ITP
ITP atau penyakit imun thrombocytopenia purpura adalah gangguan yang boleh menyebabkan mudah lebam atau teruk dan berdarah.

ITP atau penyakit imun thrombocytopenia purpura adalah gangguan yang boleh menyebabkan mudah lebam atau teruk dan berdarah. Pendarahan yang disebabkan oleh tahap platelet (sel yang membantu pembekuan darah) rendah yang tidak normal.

Sebelum ini dikenali idiopathic thrombocytopenic purpura, ITP boleh menyebabkan lebam berwarna ungu, serta bintik – bintik kecil merah ungu yang kelihatan ruam.

Kanak – kanak boleh mengalami ITP selepas jangkitan virus dan selalunya pulih sepenuhnya tanpa rawatan. Di kalangan dewasa, gangguan selalunya berlaku dalam tempoh yang lama.

Jika anda tidak mempunyai tanda – tanda pendarahan dan bilangan platelet anda tidak terlalu rendah, anda mungkin tidak memerlukan rawatan. Jika simptom anda bertambah serius, rawatan mungkin termasuklah ubat – ubatan untuk meningkatkan bilangan platelet atau pembedahan untuk membuang limpa.

Simptom

ITP mungkin tidak mempunyai tanda – tanda dan simptom. Apabila ia berlaku, simptomnya mungkin adalah :

  • Mudah lebam atau teruk
  • Pemukaan lebam pada kulit yang kelihatan seperti bintik – bintik merah ungu (petechiae) yang kelihatan seperti ruam selalunya di bawah betis
  • Pendarahan pada gusi atau hidung
  • Darah pada air kencing atau najis
  • Pendarahan haid yang tidak normal

Punca

Thrombocytopenia mempunyai pelbagai punca. Salah satu punca utama adalah platelet rendah, keadaan yang dipanggil imun thrombocytopenia (ITP).

Anda mungkin pernah mendengar nama lamanya iaitu idiopathic thrombocytopenic purpura. Meskipun doktor tidak mengetahui punca utama ITP, tapi mereka tahu bahawa ia terjadi apabila sistem imun anda iaitu pertahanan tubuh utama yang menentang penyakit tidak berfungsi dengan baik.

Antibodi anda yang sepatutnya menentang jangkitan, secara tidak sengaja memusnahkan platelet dalam badan anda. ITP boleh juga berpunca daripada keturunan, tetapi anda juga mungkin menghidapinya daripada pelbagai keadaan perubatan. Merawat keadaan perubatan mungkin mempertingkatkan ITP.

ITP Sekunder berlaku apabila ITP berkait dengan keadaan lain seperti :

  • Jangkitan virus (termasuklah demam campak, parvovirus, hepatitis C, Epsterin-Barr dan HIV)
  • Systemic lupus erythematosus (SLE)
  • Chronic lymphocytic leukemia (CLL)
  • Drug-induced immune thrombocytopenia
  • Sepsis, jangkitan bakteria serius di dalam darah
  • Helicobacter pylori (H. pylori), bakteria yang boleh hidup di dalam sistem penghadaman anda

– Ubat yang berkaitan dengan ITP

Sesetengah ubat boleh meningkatkan risiko ITP, seperti :

  • Sesetengah ubat untuk masalah jantung, sawan dan jangkitan
  • Heparin, blood thinner yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah

Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui jika ubat anda menjadi punca bilangan platelet anda jatuh atau menurun. Beliau boleh membetulkan dos atau mengubah ubat anda

– Rawatan lain yang berkaitan dengan ITP

Jenis ITP

Terdapat 2 jenis ITP utama iaitu akut (jangka pendek) dan kronik (jangka panjang).

  • Akut ITP adalah bentuk gangguan yang sering berlaku pada kanak – kanak. Ia selalunya bertahan kurang daripada 6 bulan.
  • ITP Kronik bertahan 6 bulan atau lebih. Ia selalunya dilihat pada orang dewasa, meskipun remaja dan kanak – kanak juga boleh mengalaminya.

Diagnosis

Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal sepenuhnya. Mereka akan bertanya pada anda tentang sejarah perubatan anda dan ubat – ubatan yang anda ambil.

Doktor anda juga akan mengarahkan ujian darah termasuklah kiraan darah penuh. Ujian darah juga termasuklah ujian untuk menilai fungsi hati dan buah pinggang, bergantung pada simptom anda. Ujian darah seterusnya untuk memeriksa antibodi platelet juga akan disarankan.

Doktor anda akan meminta blood smear, di mana sesetengah daripada darah anda akan diletakkan pada slid kaca dan dilihat melalui mikroskop untuk mengesahkan bilangan dan penampakan platelet dilihat dalam kiraan darah penuh.

Jika anda mempunyai kiraan platelet rendah, doktor anda mungkin juga mengarahkan anda menjalani ujian tulang sum sum. Jika anda mengalami ITP, tulang sum sum anda akan normal.

Hal ini kerana platelet anda musnah di dalam saluran darah dan limpa selepas meninggalkan tulang sum sum. Jika tulang sum sum anda adalah tidak normal, kiraan platelet anda rendah akan menyebabkan penyakit lain selain ITP.

Rawatan

Ubat–ubatan

Jika anda dan anak anda memerlukan rawatan, doktor anda akan preskripkan ubat sebagai rawatan pertama. Ubat yang selalunya digunakan untuk merawat ITP termasuklah :

a) Kortikosteroid

Doktor anda mungkin preskribkan corticosteroid seperti prednisone (Rayos), di mana boleh meningkatkan kiraan platelet dengan mengurangkan aktiviti sistem imun anda.

b) Intravenous immunoglobulin (IVIg)

Jika pendarahan sehingga ke tahap kritikal atau anda akan menjalani pembedahan dan perlu meningkatkan kiraan platelet secepatnya, anda mungkin akan diberikan intravenous immunoglobulin (IVIg).

c) Anti-D immunoglobulin

Ini untuk individu yang mempunyai darah Rh-positif. Seperti terapi IVIg, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius, jadi seseorang individu perlu memilih rawatan ini dengan berhati – hati.

d) Rituximab (Rituxan)

Terapi antibodi yang menumpukan sel imun bertanggungjawab untuk menghasilkan protein yang menentang platelet. Apabila ubat ini mengikat sel imun yang dikenali sebagai sel B, ia telah dimusnahkan.

Ini bermakna kurang sel B di sekitarnya, bermakna kurang sel yang didapati untuk membuat protein yang menentang platelet. Namun begitu, ia masih tidak jelas jika rawatan ini memberikan kelebihan jangka panjang.

e) Thrombopoietin receptor agonists

Thrombopoietin receptor agonists, termasuklah romiplostin (Nplate) dan eltrombopag (Promacta) membantu menghalang lebam dan pendarahan dengan menyebabkan tulang sum sum untuk menghasilkan lebih banyak platelet. Kedua – dua ubat telah disahkan oleh Pemakanan US dan FDA untuk rawatan kiraan platelet rendah disebabkan ITP kronik.

Jika ubat di atas tidak meningkatkan simptom anda, doktor anda mungkin memilih untuk preskripkan ubat lain termasuklah :

Immunosuppressant Umum

Immunosuppressant umum menyekat keseluruhan aktiviti sistem imun. Mereka tidak menyasarkan komponen tertentu sistem imun yang berkaitan dengan ITP. Ini termasuklah :

•             cyclophosphamide (Cytoxan)

•             azathioprine (Imuran, Azasan)

•             mycophenolate (CellCept)

Namun begitu, terdapat kesan sampingan penting. Jadi selalunya digunakan hanya pada kes serius yang tidak memberikan tindak balas kepada rawatan lain.

Antibiotik

Helicobacter pylori, di mana bakteria yang menyebabkan ulser peptik, berkaitan dengan ITP pada sesetengah individu. Terapi antibiotik untuk H.pylori telah ditunjukkan untuk membantu meningkatkan kiraan platelet pada sesetengah individu.

– Pembedahan

Jika anda mempunyai ITP yang serius dan ubat – ubatan tidak memulihkan simptom atau kiraan platelet, doktor anda mungkin menasihatkan pembedahan untuk membuang spleen. Ini dipanggil splenectomy.

Splenectomy tidak selalunya dilakukan pada kanak – kanak disebabkan kadar tinggi pemulihan dengan sendiri atau peningkatan yang tidak dijangka. Menjalani splenectomy juga meningkatkan risiko sesetengah jankitan bakteria pada masa depan.

– Rawatan kecemasan

ITP yang serius dan merebak memerlukan rawatan kecemasan. Ini selalunya termasuklah pemindahan platelet pekat dan pengambilan intravena corticosteroid seperti methylprednisolone (Medrol), IVIg, atau rawatan anti-D.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/idiopathic-thrombocytopenic-purpura/symptoms-causes/syc-20352325

https://www.healthline.com/health/idiopathic-thrombocytopenic-purpura-itp

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/thrombocytopenia-symptoms-causes-treatments#2-4

Summary
Penyakit Imun Thrombocytopenia Purpura (ITP) : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Penyakit Imun Thrombocytopenia Purpura (ITP) : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
ITP atau penyakit imun thrombocytopenia purpura adalah gangguan yang boleh menyebabkan mudah lebam atau teruk dan berdarah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: