Penitis mata restasis
Penitis mata restasis digunakan untuk merawat jenis mata kering tertentu. Ia berfungsi meningkatkan penghasilan jumlah air mata.

Mempunyai masalah mata kering pastinya tidak menyenangkan. Biasanya, masalah ini boleh dirawat dengan menggunakan penitis mata restasis untuk mengekalkan kelembapan mata yang baik.

Kegunaan Penitis Mata Restasis

Penitis mata restasis digunakan untuk merawat jenis mata kering tertentu. Ia berfungsi dengan meningkatkan penghasilan jumlah air mata.

Cara menggunakannya

Untuk menggunakan penitis mata, basuh tangan terlebih dahulu. Bagi mengelakkan pencemaran, jangan sentuh hujung penitis atau biarkan ia menyentuh mata atau permukaan lain.

Sekiranya anda mempunyai mata kering, pemakaian kanta lekap biasanya tidak digalakkan. Sekiranya anda memakai kanta lekap, tanggalkannya sebelum menggunakan penitis mata. Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengganti kanta lekap anda.

Condongkan kepala ke belakang, lihat ke atas dan tarik kelopak mata bawah ke bawah untuk membuat kantung. Pegang penitis terus ke atas mata anda dan letakkan satu titisan ke dalam kantung.

Mata anda pula perlu melihat ke arah bawah, tutup mata dengan perlahan dan letakkan satu jari di sudut mata anda (berhampiran hidung). Beri tekanan lembut selama 1 hingga 2 minit sebelum membuka mata anda.

Ia dilakukan bagi mengelakkan ubat mengalir keluar. Cuba jangan berkelip atau menggosok mata buat seketika. Sekiranya diarahkan untuk menggunakan ubat ini di kedua-dua mata, ulangi langkah ini untuk sebelah lagi mata anda.

Jangan bilas penitis. Serta, ganti penutup penitis selepas setiap penggunaan.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Penitis Mata Restasis

Sebelum menggunakan penitis mata restasis, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah padanya, atau jika anda mempunyai alahan lain.

Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bertanyalah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai jangkitan mata semasa / baru-baru berlaku.

Selepas menggunakan ubat ini, penglihatan anda akan kabur buat sementara waktu. Jangan memandu, menggunakan peralatan atau mesin berbahaya, atau melakukan aktiviti yang memerlukan penglihatan yang jelas sehingga anda sudah pasti dapat melakukan aktiviti tersebut dengan selamat.

Semasa hamil pula, ubat ini harus digunakan hanya apabila diperlukan dengan jelas sahaja. Bincangkan risiko dan faedahnya dengan doktor anda.

Kesan sampingan Penitis Mata Restasis

Ketidakselesaan mata / kemerahan / gatal, terasa seolah-olah ada sesuatu di mata, atau penglihatan kabur yang sementara mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Ingatlah bahawa doktor menetapkan ubat ini kerana dia telah menilai bahawa faedahnya adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan yang boleh berlaku. Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini juga jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan jika anda melihat simptom reaksi alergi yang serius seperti ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening teruk, kesukaran bernafas.

Interaksi Penitis Mata Restasis

Interaksi penitis mata restasis boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat.

Simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan pada doktor dan ahli farmasi anda.

Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Kontraindikasi Penitis Mata Restasis

Keadaan:

  • jangkitan mata

Alahan:

  • Siklosporin

Dos Penitis Mata Restasis

Gunakan penitis mata restasis ini pada mata yang bermasalah seperti yang diarahkan oleh doktor anda, iaitu biasanya dua kali sehari (jarak masa dalam kira-kira 12 jam).

Sumber:

https://www.drugs.com/dosage/restasis.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-74924/restasis-ophthalmic-eye/details/list-contraindications

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-74924/restasis-ophthalmic-eye/details

Summary
Penitis Mata Restasis (Mata Kering) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Penitis Mata Restasis (Mata Kering) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Penitis mata restasis digunakan untuk merawat jenis mata kering tertentu. Ia berfungsi meningkatkan penghasilan jumlah air mata.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: