Kumpulan Makanan
Semakin usia anda meningkat, keperluan diet anda juga akan berubah.

Penyesuaian kumpulan makanan untuk pelbagai peringkat umur perlu dititik beratkan agar dapat memenuhi keperluan tubuh badan anda.

Perubahan ini akan berterusan sepanjang peringkat hidup anda diiringi penyesuaian keperluan kalori, protein, vitamin dan mineral.

Sebagai tambahan kepada keperluan fizikan perubahan badan mengikut masa, keperluan diet di peringkat kehidupan berbeza akan berubah mengikut aspek ekonomi, psikologi dan sosial.

Sebaliknya, selepas mencecah usia tua, keupayaan anda akan berkurang dan mungkin lebih kurang berkemampuan untuk memasak hidangan segar yang kaya dengan nutrien.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui tentang perubahan keperluan nutrisi pada setiap peringkat, daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

Indiviu dewasa yang lebih tua memerlukan kalori yang sedikit untuk mengekalkan berat badan mereka kerana mereka cenderung kurang bergerak dan bersenam serta mempunyai otot yang kurang.

Sekiranya anda masih meneruskan pengambilan jumlah kalori yang sama setiap hari seperti saat anda muda remaja, anda lebih mudah mendapat lemak tambahan terutamanya di sekitar kawasan perut.

Ini sangat benar terutamanya bagi wanita yang sudah menopaus, oleh kerana pengurangan tahap estrogen pada waktu ini boleh menggalakkan pengumpulan lemak perut.

Namun, walaupun individu yang lebih berumur memerlukan kalori yang sedikit, mereka memerlukan jumlah nutrien yang sama atau tinggi sedikit berbanding individu yang lebih muda.

Oleh itu, adalah penting untuk individu yang lebih berumur memakan variasi makanan menyeluruh seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging tanpa lemak.

Makanan-makanan ruji ini boleh membantu anda mengelakkan kekurangan nutrien tanpa membesarkan saiz pinggang anda.

Nutrien yang penting semakin anda meningkat umur adalah protein, vitamin D, kalsium dan vitamin B12.

Bagaimanakah penuaan memberi kesan kepada keperluan nutrien anda?

Penyesuaian kumpulan makanan untuk pelbagai peringkat umur penting apabila melibatkan penuaan, iaitu perubahan dalam bentuk kehilangan otot, kulit menipis, dan pengurangan asid perut.

Sesetengah perubahan ini boleh membuatkan anda lebih cenderung mendapat risiko kekurangan nutrien manakala perubahan yang lain boleh menjejaskan kualiti dan kesedaran hidup anda.

Sebagai contoh, satu kajian menganggarkan seramai 20% warga emas mempunyai gatritis atrofik, iaitu satu keadaan di mana keradangan kronik merosakkan sel yang menghasilkan asid perut.

Paras asid perut yang rendah boleh menjejaskan proses penyerapan nutrien seperti vitamin B12, kalsium, zat besi dan magnesium.

Cabaran lain penuaan adalah pengurangan keperluan kalori. Malangnya, keadaan ini mencipta dilema nutrisi. Individu yang lebih tua perlu mendapatkan jumlah nutrien yang sama seperti individu yang lebih muda.

Baiknya, memakan variasi makanan menyeluruh dan mengambil suplemen boleh membantu anda mendapat keperluan nutrien anda.

Isu lain pula, seseorang individu mungkin megalami pengurangan dalam keupayaan badan untuk merasa lapar atau dahaga.

Hal ini cenderung membuatkan anda mengalami dehidrasi dan kehilangan berat badan drastik. Dan, semakin banyak umur anda, keadaan tersebut akan menjadi lebih ketara.

Berikut adalah pengambilan nutrien mengikut peringkat umur:

BAYI DAN KANAK-KANAK TADIKA

Keperluan nutrisi bayi dalam penyesuaian kumpulan makanan

Banyak kajian membuktikan bahawa mengekalkan diet seimbang sewaktu kehidupan bayi adalah penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Penyesuaian kumpulan makanan dalam 6 bulan pertama kehidupan bayi, ibu disyorkan untuk menyusu bayi mereka kerana susu ibu dipenuhi dengan nutrien dan antibodi yang diperlukan oleh bayi.

Walau bagaimanapun, menyusukan bayi mungkin bukan untuk semua orang, jadi susu formula mungkin boleh menjadi alternatif lain bagi menggantikan susu ibu.

Secara umum, formula susu berasaskan lembu adalah disyorkan. Namun, jika anda tidak pasti tentang formula mana yang perlu diberikan kepada bayi anda, seorang pakar nutrisi boleh membantu anda.

Menentukan bila masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pepejal ke dalam diet bayi anda boleh menjadi sesuatu yang sukar. Secara amnya, pengenalan pepejal bermula selepas 6 bulan kelahiran bayi. Campurkannya dengan susu formula atau susu ibu untuk melengkapkan keperluan nutrisi bayi anda.

Keperluan nutrisi kanak-kanak

Keperluan nutrisi kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun bermula sejak 12 bulan pertama kehidupan. Selepas itu, mereka memerlukan semua nutrien penting untuk membantu proses tumbesaran mereka.

Dalam peringkat awal ini, mereka memerlukan bantuan untuk menguruskan pemakanan mereka, memotong makanan dan membantu menyuapkannya kepada mereka, dan setelah berusia lima tahun atau lebih muda, mereka seharusnya lebih pandai menguruskan masa makan mereka dengan lebih berdikari.

Penyesuaian kumpulan makanan yang utama perlu dimasukkan dalam makanan seorang kanak-kanak sekolah tadika termasuklah karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu dan makanan tenusu, serta protein dan lemak berkualiti tinggi.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan anak anda memiliki pemakanan yang seimbang mengandungi semua kumpulan makanan dan nutrien penting seperti vitamin A, C, kalsium, zat besi dan zink boleh menjadi agak payah sekiranya anak anda adalah seorang yang cerewet.

Tip nutrisi bagi kanak-kanak tadika:

  • Sediakan buah-buahan dan sayur-sayuran pada setiap waktu hidangan, bermula dengan sarapan.

  • Cuba perkenalkan smoothies yang sihat dan sedap dalam diet anak anda jika mereka tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran di atas pinggan.

  • Sorokkan sayur-sayuran dalam makanan seperti di dalam sos pasta atau sebagainya.

  • Kadangkala, anak anda boleh jatuh sakit apabila makan makanan tertentu. Jadi, sekiranya mereka menyukai epal, elakkan diri anda daripada terlebih memberi mereka makan epal.

  • Sentiasa berikan mereka makanan yang baru, mereka mungkin mengambil sebanyak 20 kali merasai sesuatu makanan untuk menyukainya.

KANAK-KANAK BERSEKOLAH DAN REMAJA

Penyesuaian kumpulan makanan untuk kanak-kanak

Memulakan alam persekolahan boleh menjadi pengalaman yang sangat mencabar, bukan sahaja pada kanak-kanak malah ibu bapa.

Ibu bapa perlu memastikan penyesuaian kumpulan makanan mereka walau di mana mereka berada.

Inilah masanya di mana, anak anda menguruskan pemakanannya sendiri, sekurang-kurangnya satu hidangan.

Ia juga merupakan permulaan kehidupan yang baru di mana mereka mungkin pergi ke rumah kawan-kawan untuk makan tengahari, atau meminta duit belanja dengan tujuan untuk membelanjakannya terhadap minuman ringan dan manis,

Bagi ibu bapa yang tidak gemar anak-anak mereka makan makanan di kantin sekolah, memilih makanan yang perlu disertakan dalam bekal makanan boleh menjadi satu tugas yang sukar.

Anda boleh mencari idea dan inspirasi dengan melihat laman web tertentu yang berkongsi idea tentang bagaimana untuk membekalkan hidangan seimbang yang anak anda suka.

Tip nutrisi kanak-kanak bersekolah:

  • Nasihatkan mereka tentang makanan seperti keropok, biskut dan coklat. Tawarkan pilihan snek yang lebih sihat seperti buah-buahan, bertih jagung atau biskut yang anda buat sendiri di rumah.

  • Galakkan mereka memakan 3 hidangan setiap hari, sarapan, makan tengahari dan makan malam, dengan snek sihat antara setiap hidangan.

  • Didik anak anda tentang pemakanan sihat jika mereka membeli makanan sendiri di sekolah.

  • Sokonglah mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan sukan. Cuba kenalkan mereka kepada sukan yang anda boleh lakukan bersama.

Pemakanan sihat untuk remaja

Apabila seorang kanak-kanak memasuki zaman remaja, mereka cenderung membuat pilihan sendiri tentang kehidupan sosial, nutrisi dan pendidikan mereka.

Walaupun ini mungkin dilihat sebagai satu langkah yang positif, perubahan fizikan dan tekanan daripada rakan-rakan boleh menjejaskan perlakuan seseorang remaja.

Mereka mungkin menolak makanan tertentu, malah mereka juga mungkin mengelakkan sarapan dan mula melakukan diet daripada makanan ringan yang tidak memberi mereka serat, vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan mereka.

Dalam hal ini, ibu bapa hanya boleh menunjukkan contoh yang baik dalam memastikan penyesuaian kumpulan makanan di rumah. Penuhkan peti sejuk dengan snek sihat dan hidangkan hidangan yang seimbang pada waktu makan.

Akibat tempoh proses pembesaran sangat cepat yang dilalui oleh remaja, mereka memerlukan diet seimbang yang penuh dengan nutrien termasuklah kalsium, zat besi dan protein.

Anda mungkin perlu mempertimbangkan suplemen vitamin dan mineral yang direka khusus untuk remaja. Ini boleh memastikan mereka mendapat nutrien penting.

Adalah sangat biasa bagi seseorang remaja, terutamanya perempuan, untuk memiliki pandangan yang menganggu terhadap imej badan mereka, yang mungkin menyebabkan mereka perlu menurunkan berat badan.

Malangnya, cara biasa mereka akan lakukan adalah dengan mengamalkan kaedah puasa yang tidak sihat, mengelakkan hidangan dan menghindari semua makanan dan snek bergula.

Jika anda risau anak remaja anda mempunyai masalah gangguan pemakanan, doktor atau jururawat boleh membantu menasihati anda dan memberi langkah sepatutnya untuk mengatasi masalah tersebut.

INDIVIDU DEWASA DAN WARGA EMAS

Keperluan diet individu dewasa

Majoriti tumbesaran dan perkembangan badan anda akan berhenti setelah memasuki alam dewasa. Kini, anda boleh mengubah fokus anda terhadap nutrisi dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Cara ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan berat badan, umur dan gaya hidup.

Nutrisi bagi warga emas

Penyesuaian kumpulan makanan untuk golongan warga emas adalah penting untuk memastikan mereka menerima nutrisi yang bagus di samping perubahan badan anda dan cabaran keupayaan yang terbatas setelah meningkat usia.

Daripada pengurangan pergerakan untuk pergi ke kedai bagi membeli bahan makanan untuk hidangan yang seimbang, hinggalah aspek sosial lain seperti bajet makanan yang rendah, seorang warga emas tunggal mungkin kehilangan motivasi untuk memasak makanan seimbang atau tidak mempunyai kemahiran memasak bagi melakukan tugas tersebut.

Membekukan makanan, memakan snek dan membeli makanan yang tahan lama boleh menjadi cara yang sesuai untuk memperkenalkan dan mengekalkan keperluan diet dan nutrisi bagi seorang individu dewasa tua atau warga emas.

Makan snek daripada pilihan yang sihat seperti roti bakar gandum penuh, buah-buahan atau bubur boleh membantu anda menjalani hari anda jika anda tidak boleh menyediakan tiga hidangan penuh.

Sewaktu memasak hidangan yang besar, bahagikannya ke dalam porsi individu dan bekukannya, ini boleh memudahkan kerja anda sambil memberi nutrien dan mineral yang diperlukan untuk kekal sihat.

Sumber:

Summary
Article Name
Penyesuaian Kumpulan Makanan Untuk Pelbagai Peringkat Umur
Description
Penyesuaian kumpulan makanan untuk pelbagai peringkat umur perlu dititikberatkan agar dapat memenuhi keperluan tubuh badan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: