Perbandingan Jenama dan Jenis Roti Di Pasaran
Pengambilan roti adalah makanan paling mudah sebagai sarapan pagi malah ia juga boleh diambil untuk mengisi perut buat seketika bagi mereka yang terlalu sibuk bekerja.

Pengambilan roti adalah makanan paling mudah sebagai sarapan pagi malah ia juga boleh diambil untuk mengisi perut buat seketika bagi mereka yang terlalu sibuk bekerja. Ada pelbagai jenis roti yang enak dicicah dengan air milo, air teh atau air kopi dan pasti boleh mengalas perut anda buat seketika sebelum anda mendapatkan makanan yang lebih baik.

Terdapat beberapa jenis roti di pasaran yang mana setiap satunya mempunyai fungsi dan kadar nutrisi yang berbeza. Malah, maklumat tentang kadar nutrisi tersebut adalah penting terutama bagi mereka yang ingin berdiet tetapi masih mahu mengambil roti sebagai hidangan harian.

Jadi, jom ketahui perbezaan antara beberapa jenis roti seperti di bawah.

1. Roti putih

Roti putih adalah jenis roti yang diproses supaya hanya endosperm sahaja yang masih dikekalkan. Ini secara dasarnya menghilangkan buah gandung daripada sebahagian besar khasiatnya agar apa yang tinggal hanyalah lapisan berkanji. Lapisan inilah yang menjadikan anda ketagih untuk mengambil roti putih lagi dan lagi.

Sekarang, jom kita lihat perbezaan bagi 3 jenama roti putih iaitu Gardenia, Massimo dan Mighty white.

Kandungan nutrisi/ Jenama rotiGardenia (setiap 100g)Massimo (setiap 100g)Mighty white (setiap 100g)
Kolesterol0mg0mg0mg
Protein8.5g7.4g9.8g
Karbohidrat 49.2g45.9g45.4g
Serat1.4g1.4g5.8g
Kalsium252mg272mg75.6mg

Jika dilihatkan dalam jadual di atas, ketiga-tiga jenama roti mempunyai kadar kolesterol yang sama iaitu 0mg. Ini adalah bagus kerana kita tidak mahu mendapat banyak kalori daripada hidangan roti yang boleh diambil bila-bila masa. Bagi aspek protein pula, jenama Mighty white dilihat mempunyai kadar paling tertinggi namun perbezaannya tidak begitu ketara dengan 2 jenama lain. Begitu juga dengan kadar karbohidrat antara ketiga-tiga jenama. Namun, lain pula bagi kandungan serat dan kalsium di mana ia menampakkan penggandaan bagi jenama Mighty white jika dibandingkan dengan Gardenia dan Massimo. Jadi, jenama manakah yang lebih baik secara keseluruhan?

Secara amnya, Mighty white mungkin adalah pilihan yang baik kerana ia rendah karbohidrat serta tinggi serat namun kadar kalsiumnya adalah paling rendah jika dibandingkan dengan 2 jenama lain. Setiap satunya mempunyai kebaikan masing-masing, tetapi jika dilihat secara keseluruhan, jenama Massimo mungkin adalah pilihan terbaik bagi penggemar roti putih.

2. Roti wholemeal

Roti gandum adalah sumber serat yang baik kerana ia mengandungi kadar serat yang tinggi. Ini justeru membantu mengurangkan risiko kanser usus, membantu melancarkan proses pencernaan dan membuatkan anda beras kenyang serta mengelakkan kenaikan berat badan.

Sekarang, jom lihat perbezaan bagi dua jenama jenis roti wholemeal iaitu Gardenia dan Massimo.

Kandungan nutrisi/ Jenama rotiGardeniaMassimo
Kolesterol0mg0mg
Protein12.2g7.8g
Karbohidrat43.2g42g
Serat7.1g4.7g
Kalsium295mg262mg

Memandangkan jenis roti wholemeal merupakan sumber serat yang baik, jadi dengan kadar serat yang lebih tinggi, Gardenia kelihatan memenangi pertandingan ini. Malah, ia juga mempunyai kandungan nutrisi lain yang lebih tinggi berbanding jenama Massimo. Jadi, bagi individu yang menggemari roti jenis wholemeal, ianya disarankan untuk membeli daripada jenama Gardenia.

3. Roti wheatgerm

Jenis roti wheatgerm adalah sangat berkhasiat kerana wheatgerm itu sendiri mempunyai kadar nutrisi yang bagus dan boleh bertindak sebagai suplemen makanan. Ia juga dikatakan membantu meningkatkan imuniti dan membantu menjaga kesihatan jantung serta sistem kardiovaskular anda.

Sekarang, jom lihat perbezaan bagi dua jenama jenis roti wheatgerm iaitu Gardenia dan Massimo.

Kandungan nutrisi/ Jenama rotiGardeniaMassimo
Kolesterol0mg0mg
Protein10.2g9.2g
Karbohidrat44.1g45.9g
Serat3g2.1g
Kalsium195mg221mg

Bagi jenis roti wheatgerm pula, jenama Gardenia dilihat mempunyai kadar protein dan serat lebih tinggi berbanding Massimo. Tetapi, Massimo mempunyai kadar kalsium yang lebih tinggi bermakna ia baik bagi mereka yang perlu tingkatkan pengambilan kalsium. Walau bagaimanapun, kadar karbohidrat yang sedikit tinggi bagi Massimo menjadikan ia kurang baik berbanding Gardenia. Jika dilihat secara keseluruhan, jenis roti wheatgerm Gardenia dilihat pilihan lebih baik walaupun mempunyai kadar kalsium yang lebih rendah.

SUMBER

https://www.nhs.uk/news/food-and-diet/is-white-bread-just-as-healthy-as-brown/

https://www.healthline.com/health/wheat-germ-benefits#1

Summary
Perbandingan Jenama dan Jenis Roti Di Pasaran
Article Name
Perbandingan Jenama dan Jenis Roti Di Pasaran
Description
Pengambilan roti adalah makanan mudah terutama bagi sarapan pagi. Tapi, tahukah anda bahawa setiap jenis roti mempunyai kadar nutrisi yang berbeza-beza mengikut jenamanya?
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: