Penyakit Bawaan Lipas dan Cara Hapuskan Lipas
Lipas mempunyai banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia kerana protein tertentu (disebut alergen) yang terdapat pada najis, air liur dan bahagian badan lipas boleh menyebabkan reaksi alergi atau mencetuskan gejala asma, terutama pada kanak-kanak.

Mempunyai sebarang jenis gangguan serangga atau haiwan tertentu di rumah anda boleh memberi perubahan kepada hidup anda. Tikus dan anai-anai daripada semua bentuk dan ukuran boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah. Sebilangan masalah ini boleh menjejaskan integriti rumah anda sementara yang lain boleh mempengaruhi kesihatan anda secara langsung. Ini termasuklah serangan lipas yang boleh menjadi masalah serius bagi mana-mana bangunan, rumah atau komersial.

Lipas sememangnya selalu dikaitkan dengan persekitaran kotoran dan kebersihan yang buruk. Pemakanan dan tempat bersarang mereka bermaksud mereka dapat mengumpulkan sejumlah organisma patogen yang dipindahkan ke makanan dan permukaan tempat mereka makan dan merangkak. Penyebaran berlaku secara tidak langsung, dari pengambilan atau perhubungan dengan item yang sudah tercemar oleh lipas.

Perkaitan antara lipas dan kesihatan

Lipas mempunyai banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia kerana protein tertentu (disebut alergen) yang terdapat pada najis, air liur dan bahagian badan lipas boleh menyebabkan reaksi alergi atau mencetuskan gejala asma, terutama pada kanak-kanak. Ia dikatakan boleh menyebabkan penyakit bawaan lipas yang berbahaya buat kita semua.

Banyak kajian mendapati bahawa lipas memakan kotoran manusia dan memindahkan atau mengeluarkan patogen, serta mempunyai peranan sekunder yang kuat dalam penyebaran beberapa penyakit. Tetapi, menurut tinjauan Organisasi Kesihatan Dunia atau WHO pada tahun 2008, bukti pasti bahawa lipas menjadi vektor bagi penyakit manusia masih kurang.

Sekarang, mari kita ketahui beberapa “penyakit bawaan lipas” di bawah.

1. Asma

Alergi lipas pertama kali dilaporkan pada tahun 1943, apabila ia dikesan pada pesakit tertentu yang mengalami ruam kulit dengan cepat setelah serangga tersebut merayap di atas kulit mereka. Ujian kulit alergi dikembangkan pada tahun 1959, dan mengesahkan alergi lipas pada pesakit itu.

Lipas boleh mencetuskan serangan asma kerana protein tertentu di dalam badan mereka boleh menjadi alergen bagi individu tertentu. Apabila zarah kecil dari badan lipas tersebar di udara, protein ini disedut dan serangan asma dapat dicetuskan pada orang yang sensitif dengannya. American College of Allergy, Asthma & Immunology melaporkan bahawa air liur, najis dan kulit lipas boleh mencetuskan asma serta tindak balas alahan lain.

2. Salmonellosis

Sama seperti tikus, serangga lipas juga diketahui boleh menyebarkan bakteria Salmonella [sp.] yang boleh menyebabkan salmonellosis iaitu penyakit pada manusia dengan gejala serupa dengan keracunan makanan. Lipas dipercayai mengumpulkan bakteria dengan memakan makanan yang tercemar. Salmonella kekal dalam sistem pencernaan mereka selama sebulan atau lebih dan dikeluarkan melalui muntah dan najis mereka.

Gejala manusia, yang biasanya mula memberi kesan selama 12 hingga 72 jam selepas jangkitan, termasuklah cirit-birit, demam dan muntah. Pemulihan biasanya berlaku selepas 4 hingga 7 hari, dengan sedikit rawatan perubatan, selain keperluan mengambil cecair dengan kerap.

3. Demam Kepialu (Typhoid fever)

Demam kepialu adalah penyakit yang mengancam nyawa dan terjadi disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi. Ia masih biasa berlaku di negara membangun, di mana penyakit ini telah mempengaruhi sekitar 21.5 juta orang setiap tahun. Lipas dipercayai mengumpulkan penyakit ini dengan memakan najis yang tercemar dengan bakteria.

Selain itu, penyakit ini paling sering terjadi di negara-negara membangun dengan sanitasi yang buruk dan akses terhad kepada air bersih. Kanak-kanak dan orang tua dianggap golongan paling berisiko kerana keadaan imun yang tidak sebaik golongan dewasa sihat. Dengan rawatan yang baik, penyakit ini akan sembuh dalam 3 hingga 5 hari. Sekiranya ia tidak dirawat, komplikasi serius boleh berlaku.

4. Cholera

Cholera adalah jangkitan cirit-birit akut yang berlaku kerana bakteria Vibrio cholerae. Perkara ini paling biasa berlaku di negara-negara membangun dan kawasan dengan pengurusan persekitaran yang tidak cukup baik. Jangkitan boleh berlaku melalui pengambilan makanan dan minuman yang tercemar dengan bakteria. Sekiranya terdedah kepada bakteria, lipas dapat menyebarkan organisma melalui najis dan muntahnya, serta boleh juga mencemari permukaan dan makanan.

Kira-kira 80% individu yang dijangkiti cholera tidak mengalami sebarang gejala, walaupun bakteria tersebut berada di dalam najis mereka selama 1 hingga 10 hari setelah dijangkiti. Di antara peratusan kecil individu yang mengalami gejala, 80% daripada mereka mempunyai gejala ringan hingga sederhana dengan sekitar 20% lain mengalami cirit-birit berair akut yang mengakibatkan masalah dehidrasi yang teruk.

5. Kusta (Leprosy)

Lipas bersama dengan serangga lain, disyaki menjadi pembawa bacillus Mycobacterium leprae yang boleh menyebabkan penyakit kusta atau juga dikenali sebagai ‘Leprosy’. Malah, lipas dipercayai menyebarkan penyakit melalui najisnya. Walaupun bakteria tersebut tidak menular dengan begitu cepat, namun jika keadaan tersebut tidak dirawat, ia dapat menyebabkan kerosakan kekal pada kulit, saraf, mata dan kulit serta kecacatan.

Kusta mempunyai tempoh inkubasi sekitar 5 tahun tetapi gejala mungkin memakan masa selama 20 tahun untuk muncul.

6. Wabak (Plague)

Walaupun sering dianggap sebagai penyakit bawaan tikus, lipas juga disyaki dapat menyebarkan bakteria Yersinia pestis yang diketahui menyebabkan wabak ‘bubonic’. Gejala biasa bagi wabak ini termasuk:

Individu yang dijangkiti dengan penyakit ini perlu menerima rawatan segera dan harus diberi antibiotik dalam tempoh 24 jam selepas jangkitan untuk mengelakkan kesan yang serius.

7. Penyakit lain

Selain itu, lipas juga boleh menyebabkan penyakit lain disebabkan makanan atau minuman yang tercemar atau bahkan tempat dengan kebersihan yang buruk. Ini merangkumi:

Apakah cara untuk hapuskan lipas?

Bagi melindungi manusia daripada penyakit yang berkaitan dengan lipas, kawasan-kawasan yang cenderung menjadi tempat pembiakan lipas haruslah dikesan dan dibersihkan dengan cara efektif. Ini termasuklah mengisi retakan di dinding, memperbaiki atau menggantikan paip yang bocor, menjaga persekitaran agar kekal kering dan bersih, membuang sampah dengan cara yang cekap, memastikan makanan dan sisa manusia tidak dapat diakses oleh serangga, memasang perangkap untuk memerangkap atau membunuh sebarang lipas yang terdapat dalam rumah, pejabat atau persekitaran atau boleh juga menggunakan racun serangga. Program kawalan lipas yang berkesan juga baik untuk mengelakkan serangan serangga ini.

Pembiakan lipas mungkin sukar untuk dihapuskan, tetapi itu tidak bermakna tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalang perkara tersebut. Sekiranya anda mengesyaki masalah lipas di rumah atau pejabat anda, panggil juruteknik kawalan perosak profesional untuk datang dan memeriksa kawasan persekitaran. Mereka akan dapat mengesahkan sama ada anda ia benar-benar berlaku atau tidak. Jika ia terjadi, syarikat kawalan perosakan mungkin perlu dipanggil ke rumah atau pejabat anda bagi langkah lanjut.

Untuk mengelakkan serangan lipas, sebaiknya tutup saluran air yang terdedah. Anda juga harus berusaha memastikan lantai dan meja makan anda bebas dari serpihan makanan. Lipas juga mudah tertarik dengan makanan yang terdapat di dalam tong sampah.

Anda boleh mencari perangkap lipas jika anda ingin mencuba menyelesaikan masalah ini sendiri. Walau bagaimanapun, jika keadaan tersebut sudah agak serius, anda mungkin ingin mempertimbangkan mendapatkan bantuan daripada kawalan perosak profesional.

SUMBER

https://www.rentokil-pestcontrolindia.com/cockroaches/cockroach-diseases/

https://www.pestworld.org/news-hub/pest-health-hub/the-truth-about-cockroaches-and-health/

How Cockroaches Can Make You Sick (And What You Can Do About It)

Summary
Article Name
Penyakit Bawaan Lipas dan Cara Hapuskan Lipas
Description
Lipas sememangnya selalu dikaitkan dengan persekitaran kotoran dan kebersihan yang buruk. Malah, tahukah anda lipas boleh menyebabkan banyak penyakit kepada kita jika ia tidak dihapuskan?
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: