hoarding

Penyakit hoarding disorder ialah di mana seseorang itu suka menyimpan barang-barang tidak kira baru mahupun lama dan sukar untuk membuang barang yang dimiliki walaupun ada yang sudah rosak atau tidak berguna.

Penyakit ini bukan sahaja cenderung terjadi kepada warga emas namun tidak kurang juga anak-anak muda.Tetapi yang membimbangkan ialah sindrom hoarding disorder ini turut dikaitkan dengan masalah kecelaruan mental dan boleh bertukar parah selain dikatakan berkait dengan kemurungan dan juga beberapa sindrom mental yang lain.

Simptom:

  1. Mengambil barang yang berlebihan dan yang tidak diperlukan
  2. Sukar untuk berpisah dengan barang-barang sendiri tanpa mengira nilai
  3. Merasakan perlu untuk menyimpan barangan tersebut dan akan kecewa apabila tidak berjaya
  4. Membina keserabutan sehingga bilik tidak menampakkan rupa
  5. Cenderung ke arah tidak mampu membuat keputusan, mengejar kesempurnaan dan juga bermasalah dari segi perancangan dan pelaksanaan

Kesan:

  1. Keadaan rumah mula serabut dengan longgokan barang yang tidak teratur dan tidak diperlukan seperti botol-botol minuman, surat khabar, plastik makanan dan sebagainya
  2. Ruang rumah penuh dan ada yang tidak boleh digunakan untuk tujuan yang dikehendaki
  3. Mengumpul makanan serta sampah ke tahap terlampau banyak dan tidak bersih
  4. Kehilangan barangan penting dalam timbunan barangan yang tidak diperlukan
  5. Timbul konflik dengan orang yang tidak menyukai situasi tersebut berlaku

Cara untuk mengatasi masalah ini:

Penyakit hoarding disorder ini boleh dirawat dengan melakukan perjumpaan dengan pakar psikologi. Mereka ini akan diajar untuk membiasakan diri beransur-ansur membersihkan persekitaran, membuang barangan yang tidak perlu, mula menyimpan dan sebagainya. Bagi sesetengah orang pula, ada kalanya ubat yang diberikan oleh doktor turut membantu serta menambah baik simptom.

Anda boleh menonton video dibawah ini untuk ketahui lebih lagi.

https://youtu.be/vH49U462BfQ

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hoarding-disorder/symptoms-causes/syc-20356056

https://www.psychiatry.org/patients-families/hoarding-disorder/what-is-hoarding-disorder

Summary
Penyakit Hoarding Disorder: Adakah Anda Salah Seorang Mangsa?
Article Name
Penyakit Hoarding Disorder: Adakah Anda Salah Seorang Mangsa?
Description
Penyakit hoarding disorder ialah di mana seseorang itu suka menyimpan barang-barang tidak kira baru mahupun lama dan sukar untuk membuang barang yang dimiliki walaupun ada yang sudah rosak atau tidak berguna.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: