penyakit injap trikuspid
Penyakit injap trikuspid adalah keadaan injap antara dua ruang jantung kanan (ventrikel kanan dan atrium kanan) tidak ditutup dengan betul.

Penyakit injap trikuspid adalah keadaan injap antara dua ruang jantung kanan (ventrikel kanan dan atrium kanan) tidak ditutup dengan betul. Kerosakan injap ini membolehkan darah mengalir masuk kembali ke dalam ruang kanan atas jantung anda (atrium kanan).

Ia boleh berpunca dari keadaan kelahiran anda seperti dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital, atau ia boleh berlaku akibat ketidaknormalan injap yang disebabkan oleh keadaan lain.

Simptom Penyakit Injap Trikuspid

Pada awalnya, penyakit Injap Trikuspid tidak akan menunjukkan simptom yang dikenali. Anda lebih cenderung mengalami simptomnya sekiranya anda menghidap Hipertensi Pulmonari atau Tekanan Darah Tinggi.

Simptom termasuklah:

• Pembengkakan Abdomen

• Pengurangan Air Kencing

• Pembengkakan Kaki dan Buku Lali

• Kelemahan Umum

• Nadi Jantung Tidak Teratur

• Pembengkakan Dalam Badan

• Denyutan di Leher Anda

• Keletihan Yang Tidak Dapat Dijelaskan

Punca Penyakit Injap Trikuspid

Penyakit Injap Trikuspid boleh disebabkan oleh:

• Jangkitan  seperti Demam Reumatik atau Endokarditis Infektif

• Pengembangan ventrikel kanan, menyebabkan anulus (berbentuk seperti cincin yang mempunyai tisu berserabut yang melekat dan menyokong injap) di injap trikuspid membesar.

• Peningkatan tekanan dalam injap trikuspid (salah satu komplikasi Hipertensi Pulmonari)

• Punca biasa penyakit ini termasuklah kecacatan kongenital, trauma, Penyakit Jantung Karsinoid, tumor, Prolaps Injap Trikuspid, Anomali Ebstein, Lupus Sistemik, dan trauma.

Sekiranya penyakit ini berpunca dari demam reumatik, ia sering digabungkan dengan Penyakit Mitral atau Penyakit Injap Aorta.

Diagnosis Penyakit Injap Trikuspid

Doktor mungkin mengesyaki anda mempunyai penyakit Injap Trikuspid sekiranya anda mengalami simptomnya atau jika anda menghidap penyakit lain yang diketahui boleh membawa kepada gangguan itu.

Semasa pemeriksaan, doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Seterusnya, doktor akan mendengar nadi jantung anda. Bunyi jantung yang tidak normal dapat menunjukkan bahawa darah mengalir ke belakang daripada injap jantung.

Selepas mendengar jantung anda, doktor akan menjalankan ujian diagnostik. Ujian sebegini boleh membantu doktor menganalisis keadaan injap jantung anda. Ujian tersebut termasuklah:

• Elektrokardiogram

• X-Ray Dada

Echocardiogram

Echocardiogram Transesophageal

Catheterization Jantung

• Imbasan Radionuklida

• Imbasan MRI

Faktor Risiko Penyakit Injap Trikuspid

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko penyakit Injap Trikuspid termasuklah:

Jangkitan seperti Infeksi Endokarditis atau Demam Reumatik. Jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakan kepada injap trikuspid. 

 Serangan jantung. Serangan jantung boleh merosakkan jantung anda dan memberi kesan kepada ventrikel kanan dan fungsi injap trikuspid.

• Kegagalan jantung. Kegagalan jantung boleh meningkatkan risiko anda mengalami penyakit Injap Trikuspid.

• Hipertensi Pulmonari. Tekanan darah tinggi di arteri dalam paru-paru anda (tekanan darah tinggi paru-paru) boleh meningkatkan risiko penyakit Injap Trikuspid.

• Penyakit Jantung. Beberapa jenis penyakit Jantung dan penyakit Injap Jantung lain boleh meningkatkan risiko anda mengalami penyakit Injap Trikuspid.

Penyakit Jantung Kongenital. Anda mungkin dilahirkan dengan keadaan atau kecacatan jantung yang mempengaruhi fungsi injap trikuspid anda, seperti Anomali Ebstein.

• Penggunaan ubat-ubatan tertentu. Jika anda menggunakan ubat-ubatan perangsang seperti fenfluramine (tidak lagi dijual di pasaran) atau ubat-ubatan untuk penyakit Parkinson, seperti pergolide atau cabergoline, atau ubat-ubatan migrain tertentu (ergot alkaloid), anda mungkin mempunyai peningkatan risiko penyakit Injap Trikuspid.

Radiasi. Radiasi pada bahagian dada boleh merosakkan injap trikuspid dan menyebabkan penyakit Injap Trikuspid.

Rawatan Penyakit Injap Trikuspid

Penyakit Injap Trikuspid tidak semestinya memerlukan rawatan. Sekiranya keadaan anda tidak terlalu teruk, doktor akan mengesyorkan anda supaya memantau keadaan kesihatan jantung anda pada tempoh masa yang ditetapkan untuk memastikan keadaan penyakit tidak berkembang.

Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubatan jika anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur.

Sekiranya penyakit ini disebabkan oleh Kegagalan Jantung, ia boleh dirawat melalui pengambilan ubat-ubatan yang menguatkan degupan jantung anda.

Selain itu, pembengkakan pula boleh dirawat dengan diuretik untuk mengganti cecair yang hilang. Ia boleh membantu untuk merawat sebarang keadaan perubatan seperti tekanan darah tinggi, untuk mengurangkan simptom yang berkaitan.

Dalam sesetengah keadaan, penyakit ini memerlukan rawatan melalui pembedahan. Dalam prosedur ini, pakar bedah akan menggantikan injap trikuspid pesakit.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tricuspid-valve-disease/home/ovc-20168105

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5494422/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tricuspid-valve-regurgitation/symptoms-causes/syc-20350168

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17578-tricuspid-valve-disease

Summary
Penyakit Injap Trikuspid (Triscupid Valve Disease) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Penyakit Injap Trikuspid (Triscupid Valve Disease) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Penyakit injap trikuspid adalah keadaan injap antara dua ruang jantung kanan (ventrikel kanan dan atrium kanan) tidak ditutup dengan betul.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: