Perkara Dielakkan Slipped Disc
Perkara Dielakkan Slipped Disc adalah penting untuk diketahui agar tidak mengganggu dan memburukkan lagi kesakitan anda.

Perkara Dielakkan Slipped Disc adalah penting untuk diketahui agar tidak mengganggu dan memburukkan lagi kesakitan anda. Slipped Disc berlaku di bahagian belakang anda boleh terdiri daripada kesakitan ringan hinggalah kesakitan kuat seperti kejutan yang boleh berkembang sehingga ke kaki anda. Kebanyakan pesakit Slipped Disc akan sembuh baik secara beransur-ansur dalam masa beberapa minggu. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang perlu anda elakkan jika anda mengalami slipped disc.

Duduk terlalu kerap

Duduk meletakkan banyak tekanan pada cakera tulang belakang anda, terutamanya apabila anda membongkok ke hadapan sewaktu duduk. Untuk mengurangkan kesakitan pada tulang belakang lumbar, cuba berdiri, bergerak, atau berbaring.

Oleh kerana posisi duduk selalunya tidak dapat dielakkan, cuba tips ini untuk mengurangkan beban yang diletakkan pada tulang belakang lumbar anda.

  • Duduk tegak dengan bahu anda menyentuh kerusi
  • Pastikan posisi paha anda mendatar sejajar dengan lantai (pinggul tidak boleh lebih rendah daripada lutut anda).
  • Gunakan bantal kecil atau tuala bergulung untuk menyokong bahagian bawah belakang anda.
  • Tetapkan peringatan pada telefon anda untuk rehat dan berjalan dalam jarak yang pendek dengan kerap.
  • Jika kerja anda memerlukan anda berada di meja atau menggunakan komputer dengan terlalu lama, pertimbangkanlah untuk menggunakan meja duduk yang membolehkan anda berdiri berselang-seli sepanjang hari.

Membasuh Baju

Perbuatan membongkok ke bawah untuk mengambil pakaian, membawa bakul yang berat dan mencapai pelbagai barangan yang tergolong dalam aktviti membasuh baju boleh meletakkan tekanan pada bahagian bawah belakang anda. Sekiranya boleh, minta tolong rakan atau ahli keluarga untuk membantu anda menjalankan tugas ini sehingga belakang anda berasa lebih baik.

Memvakum

Pergerakan ke hadapan yang berulang-ulang biasanya dilakukan sewaktu memvakum lantai juga boleh menjejaskan Slipped Disc anda. Daripada anda memanjangkan lengan dan membongkok, adalah lebih baik untuk memastikan belakang anda lurus sambil menggunakan vakum di atas lantai. Biarkan kaki anda yang melakukan kerja bukan tangan anda. Pilihan lain yang boleh anda lakukan adalah membeli robot pembersih vakum untuk melakukan kerja tersebut untuk anda. Dengan peranti ini, anda hanya perlu menetapkannya dan melupakan kewujudannya.

Memberi makan kepada haiwan kesayangan

Ia mungkin kelihatan seperti tugas yang mudah, tetapi membongkok untuk mengisi mangkuk haiwan kesayangan anda dengan makanan dan air cukup memadai untuk menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang anda. Jika anda tidak dapat meminta tolong orang lain melakukannya, belilah mangkuk haiwan kesayangan khusus yang dilengkapi dengan tiub tambahan atau kemudahan lain.

Latihan berat

Walaupun senaman masih disyorkan, elakkan dari melakukan aktiviti berimpak tinggi atau pergerakan yang meletakkan terlalu banyak tekanan pada tulang belakang anda.

  • Elakkan aktiviti yang menyebabkan beban berulang di bahagian bawah belakang anda, seperti berjalan atau lompat tali.
  • Jangan lakukan pergerakan yang melibatkan beban pada bahagian bawah belakang anda, seperti squat dan presses kaki.
  • Elakkan menyentuh kaki, sit-ups, dan posisi yoga yang boleh menimbulkan kesakitan dan menyebabkan lenturan yang signifikan di bawah belakang anda.

Sebaliknya, cubalah senaman aerobik, seperti berenang dan berjalan kaki. Menggunakan basikal pegun juga boleh menjadi satu latihan yang sangat baik sewaktu dalam proses pemulihan Slipped Disc. Selain itu, mendaki, terutamanya bukit-bukit juga adalah baik untuk anda.

Latihan aerobik boleh meningkatkan aliran darah, nutrien, dan oksigen ke dalam tisu lembut di bahagian belakang, justeru itu boleh meningkatkan penyembuhan dan mengurangkan kesakitan. Anda juga boleh cuba senaman kekuatan yang telah diluluskan oleh doktor atau ahli terapi fizikal anda.

Latihan impak rendah biasanya sangat mudah dan boleh dilakukan secara berkala. Jika senaman ini masih tidak selesa bagi anda, cubalah terapi akuatik yang hanya memerlukan anda berjalan di dalam kolam. Daya apungan dalam air membantu mengurangkan kesakitan semasa menggerakkan sendi. Sesetengah bukti menunjukkan bahawa terapi akuatik juga boleh membantu meningkatkan fungsi di bahagian bawah belakang. Oleh itu, sifat fizikal air menjadikannya medium yang sangat berkesan untuk merawat sakit belakang dan kecederaan musculoskeletal lain.

Bagi kebanyakan pesakit slipped disc, latihan berasaskan air hanya boleh dilakukan di bawah bimbingan profesional kesihatan yang berkelayakan. Namun begitu, senaman terapi air harus dielakkan jika anda mempunyai salah satu daripada keadaan yang berikut:

  • Demam
  • Kegagalan jantung yang teruk
  • Inkontinensia
  • Jangkitan

Terapi air biasanya dijalankan di kolam renang atau tangki yang mengandungi air bersuhu antara 32C hingga 34C. Ia boleh meningkatkan peredaran darah. Namun begitu, pesakit dengan mana-mana keadaan yang disenaraikan di atas harus mengelakkan atau mengehadkan latihan terapi air mereka, atau memastikan kolam atau tangki yang digunakan lebih sejuk agar keadaan mereka tidak bertambah buruk.

Berkebun

Berkebun boleh memburukkan lagi kesakitan anda kerana ia melibatkan gerakan mengangkat berat, membongkok ke hadapan, dan berpusing yang boleh menjejaskan belakang anda. Seeloknya, sewaktu berkebun, cuba elakkan lenturan yang berulang dan membongkok. Sebaliknya, kekalkan posisi yang sama dan hanya mengubah postur pergerakan anda. Jika ia menyakitkan, kegiatan berkebun perlu dielakkan. Berikan diri anda masa untuk sembuh kerana ia akan menjadikan anda lebih bebas dalam jangka masa panjang.

Gunakanlah postur yang baik dan betul untuk membantu meredakan tekanan pada belakang dan saraf tulang belakang anda. Jika sakit belakang anda masih tidak dilegakan dengan tips dan teknik yang disenaraikan, hubungi doktor atau penjaga kesihatan anda.

Rawatan Slipped Disc

Majoriti Slipped Disc akan sembuh tanpa pembedahan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu berjumpa dengan doktor pakar tulang belakang. Mereka akan menjalankan ujian fizikal, mendiagnosis lokasi Slipped Disc dan menetapkan anda dengan pelan penjagaan khusus. Beberapa rawatan konservatif yang biasa bagi Slipped Disc termasuklah:

  • Rehat
  • Ubat-ubat tahan sakit
  • Terapi fizikal
  • Senaman regangan
  • Suntikan kortikosteroid

Sekiranya penjagaan konservatif tidak memberi sebarang kesan, pembedahan boleh dilakukan untuk mengeluarkan cakera bermasalah yang menyebabkan Slipped Disc. Pembedahan mempunyai kadar kejayaan yang tinggi, tetapi biasanya hanya akan dipertimbangkan apabila penjagaan konservatif gagal. Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan rawatan anda untuk Slipped Disc, berundinglah dengan pakar tulang belakang tempatan.

Sumber

https://www.spine-health.com/blog/everyday-activities-avoid-herniated-disc

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324311

Summary
Perkara Dielakkan Slipped Disc
Article Name
Perkara Dielakkan Slipped Disc
Description
Perkara Dielakkan Slipped Disc adalah penting untuk diketahui agar tidak mengganggu dan memburukkan lagi kesakitan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: