandungan PSA dan fruktosa dalam cecair ini hadir dari kelenjar Skene. Nama lain bagi kelenjar ini adalah kelenjar paraurethral, tiub Garter, dan prostat wanita.

Kelenjar Skene terletak di bahagian hadapan dalam dinding faraj. Penyelidik percaya bahawa rangsangan menyebabkan kelenjar ini menghasilkan PSA dan fruktosa yang kemudiannya bergerak ke dalam uretra.

Adakah rembesan air mazi itu normal?

Cecair ini yang terhasil akibat ejakulasi wanita adalah normal, namun ia tidak dibincangkan dengan kerap. Seramai 10 hingga 50 peratus wanita mengalami ejakulasi ketika hubungan seksual.

Sesetengah pakar mempercayai bahawa semua wanita mengalaminya, namun ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Hal ini mungkin disebabkan oleh cecair tersebut boleh masuk semula ke dalam pundi kencing.

Pengalaman ejakulasi air mazi ini adalah berbeza daripada seorang wanita ke wanita lain, termasuklah perasaan, pencetusnya dan jumlah cecair tersebut.

Adakah air mazi mempunyai sebarang manfaat terhadap kesihatan?

Masih tiada bukti ejakulasi wanita ini boleh memberi sebarang manfaat terhadap kesihatan. Walau bagaimanapun, satu kajian menemui bahawa hubungan seksual yang memberikan pelbagai kelebihan tertentu,

Sewaktu klimaks, badan mengeluarkan hormon pelega kesakitan ynag membantu kesakitan belakang badan dan kaki, kepala dan senggugut.

Selepas klimaks, badan mengeluarkan hormone yang menggalakkan tidur yang tenang. Hormon ini termasuklah prolactin dan oxytocin.

Manfaat kesihatan lain termasuklah:

  • Melegakan stres
  • Meningkatkan sistem imun
  • Melindungi daripada penyakit jantung
  • Menurunkan tekanan darah

Hubungan antara air mazi dengan kitaran haid

Ianya tidak jelas sama ada terdapat hubungan antara cecair ini dengan kitaran haid. Sesetengah wanita menyatakan mereka lebih cenderung berejakulasi selepas ovulasi dan sebelum haid, manakala wanita lain tidak melihat sebarang hubungan antara kedua-duanya. Lebih banyak kajian diperlukan bagi mengesahkan perkara ini.

Hubungan antara air mazi dengan kehamilan

Sesetengah saintis mempercayai bahawa ejakulasi wanita memainkan peranan dalam kehamilan. Mereka menganggap PSA dan fruktosa yang terkandung dalam air mazi membantu sperma bergerak menuju telur wanita. Manakala, saintis lain menolak teori ini. Mereka menegaskan bahawa ia selalunya mengandungi air kencing, yang boleh membunuh sperma.

Kesimpulannya,

Ejakulasi wanita adalah normal dan kajian mengesyorkan ia adalah perkara biasa walaupun ia jarang dibincangkan. Saintis masih belum mengetahui sepenuhnya akan fungsi biologikal air mazi, namun apa yang pasti, pengalaman wanita yang berejakulasi sewaktu hubungan seksual adalah berbeza antara satu sama lain.

Sumber

https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1295-al-kafi-357-perbezaan-air-mani-mazi-dan-wadi

https://ms.wikipedia.org/wiki/Air_mazi

Summary
Perkara Penting Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Air Mazi
Article Name
Perkara Penting Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Air Mazi
Description
Rembesan air mazi terjadi apabila uretra mengeluarkan cecair sewaktu wanita berejakulasi dalam hubungan seksual.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: