inhalan
Inhalan adalah bahan kimia yang boleh ditemui di sesetengah barangan isi rumah dan tempat kerja yang menghasilkan wap kimia. Wap ini boleh diruap menyebabkan kesan perubahan minda.

Inhalan adalah bahan kimia yang boleh ditemui di sesetengah barangan isi rumah dan tempat kerja yang menghasilkan wap kimia. Wap ini boleh diruap menyebabkan kesan perubahan minda.

Bahan diruap menyerap masuk ke dalam otak dengan cepat membuatkan seseorang berkhayal dengan cepat. Penyalahgunaan inhalan yang kronik boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan seperti koma dan mati.

Siapa yang menyalahgunakan inhalan?

Penyalahgunaan inhalan dilihat berlaku di kalangan remaja yang berusia 14 hingga 15 tahun. Namun begitu, penyalahgunaan juga boleh dilihat berlaku seawal usia 5 hingga 6 tahun.

Dalam kebanyakan kes, penyalahgunaan inhalan menurun di kalangan remaja usia 17 hingga 19 tahun. Tetapi penyalahgunaan boleh berlaku di kalangan individu dewasa. Ini selalunya berlaku di kalangan lelaki lebih daripada perempuan.

Produk inhalan yang boleh ditemui atau digunakan

Terdapat lebih daripada 1,000 produk yang boleh disalahgunakan sebagai inhalan. Ia mudah, tidak mahal, mudah di sorok dan tidak mengejutkan sah (tidak seperti dadah).

Terdapat 4 kategori umum inhalan : pelarut mudah diruap, aerosol, gas dan nitrit.

– Pelarut Mudah Diruap

Ia merupakan cecair yang diruap pada suhu bilik. Digunakan untuk tujuan peralatan rumah atau industri. Contohnya :

  • Thinner cat
  • Pelucut cat
  • Degreaser
  • Petrol
  • Simen getah
  • Cecair pemetik api
  • Gam
  • Penanggal cat kuku
  • Cecair Pembetulan (Correction Liquid)
  • Felt atau bulu pada mata pen penanda (marker)

– Aerosol

Aerosol adalah semburan yang mengandungi perejang / propellant (bahan bakar) dan pelarut. Contohnya :

  • Cat semburan
  • Deodoran semburan
  • Semburan rambut
  • Minyak semburan berasaskan sayur – sayuran
  • Semburan pelindung kain (fabric protector spray)

– Gas

Gas termasuklah anestetik perubatan serta gas yang digunakan di dalam barangan isi rumah dan komersial. Anestetik perubatan termasuklah kloroform, halotana, dan nitrus oksida (gas ketawa).

Nitrus oksida adalah gas yang sering disalahgunakan dan boleh ditemui di dalam whipped cream dispenser dan kanister perenjang (selalunya dikenali sebagai whippet).

Nitrus oksida juga boleh ditemui pada produk yang meningkatkan tahap oktana pada kereta lumba. Barangan isi rumah yang mengandungi gas adalah seperti pemetik api butana, bekas propana dan peti sejuk.

– Nitrit

Bahan kimia yang boleh ditemui dalam aroma cecair dan deodorize bilik. Nitrit bertindak balas terhadap sistem saraf pusat. Ia mengembangkan saluran darah dan mengendurkan otot.

Kelebihan nitrit untuk mengendurkan otot membuatkan ia popular sebagai perangsang seksual. Nitrit termasuklah cyclohexyl nitrite, isoamyl (amyl) nitrite, dan isobutyl (butyl) nitrite. Ia dikenali sebagai popper atau snapper.

Bagaimana inhalan disalahgunakan?

Apabila seseorang menyalahgunakan inhalan, ia menyedut atau meruap melalui hidung atau mulut dengan pelbagai cara.

Mereka mungkin menghidu atau disedut wap daripada bekas atau dispenser, sembur aerosol secara langsung pada hidung atau mulut atau meletakkan kain yang direndam dengan bahan kimia pada mulut atau hidung.

Mereka juga mungkin menghidu bahan tersebut daripada belon atau plastik atau beg kertas. Kaedah ini dipanggil ‘bagging’. Sesetengah individu menyalahgunakannya dengan menuang bahan kimia tersebut pada kolar baju atau lengan dan menghidunya daripada semasa ke semasa.

Rasa khayal daripada inhalan hanya bertahan sehingga beberapa minit, jadi individu tersebut akan memanjangkannya dengan berulang kali menghidu untuk beberapa jam.

