demam kuning
Banyak bayi yang baru dilahirkan mengalami penyakit demam kuning, iaitu keadaan yang menyebabkan kulit dan kawasan mata yang berwarna putih bertukar menjadi kekuningan.

Banyak bayi yang baru dilahirkan mengalami penyakit demam kuning, iaitu keadaan yang menyebabkan kulit dan kawasan mata yang berwarna putih bertukar menjadi kekuningan. Ia biasa berlaku dalam masa beberapa hari selepas bayi dilahirkan. Penyakit ini berlaku disebabkan peningkatan bilirubin, iaitu suatu bahan yang terhasil daripada pecahan sel darah merah lama, yang biasanya dikeluarkan oleh hati.

 

Jenis Penyakit Demam Kuning

Terdapat tiga jenis utama penyakit jaundice iaitu:

  • Penyakit demam kuning hepatoselular, yang berlaku akibat penyakit atau kecederaan hati.
  • Penyakit demam kuning hemolitik, yang berlaku akibat hemolisis atau pecahan sel darah merah yang dipercepatkan dan menyebabkan peningkatan penghasilan bilirubin.
  • Penyakit demam kuning obstruktif, yang berlaku kerana ada halangan pada saluran hempedu. Ini menghalang bilirubin daripada keluar daripada hati.

Simptom Penyakit Demam Kuning

Tanda-tanda umum penyakit jaundice termasuklah:

  • Kulit dan mata yang berwarna putih bertukar menjadi warna kekuningan, biasanya bermula di bahagian kepala dan merebak ke seluruh badan.
  • Najis yang pucat.
  • Air kencing berwarna gelap.
  • Kegatalan.

Gejala-gejala penyakit ini yang ikut serta kerana adanya tahap bilirubin yang rendah termasuk:

  • Keletihan.
  • Sakit perut.
  • Pengurangan berat badan.
  • Muntah.
  • Demam.
  • Najis yang pucat.
  • Air kencing berwarna gelap.

Diagnosis Penyakit Demam Kuning

Terdapat kemungkinan besar bahawa doktor akan menggunakan sejarah kesihatan pesakit dan ujian fizikal bagi mendiagnosis penyakit jaundice dan mengesahkan kadar bilirubin. Doktor juga akan memberi perhatian yang penuh terhadap perut, memeriksa kehadiran tumor dan kekuatan hati anda.

Hati yang keras adalah tanda seseorang itu boleh menghidapi sirosis, atau parut di hati.  Selain itu, hati yang sekeras batu pula adalah tanda seseorang mungkin menghidapi kanser.

Beberapa ujian boleh mengesahkan penyakit ini. Pertamanya ialah ujian fungsi hati untuk mengetahui sama ada hati anda berfungsi atau tidak.

Sekiranya doktor tidak dapat menemui penyebabnya, ujian darah boleh dibuat untuk memeriksa kadar bilirubin dan komposisi darah. Ujian ini termasuklah:

  • Ujian Bilirubin: Kandungan tinggi bilirubin yang tidak bergabung (unconjugated) berbanding dengan kadar bilirubin bergabung (conjugated) boleh menunujukkan tanda penyakit demam kuning hemolilitik.
  • Kiraan darah penuh (full blood count-FBC), atau jumlah darah lengkap (complete blood count-KBC): Ujian ini mengukur tahap sel darah merah, sel darah putih dan platelet anda.
  • Ujian hepatitis A, B dan C: Ujian ini menguji pelbagai jangkitan hati.

Doktor akan mengkaji struktur hati jika mengesyaki adanya halangan pada saluran hempedu. Dalam kes ini, doktor akan menggunakan ujian pengimejan, termasuk imbasan resonans magnetik (MRI scan), temografi berkomputer (CT scan) dan ultrabunyi.

Mereka juga boleh menjalankan kolangiopankreatografi retrograd endoskopik (endoscopic retrograde cholangiopancreatography-ERCP). Ini adalah prosedur yang menggabungkan ujian endoskopi dan ujian ultrabunyi.

Faktor Risiko Penyakit Demam Kuning

Penyakit ini kerap berlaku akibat gangguan asas sama ada menyebabkan pengeluaran bilirubin terlalu banyak atau sesuatu yang menghalang hati daripada menyingkirkannya. Kedua-duanya boleh mengakibatkan bilirubin dilepaskan ke dalam tisu.

Punca lain yang boleh menyebabkan penyakit demam kuning termasuk:

  • Keradangan akut hati: Keadaan ini boleh menjejaskan keupayaan hati untuk mengikat dan mengecilkan bilirubin, justeru menyebabkan pertambahan bilirubin.
  • Halangan saluran hempedu: Keadaan ini menghalang hati daripada mengeluarkan bilirubin.
  • Kolestasis: Keadaan ini mengganggu aliran hempedu dari hati. Hempedu yang mengandungi bilirubin konjugasi kekal di dalam hati dan tidak dikeluarkan.

Keadaan yang lebih serius yang boleh menyebabkan penyakit jaundice termasuklah:

  • Sindrom Crigler-Najjar: Ini adalah keadaan yang diwarisi. Ia boleh merosakkan enzim tertentu yang bertanggungjawab untuk memproses bilirubin.
  • Sindrom Dubin-Johnson: Ini adalah bentuk penyakit demam kuning kronik diwarisi yang menghalang bilirubin konjugasi daripada dikeluarkan dari sel-sel hati.
  • Pseudojaundis: Ini adalah bentuk penyakit demam kuning yang tidak berbahaya. Warna kekuningan kulit berlaku kerana lebihan beta-karotena, bukannya dari lebihan bilirubin. Ia juga biasanya timbul apabila individu makan terlalu banyak lobak besar, labu atau melon.

Komplikasi Penyakit Demam Kuning

Kegatalan yang mengiringi penyakit ini kadangkala menjadi begitu mendalam sehingga pesakit menggaru kulitnya tanpa berlapik, mengalami insomnia. Dalam kes-kes yang serius, pesakit juga boleh mempunyai hasrat untuk membunuh diri.

Apabila komplikasi ini berlaku, ia biasanya disebabkan oleh masalah lain, bukannya kerana penyakit itu sendiri.

Sebagai contoh, pendarahan yang tidak terkawal boleh berlaku disebabkan saluran hempedu terhalang sehingga mendorong kepada penyakit demam kuning. Penyumbatan tersebut kemudian akan menyebabkan kekurangan vitamin yang diperlukan bagi proses pembekuan darah.

Rawatan Penyakit Demam Kuning

Rawatan penyakit ini akan mensasarkan faktor yang menyebabkannya berbanding gejala penyakit demam kuning.

Rawatan berikut digunakan:

  • Makan makanan atau suplemen yang mengandungi kandungan zat besi. Penyakit kuning akibat anemia dapat dirawat dengan meningkatkan jumlah zat besi dalam darah dengan mengambil suplemen atau makan lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi. Sumplemen ini boleh dibeli dalam talian.
  • Pengambilan ubat antivirus atau steroid. Penyakit yang berlaku disebabkan oleh hepatitis memerlukan ubat sebegini.
  • Pembedahan. Doktor boleh merawat penyakit demam kuning yang berlaku kerana penyumbatan dengan melakukan pembedahan untuk membuang halangan.
  • Pengambilan ubat alternatif. Sekiranya penyakit demam kuning berlaku disebabkan penggunaan ubat biasa, ubat alternatif akan diberikan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infant-jaundice/symptoms-causes/syc-20373865

https://www.healthline.com/health/newborn-jaundice

https://www.medicalnewstoday.com/articles/165749

https://www.webmd.com/parenting/baby/digestive-diseases-jaundice

Summary
Penyakit Demam Kuning (Jaundice) - Jenis, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Komplikasi dan Rawatan
Article Name
Penyakit Demam Kuning (Jaundice) - Jenis, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Komplikasi dan Rawatan
Description
Banyak bayi baru dilahirkan mengalami penyakit demam kuning; keadaan yang menyebabkan kulit dan kawasan mata berwarna putih bertukar menjadi kekuningan.
Publisher Name
Ceria SIhat
Tagged: