Now Reading
Punca Penyakit Kaki Air, Simptom dan Rawatannya.

Punca Penyakit Kaki Air, Simptom dan Rawatannya.

penyakit kaki air

Penyakit Kaki Air adalah jangkitan kulat yang menjejaskan lapisan atas kulit kaki, terutama sekali apabila ia berada dalam keadaan panas, lembab, dan gatal.

Penyakit ini juga dikenali sebagai ‘tinea pedi’ dan cacing kurap kaki. Kulat yang menyebabkan penyakit kaki air digelar Trichophyton dan biasanya terdapat di lantai dan pada pakaian.

Kulat Kaki Air hanya menjejaskan kulit jika keadaan untuk ia merebak adalah sesuai, iaitu persekitaran yang hangat dan lembap contohnya seperti bahagian dalam kasut anda. Oleh itu, hanya kira-kira 0.75 peratus individu yang kerap berjalan kaki tanpa memakai kasut akan terjejas berbanding individu yang memakai kasut.

Walau bagaimanapun, sehingga 70 peratus individu akan, pada satu ketika, menjangkiti Penyakit Kaki Air.

Penyakit Kaki Air biasanya terbentuk di antara jari kaki anda. Ia biasanya menyebabkan rasa terbakar, menyengat, kulit menjadi kemerahan, dan gatal-gatal. Ia juga menyebabkan kulit di kawasan terjejas terkopek bagi sesetengah orang.

Ia adalah sejenis jangkitan kulat yang paling kerap berlaku. Walaupun ia boleh dijangkiti, penyakit ini biasanya boleh dirawat dengan menggunakan ubat di farmasi. Namun begitu, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah atau menghidap diabetes harus berjumpa dengan doktor sebaik sahaja dijangkiti Penyakit Kaki Air.

Simptom Penyakit Kaki Air

Terdapat banyak simptom penyakit ini. Sekiranya anda mengalami simptom di bawah, anda mungkin menghidap penyakit kaki air:

  • Gatal-gatal, rasa menyengat dan terbakar di antara jari kaki anda atau di tapak kaki anda
  • Terdapat luka pada kaki anda yang menjadi gatal
  • Kulit mengelupas di antara jari kaki dan tapak kaki anda
  • Kulit kering pada tapak kaki atau kaki anda
  • Kulit melecet di kaki anda
  • Kuku yang rapuh dan berlainan warna
  • Kuku jari kaki yang mudah tertanggal

Punca Penyakit Kaki Air

Penyakit Kaki Air disebabkan oleh jenis kulat yang sama dengan kulat yang menyebabkan penyakit cacing dan gatal-gatal. Memakai stokin atau kasut yang lembap, dalam keadaan panas atau lembap menggalakkan pertumbuhan organisma ini.

Penyakit ini boleh dijangkiti dan boleh disebarkan melalui hubungan dengan individu yang dijangkiti atau melalui sentuhan pada permukaan yang tercemar seperti tuala, lantai dan kasut.

Diagnosis Penyakit Kaki Air

Doktor boleh mendiagnosis penyakit ini dengan melihat simptom yang anda alami. Selain itu, doktor juga boleh melakukan ujian pada kulit jika mereka tidak pasti mengenai jangkitan kulat yang menyebabkan simptom anda.

Pemeriksaan kalium hidroksida luka kulit (skin lesion potassium hydroxide) adalah ujian yang paling biasa dilakukan untuk mendiagnosis Penyakit Kaki Air. Doktor akan mengikis satu kawasan kecil kulit yang dijangkiti dan meletakkannya dalam larutan kalium hidroksida (KOH). Larutan kalium hidroksida memusnahkan sel normal dan meninggalkan sel-sel kulat supaya mudah dilihat di bawah mikroskop.

Faktor Risiko Penyakit Kaki Air

Anda berisiko tinggi untuk menjangkiti penyakit ini jika anda:

  • Seorang lelaki
  • Kerap memakai kasut lembap atau kasut yang ketat
  • Berkongsi tikar, karpet, linen katil, pakaian atau kasut dengan seseorang yang mempunyai jangkitan kulat
  • Berjalan kaki ayam di kawasan awam di mana jangkitan boleh merebak, seperti bilik loker, sauna, kolam renang, dan tempat mandi komuniti.

Rawatan Penyakit Kaki Air

Dalam kebanyakan kes, simptom penyakit ini adalah ringan dan pesakit tidak perlu berjumpa doktor.

Ubat-ubatan yang berkesan dalam menyembuhkan jangkitan boleh dibeli di farmasi

Dalam kes-kes yang teruk, doktor boleh mengesyorkan ubat antikulat yang lebih kuat, biasanya ditelan. Ia membunuh kulat yang menyebabkan simptom.

Ubat antikulat juga boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti:

  • Tablet
  • Serbuk
  • Cecair
  • Semburan
  • Krim

Kebanyakan ubat-ubatan topikal boleh didapati di farmasi. Topikal tersebut disapu secara langsung pada kulit. Ahli farmasi akan mengesyorkan salah satu ubat antikulat berikut kepada anda:

  • Clotrimazole
  • Econazole
  • Ketoconazole
  • Miconazole
  • Terbinafine
  • Sulconazole

Pelbagai ubat antikulat topikal juga disediakan untuk pembelian dalam talian (online).

Selain itu, ubat-ubatan oral, akan disyorkan oleh doktor, sama ada kerana simptom yang teruk atau jika ubat-ubatan topikal tidak berfungsi, seperti berikut:

  • Griseofulvin
  • Itraconazole
  • Terbinafine

Pengambilan antasid boleh mengganggu penyerapan ubat antikulat oral. Antikulat oral juga boleh mempengaruhi bagaimana ubat-ubatan antikoagulan berfungsi.

Terdapat beberapa jenis ubat antikulat yang tidak boleh diberikan kepada pesakit-pesakit tua dan kanak-kanak kecil. Periksa dengan ahli farmasi, doktor, atau jururawat, atau baca risalah yang disertakan bersama ubat dengan teliti terlebih dahulu sebelum mengambil atau menggunakan sebarang ubat.

Dos yang diberi berbeza untuk kanak-kanak. Beberapa jenis ubat akan di serap dan diproses oleh hati. Oleh itu, ia memerlukan pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan hati kanak-kanak sebelum ubat jenis tersebut diambil. Sesetengah antikulat tidak boleh diambil semasa hamil, atau mungkin mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Individu yang hamil, atau merancang untuk mempunyai anak, harus memeriksa keadaan ini terlebih dahulu dengan doktor

SUMBER

https://www.healthline.com/health/athletes-foot

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/understanding-athletes-foot-basics

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/athletes-foot/symptoms-causes/syc-20353841

https://www.medicalnewstoday.com/articles/261244

error: Content is protected !!