Sesetengah slanga untuk inhalan adalah :

  • Poppers
  • Snappers
  • Gam
  • Kick
  • Bang
  • Sniff
  • Whippets
  • Texas shoeshine

Beberapa istilah slanga menyalahgunakan inhalan :

  • Sedut atau hidu
  • Bagging
  • Gladding
  • Huffing
  • Dusting

Kesan penyalahgunaan inhalan

Pastinya setiap tindakan pastinya ada kesannya. Ini merupakan kesan jangka panjang yang berlaku akibat penyalahgunaan inhalan :

  • Kematian mengejut (Ketahanan badan berkurangan dan sel darah merah menjadi rosak)
  • Tulang sum – sum rosak
  • Ketahanan badan berkurangan
  • Meningkatkan risiko penyakit leukemia
  • Sistem pembiakan menjadi rosak
  • Masalah jantung akibat kesan terbakar yang teruk
  • Darah tidak berkeupaya membawa oksigen dengan baik
  • Perubahan otot dan denyutan jantung menjadi lemah
  • Kematian disebabkan otak kurang oksiden, pengsan serta fungsi jantung yang terjejas
  • Kerosakan otak, hati dan buah pinggang
  • Hilang kewarasan akal dan keseimbangan tubuh badan
  • Hilang penglihatan dan pendengaran
  • Sirosis Hati
  • Anggota badan kekejangan atau kebas

Diagnosis penyalahgunaan inhalan

Inhalan tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan air kencing jadi pengesanan hanya boleh dilakukan dengan diagnosis klinikal berdasarkan pengetahuan pakar perubatan.

Ujian klinikal boleh menunjukkan hasil makmal yang tidak normal seperti penurunan enzim hati. Darah dan tisu lain boleh diuji dengan teknik kromatografi gas.

Ujian air kencing tertentu boleh mengenal pasti benzena, toluena dan bahan lain yang hampir sama apabila ia disalahgunakan dalam tempoh yang lama.

Rawatan

Apakah rawatan yang boleh dilakukan pada individu yang ketagih terhadap inhalan? Kaedah rawatan untuk penyalahgunaan inhalan tidak jauh besar dengan kaedah yang dilakukan untuk merawat tingkah laku ketagihan.

Rawatan ini termasuklah terapi individu (terapi tingkah laku kognitif), terapi keluarga, program keterlibatan dan aktiviti dan rawatan susulan.

  • Terapi tingkah laku kognitif : Mengajar bagaimana untuk menguruskan keadaan yang memberikan tekanan, menangani gian dan menahan diri daripada menggunakan inhalan
  • Rawatan motivasi : Kaunseling membantu remaja mendapatkan motivasi untuk nekad berubah
  • Kaunseling keluarga : Terapi ini memberi fokus untuk meningkatkan komunikasi, hubungan, tindakan dan tingkah laku di antara ahli keluarga.
  • Program keterlibatan dan aktiviti : Memberikan kemahiran dan pengalaman sosial baharu dan memberikan pilihan alternatif selain menggunakan inhalan. Program tersebut melibatkan aktiviti menonton wayang, menari, mendaki dan lain – lain.
  • Rawatan susulan : Kumpulan sokongan yang membantu mengurangkan risiko mengulang semula kesilapan dan membantu mengekalkan hidup tanpa dadah.

Langkah Pencegahan

Ibu bapa mana yang tidak bimbang dengan isu atau gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja terutama isu penyalahgunaan dadah.

Mereka cuma celik tentang dadah seperti ectasy, ganja, syabu, ketum dan lain – lain tanpa mereka sedar penyalahgunaan barangan isi rumah juga boleh berlaku.

Mereka menyalahgunakannya dengan cara menghidu atau menyedut. Kita menganggapnya tidak berbahaya tetapi sebenarnya ia mengandungi bahan beracun seperti bahan pelarut organik.

Apabila dihidu atau disedut bau / wapnya akan menyebabkan ketagihan dan khayal kemudian lama kelamaan akan mengakibatkan kematian mengejut. Ini merupakan langkah pencegahan yang ibu bapa boleh lakukan seperti :

  • Ambil tahu, cakna serta waspada tentang bentuk – bentuk penagihan, bahan apa, jenis bahan agar anda dapat memerhatikan dan mengesan masalah yang terjadi di kalangan anak – anak anda, anak murid anda atau ahli keluarga anda
  • Dedahkan kepada mereka tentang bahaya penyalahgunaan daripada rokok, arak, dadah sehinggalah inhalan. Didikan daripada rumah membantu mereka meletakkan garisan amaran untuk tidak sekali – kali mencubanya
  • Elakkan daripada membeli sebarang barangan isi rumah yang boleh disalahgunakan. Cuba dapatkan produk alternatif yang berasaskan air
  • Mengawasi kuantiti produk yang telah digunakan. Jika terdapat perubahan jangan ambil mudah dan siasat di kalangan ahli keluarga
  • Perhatikan perubahan tingkah laku anda dan bercakaplah dengan mereka tentang perkara yang membimbangkan anda. Lebih baik mencegah daripada mengubati
  • Elakkan sikap tiada apa –apa. Waspada dan ambil tahu

Inhalan BOLEH MEMBUNUH, jadi ibu bapa, guru – guru serta sebagai kawan mestilah menjadi pendamping yang baik dan cakna agar kita dapat membendung daripada awal.

SUMBER

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15742-inhalant-abuse/resources

http://www.prn.usm.my/index.php/archive/magazines/dewan-kosmik/257-penyalahgunaan-inhalan-di-kalangan-remaja

Summary
Penyalahgunaan Inhalan di Kalangan Remaja
Article Name
Penyalahgunaan Inhalan di Kalangan Remaja
Description
Inhalan adalah bahan kimia yang boleh ditemui di sesetengah barangan isi rumah dan tempat kerja yang menghasilkan wap kimia. Wap ini boleh diruap menyebabkan kesan perubahan minda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: