penyakit hubungan reaktif
Penyakit hubungan reaktif adalah suatu keadaan di mana seorang kanak-kanak tidak mendapat penjagaan yang cukup daripada ibu-bapa atau penjaga utama mereka.

Penyakit hubungan reaktif atau ‘Reactive attachment disorder‘ adalah suatu keadaan di mana seorang kanak-kanak tidak mendapat penjagaan yang cukup daripada ibu-bapa atau penjaga utama mereka. Kanak-kanak dan ibu-bapa atau penjaga tidak memiliki hubungan emosi yang sihat di antara mereka, selalunya berlaku antara ibu dan anak, sebelum kanak-kanak tersebut berusia 5 tahun.

Hubungan akan berkembang dengan baik sekiranya seorang kanak-kanak diberi perhatian lebih dan dijaga, dipujuk, disayangi dan apabila penjaga memenuhi keperluan kanak-kanak secara konsisten.

Apabila dijaga oleh ibu bapa atau penjaga yang penyayang dan melindungi mereka dengan baik, seorang kanak-kanak akan mempelajari nilai positif seperti mencintai dan mempercayai orang lain, menyedari perasaan dan keperluan orang lain, mengawal emosi mereka dan menjalin hubungan yang sihat serta mempunyai imej diri yang positif.

Malangnya, ketiadaan emosi antara ibu bapa atau penjaga dan kanak-kanak sewaktu dalam beberapa tahun pertama kehidupan mereka boleh menjejaskan masa depan kanak-kanak tersebut.

Simptom Penyakit Hubungan Reaktif

Penyakit hubungan reaktif boleh mempengaruhi setiap aspek kehidupan dan perkembangan kanak-kanak yang terbabit. Terdapat dua jenis penyakit hubungan reaktif iaitu terhalang dan tidak terhalang.

Simptom umum penyakit hubungan reaktif yang terhalang termasuklah:

  • Tidak kisah mengenai keadaan sekeliling atau perasaan orang lain
  • Tidak bertindak balas terhadap pemujukan atau mengabaikan pujukan.
  • Memendam emosi secara melampau
  • Menarik diri atau mengabaikan sesuatu

Simptom penyakit hubungan reaktif tidak terhalang termasuklah:

  • Tiada perbezaan dari segi sosial, lebih suka menyendiri
  • Menjadi terlalu akrab atau hanya memilih individu tertentu dalam perhubungan.

Punca Penyakit Hubungan Reaktif

Persekitaran yang stabil dan penuh kasih-sayang adalah penting bagi perkembangan bayi atau anak kecil. Kanak-kanak juga memerlukan hubungan emosi yang konsisten untuk mengawal emosi mereka sendiri, bukan sahaja keperluan asas fizikal seperti makanan, kebersihan dan keselamatan.  Hubungan emosi terdiri daripada sentuhan dan interaksi manusia seperti hubungan mata, menggunakan ekspresi wajah anda untuk mencerminkan emosi pada bayi, dan memegang/menenangkan bayi.

Seorang kanak-kanak mungkin berisiko untuk mengalami penyakit hubungan reaktif apabila mereka tidak menerima penjagaan yang mencukupi dan tidak mendapat tindak balas emosi daripada penjaga mereka. Hal demikian termasuklah:

  • Tidak menerima kasih sayang dan rangsangan yang secukupnya daripada penjaga
  • Hubungan tidak stabil disebabkan oleh perubahan penjaga
  • Menerima penjagaan dalam keadaan hubungan terbatas.

Contoh persekitaran yang meningkatkan risiko penyakit ini termasuklah:

  • Hidup di sebuah institusi
  • Sering berpindah rumah angkat
  • Mempunyai ibu bapa dengan masalah kesihatan mental atau penyalahgunaan dadah
  • Diasingkan daripada penjaga utama kerana penyakit atau sebab lain
  • Mempunyai ibu bapa remaja
  • Memiliki penjaga yang kurang upaya dari segi intelek

Diagnosis Penyakit Hubungan Reaktif

Ahli psikiatri pediatrik atau ahli psikologi akan menjalankan pemeriksaan secara mendalam dan menyeluruh untuk mendiagnosis penyakit hubungan reaktif pada anak anda.

Penilaian yang akan dijalankan terhadap anak anda termasuklah:

  • Pemerhatian secara langsung interaksi antara anak dengan ibu bapa atau penjaga
  • Mencatat butiran mengenai corak tingkah laku dari masa ke semasa
  • Melihat tingkah laku dalam pelbagai situasi
  • Maklumat tentang interaksi antara anak dan ibu bapa atau penjaga dan lain-lain
  • Bertanya soalan mengenai keadaan rumah dan kehidupan sejak lahir
  • Penilaian gaya kehidupan dan kebolehan menjadi ibu bapa atau penjaga

Doktor juga akan cuba menentukan sekiranya terdapat kewujudan keadaan kesihatan mental yang lain seperti:

  • Kecacatan intelektual
  • Gangguan penyesuaian lain
  • Gangguan spektrum autisme
  • Gangguan kemurungan

– Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DMS-5)

Doktor boleh menggunakan beberapa kriteria diagnostik untuk penyakit hubungan reaktif dalam DSM-5, yang diterbitkan oleh Persatuan Psikiatri Amerika. Diagnosis biasanya akan dilakukan sebelum anak anda berumur 9 bulan. Tanda-tanda dan simptom hanya akan muncul sebelum mereka berumur 5 tahun.

Kriteria diagnostik tersebut termasuklah:

  • Satu corak yang konsisten mengenai ketiadaan emosi terhadap penjaga ditunjukkan melalui perlakuan menarik diri dari berinteraksi dengan penjaga atau tidak memberi sebarang reaksi kepada pujukan atau kasih sayang ditunjukkan apabila berada dalam keadaan tertekan.
  • Mengalami masalah sosial dan emosi berterusan yang merangkumi tindak balas yang minimum terhadap individu lain, tiada tindak balas positif terhadap interaksi, atau kemarahan yang tidak dapat dijelaskan, kesedihan atau ketakutan semasa berinteraksi dengan penjaga
  • Kekurangan persediaan emosi untuk sebarang rangsangan atau kasih sayang yang ditunjukkan oleh penjaga atau perubahan penjaga secara berterusan membatasi peluang membina hubungan yang stabil.
  • Tiada diagnosis gangguan spektrum autisme

Faktor Risiko Penyakit Hubungan Reaktif

Risiko menghidap penyakit hubungan reaktif boleh meningkat akibat dari pengabaian sosial dan emosi yang serius atau kekurangan peluang untuk melahirkan hubungan yang stabil dengan penjaga. Selain itu, risiko tersebut juga perlu diambil kira:

  • Tinggal di rumah anak yatim atau institusi lain
  • Sering menukar rumah angkat atau penjaga
  • Mempunyai ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan mental yang teruk, tingkah laku jenayah atau penyalahgunaan dadah yang merosakkan kebolehan dan kewarasan ibu bapa
  • Pemisahan yang berpanjangan dari ibu bapa atau penjaga disebabkan oleh kemasukan ke hospital (disebabkan penyakit)

Rawatan Penyakit Hubungan Reaktif

Kanak-kanak yang mengalami masalah penyakit hubungan reaktif dipercayai mempunyai keupayaan untuk membentuk hubungan, tetapi keupayaan ini dihalang oleh pengalaman yang dialami.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai daya tahan yang kuat secara semulajadi. Dan bahkan kanak-kanak yang telah diabaikan, tinggal di rumah anak yatim atau institusi lain atau mempunyai ramai penjaga masih boleh membina hubungan yang sihat. Campur tangan awal didapati boleh membantu mereka menjalani hidup yang baik.

Tiada rawatan asas untuk penyakit hubungan reaktif, tetapi ia haruslah melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga utama. Matlamat rawatan adalah untuk membantu memastikan kanak-kanak tersebut:

  • Mempunyai keadaan hidup yang selamat dan stabil
  • Membangunkan interaksi positif dan menguatkan hubungan dengan ibu bapa atau penjaga

Strategi rawatan merangkumi:

  • Menggalakkan perkembangan kanak-kanak supaya menjadi seorang yang memupuk, responsif dan penuh dengan kasih sayang
  • Memberi penjaga yang konsisten untuk menggalakkan hubungan yang stabil pada kanak-kanak
  • Menyediakan persekitaran positif, merangsang dan interaktif untuk kanak-kanak
  • Menangani keperluan perubatan, keselamatan dan perumahan kanak-kanak.

Perkhidmatan lain yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak dan keluarga termasuklah:

  • Menghadiri sesi kaunseling psikologi individu dan keluarga
  • Mempelajari pendidikan keibubapaan dan penjagaan mengenai keadaan seperti ini
  • Menyertai kelas kemahiran keibubapaan

SUMBER

https://www.webmd.com/mental-health/mental-health-reactive-attachment-disorder#1

https://www.healthline.com/health/reactive-attachment-disorder-of-infancy-or-early-childhood#:~:text=Reactive%20attachment%20disorder%20(RAD)%20is,were%20orphaned%20early%20in%20life.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/reactive-attachment-disorder/symptoms-causes/syc-20352939

https://www.medicalnewstoday.com/articles/emotional-detachment

Summary
Penyakit Hubungan Reaktif (Reactive Attachment Disorder) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Penyakit Hubungan Reaktif (Reactive Attachment Disorder) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Penyakit hubungan reaktif adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak tidak mendapat penjagaan yang cukup daripada ibu-bapa atau penjaga utama
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: