perikarditis
Perikarditis adalah keradangan perikardium, iaitu membran seperti karung yang mengandungi jantung.

Perikarditis adalah keradangan perikardium, iaitu membran seperti karung yang mengandungi jantung. Dalam kebanyakan kes, penyakit ini akan sembuh tanpa rawatan.

Seterusnya, punca perikarditis biasanya tidak diketahui, tetapi ia boleh berjangkit atau tidak berjangkit dan merupakan penyakit perikardium yang paling biasa berlaku.

Simptom Perikarditis

Sekiranya gejalanya berlaku, ia mungkin melibatkan:

  • Kesakitan dada yang berbeza daripada angina (sakit dada yang terjadi disebabkan penyakit arteri koronari); ia mungkin bersifat tajam dan berlaku di tengah dada. Kesakitan boleh merebak ke leher dan, kadangkala lengan dan belakang badan. Malah, ia boleh menjadi lebih parah apabila berbaring, menghirup nafas dalam, batuk atau menelan dan menjadi lega dalam kedudukan duduk ke hadapan.
  • Demam biasa.
  • Peningkatan degupan jantung.

Punca Perikarditis

Dalam keadaan biasa, kantung perikardial dua lapis yang mengelilingi jantung anda mengandungi sedikit cecair pelincir. Dalam keadaan perikarditis, kantung ini meradang dan geseran yang terhasil daripada kantung yang meradang itu boleh menyebabkan kesakitan dada.

Penyebab perikarditis biasanya sukar ditentukan. Dalam kebanyakan kes, ianya sama ada doktor tidak dapat menentukan sebab (idiopatik) ataupun doktor mengesyaki berlakunya jangkitan virus.

Selain itu, masalah perikarditis juga boleh berkembang sejurus selepas serangan jantung utama, yang terjadi kerana kerengsaan otot jantung yang rosak. Di samping itu, bentuk perikarditis yang tertangguh pula boleh berlaku beberapa minggu selepas terjadinya serangan jantung atau pembedahan jantung.

Seterusnya, bentuk perikarditis yang ditangguhkan ini dikenali sebagai sindrom Dressler. Sindrom Dressler juga dipanggil sebagai sindrom selepas perikardiotomi, sindrom infaksi selepas miokardium (post-myocardial) dan sindrom kecederaan selepas kardium (post-cardiac).

Penyebab perikarditis lain termasuk:

  • Kecederaan. Kecederaan pada jantung atau dada anda mungkin berlaku akibat kemalangan motor atau kemalangan lain.
  • Masalah kesihatan lain. Ini termasuklah masalah kegagalan buah pinggang, AIDS, tuberkulosis dan kanser.
  • Ubat tertentu. Sesetengah ubat boleh menyebabkan perikarditis, walaupun ini jarang berlaku.

Diagnosis Perikarditis

Pada mulanya, doktor akan mendengar dada anda. Semasa lapisan perikardik menggosok bersama, mereka boleh menghasilkan bunyi tersendiri.

Ujian lanjut akan digunakan untuk memeriksa sama ada telah berlakunya serangan jantung, jika bendalir telah berkumpul dalam kantung perikardium ataupun sekiranya ada tanda-tanda keradangan berlaku.

Ujian diagnostik berikut boleh dilakukan seperti:

  • Sinar-X (X-ray) dada: Sinar-X (X-ray) akan menunjukkan bentuk jantung, sama ada ia telah diperbesarkan kerana cecair yang berlebihan atau tidak.
  • Imbasan CT: Imbasan CT boleh menghasilkan imej jantung yang lebih terperinci daripada sinar-X standard dan mengetepikan masalah lain yang berpotensi seperti pembekuan darah pada paru-paru dan lelehan aorta.
  • Imbasan MRI jantung: Imbasan ini menggunakan gelombang radio dan medan magnet. Ia boleh membina gambaran yang tepat tentang lebar dinding jantung.
  • Ekokardiogram: Ujian ini akan membina imej jantung yang terperinci menggunakan gelombang bunyi.
  • Elektrokardiogram (ECG): Tampalan dan wayar akan dilekatkan pada dada untuk mengukur aktiviti elektrik jantung.

Rawatan Perikarditis

Rawatan untuk perikarditis bergantung kepada punca dan keparahan simptomnya. Kes-kes perikarditis yang ringan boleh menjadi lebih baik dengan sendiri tanpa sebarang rawatan.

Ubat-ubatan

Ubat untuk mengurangkan keradangan dan bengkak berkaitan dengan perikarditis yang sering ditetapkan, termasuk:

  • Ubat tahan sakit. Kebanyakan kesakitan yang dikaitkan dengan perikarditis bertindak balas dengan baik ubat ini yang tersedia tanpa preskripsi, seperti aspirin atau ibuprofen (Advil, Motrin IB, yang lain). Ubat-ubatan ini juga boleh membantu mengurangkan keradangan. Ubat tahan sakit dengan preskripsi tekanan juga boleh digunakan.
  • Colchicine (Colcrys, Mitigare). Ubat ini, yang dapat mengurangkan keradangan dalam badan boleh diambil untuk perikarditis akut atau sebagai rawatan untuk gejala yang berulang.

Ubat colchicine boleh mengurangkan  tempoh gejala perikarditis dan mengurangkan risiko pengulangan keadaan itu. Walau bagaimanapun, ubat ini tidak selamat untuk orang yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada, seperti penyakit jantung atau buah pinggang, dan bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu. Doktor akan menyemak sejarah kesihatan anda dengan teliti dahulu sebelum menetapkan ‘colchicine’.

  • Kortikosteroid. Sekiranya anda tidak bertindak balas terhadap ubat tahan sakit atau ‘colchicine’ atau jika anda mengalami gejala perikarditis yang berulang, doktor boleh menetapkan ubat steroid seperti ‘prednisone’.

Kejadian pericarditis akut biasanya berlangsung beberapa minggu, tetapi boleh berulang lagi. Sesetengah orang dengan keadaan perikarditis berulang mengalaminya dalam masa beberapa bulan selepas kejadian awal.

Apabila jangkitan bakteria menjadi penyebab perikarditis, anda akan dirawat dengan antibiotik dan pengaliran jika perlu.

Kemasukan ke hospital dan prosedur

Anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital jika doktor mengesyaki jantung ‘tamponade’, iaitu komplikasi perikarditis yang berbahaya kerana pembentukan cecair di sekitar jantung.

Sekiranya jantung ‘tamponade’ berlaku, doktor boleh mengesyorkan prosedur untuk melegakan pembentukan cecair, seperti:

  • Perikardiosentesis. Dalam prosedur ini, doktor akan menggunakan jarum steril atau tiub kecil (kateter) untuk mengeluarkan dan mengalirkan cecair yang berlebihan daripada rongga perikad. Anda akan menerima suntikan anestetik sebelum menjalani prosedur ini yang sering dilakukan dengan pemantauan ekokardiogram dan bimbingan ultrasbunyi. Saliran ini boleh berlanjutan selama beberapa hari semasa anda menjalani rawatan di hospital.
  • Perikardiektomi. Sekiranya anda didiagnosis dengan perikarditis konstruktif, anda mungkin perlu menjalani prosedur pembedahan (perikardiektomi) bagi membuang keseluruhan perikardium yang menjadi kaku dan menyebabkan jantung anda sukar untuk mengep

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pericarditis/symptoms-causes/syc-20352510

https://www.healthline.com/health/pericarditis

https://www.webmd.com/heart-disease/guide/heart-disease-pericardial-disease-percarditis

Summary
Article Name
Perikarditis (Pericarditis) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Perikarditis adalah keradangan perikardium, iaitu membran seperti karung yang mengandungi jantung. Biasanya, penyakit ini akan sembuh tanpa rawatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: