peranakan jatuh

Peranakan jatuh adalah keadaan di mana rahim tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya dan jatuh ke bawah lalu masuk ke dalam faraj.

Ianya berlaku kepada wanita tidak kira umur tetapi sering terjadi semasa kitaran pos menopous. Sekiranya peranakan jatuh ini mengganggu keselesaan aktiviti harian dan anda mengalami kesakitan, ia haruslah dirawat dengan segera.

Kesihatan tubuh badan wanita amat penting, ini termasuklah kesihatan peranakan. Jadi, anda perlu tahu kenapa peranakan jatuh dan apa yang boleh dibuat sebagai rawatan sekiranya anda mengalami masalah ini.

Oleh itu, anda perlu teruskan membaca perkongsian kami seperti di bawah untuk mengetahuinya.

SIMPTOM PERANAKAN JATUH

Peranakkan jatuh yang dikategorikan sebagai mengganggu keselesaan dan kesakitan adalah seperti berikut:

  • Terasa keradangan di dalam rahim
  • Terasa seperti ada sesuatu yang tersepit atau terkeluar dari faraj
  • Tidak dapat mengawal aliran air kencing, seolah-olah ‘bocor’
  • Sakit pada bahagian ari-ari
  • Ketidakselesaan semasa aktiviti seksual di bahagian faraj

Simptom-simptom ini sering terasa lebih sakit di waktu petang berbanding pada waktu pagi. Anda dinasihati untuk disegerakan berjumpa dengan doktor atau pakar sekiranya simptom anda agak teruk.

PUNCA PERANAKAN JATUH

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan peranakan anda jatuh. Ia selalunya berlaku disebabkan dinding rahim yang lemah.

Punca dinding rahim lemah adalah seperti berikut:

  • Mengandung
  • Kesulitan semasa proses waktu bersalin
  • Melahirkan bayi yang saiz terlalu besar
  •  Masalah berat badan dan obesiti
  • Kadar estrogen yang rendah semasa fasa menopous
  • Masalah sembelit
  • Sering mengalami batuk kronik atau sakit bronkitis
  • Sering mengangkat barang berat

FAKTOR RISIKO PERANAKAN JATUH

Berikut adalah beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan rahim anda jatuh ke dalam faraj:

  • Bersalin terlalu kerap
  • Faktor umur meningkat
  • Selepas prosedur operasi rahim
  • Faktor genetik – Sejarah keluarga yang ramai mengalami masalah rahim lemah

CARA-CARA PENCEGAHAN

Berikut adalah cara-cara mengurangkan risiko masalah peranakan jatuh:

  • Mengamalkan senaman Kegel : Senaman yang fokus  kepada membina otot di bahagian rahim – sangat di sarankan selepas bersalin.
  • Merawat dan mencegah sembelit : Amalkan minum air dan makan makanan serat tinggi (buahan , sayuran , bijirin) dengan kerap.
  • Elakkan aktiviti lasak atau amalkan prosedur yang betul semasa membuat aktiviti lasak/mengangkat barang berat
  • Merawat sakit batuk kering dengan segera dan tidak merokok.
  • Kurangkan berat badan : Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor yang bertauliah

RAWATAN YANG DISARANKAN

Untuk mencegah masalah peranakan jatuh ini, anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan rahim setiap tahun.

Prosedur lazim semasa pemeriksaan adalah seperti berikut:

  • Pesakit harus mencangkung sehingga terasa pergerakkan di bahagian ari-ari di katil khas supaya senang untuk doktor memeriksa jarak di antara rahim and faraj
  • Pesakit akan disuruh untuk mengetatkan otot dinding pelvis seolah-olah mengawal aliran air kencing. Ini dapat menunjukkan kekuatan otot pelvis-Urodynamic testing
  • Pesakit di berikan borang pertanyaan untuk doktor memastikan punca masalah
  • Prosedur untuk masalah yang kritikal akan di usulkan dengan ‘Urodynamic testing’

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, sebaiknya anda terus mendapatkan rawatan pakar di klinik-klinik atau hospital-hospital berdekatan anda.

Anda juga bolehlah jalani pemeriksaan tahunan walaupun anda tidak mempunyai sebarang simptom. Ini kerana, mencegah andalah lebih baik daripada mengubati. Itu tidak dapat disangkal lagi.

Akhir kata, buat semua wanita di luar sana, rahim atau peranakan adalah organ yang sangat penting. Oleh itu, anda dinasihati untuk sentiasa memastikan tahap kesihatannya yang baik. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang membacanya.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/uterine-prolapse/symptoms-causes/syc-20353458

https://www.webmd.com/women/guide/prolapsed-uterus

Summary
Peranakan Jatuh: Kenapa dan Apa Yang Perlu Dibuat
Article Name
Peranakan Jatuh: Kenapa dan Apa Yang Perlu Dibuat
Description
Peranakan jatuh adalah keadaan di mana rahim tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya dan jatuh ke bawah lalu masuk ke dalam faraj.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: