pening
Pening adalah keadaan seperti pening-pening lalat, melayang atau tidak seimbang. Ia memberi kesan khususnya mata dan telinga.

Pengenalan

Pening adalah keadaan seperti pening-pening lalat, melayang atau tidak seimbang. Ia memberi kesan kepada organ deria, khususnya seperti mata dan telinga, sehingga kadangkala boleh menyebabkan pengsan. Pening bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia lebih kepada gejala bagi pelbagai gangguan.

Vertigo dan ketidaksamaan boleh menyebabkan rasa pening, tetapi kedua-dua istilah ini menggambarkan gejala yang berbeza. Vertigo dicirikan oleh rasa sensasi seperti sedang berputar, seolah-olah anda berada dalam bilik yang bergerak. Ia juga boleh dirasakan seperti gerakan memualkan atau seolah-olah anda bersandar ke satu sisi.  Ketidaksamaan pula adalah kehilangan keseimbangan.

Pening adalah keadaan yang tidak seimbang atau hampir pengsan. Ianya adalah satu perkara biasa dan biasanya mempunyai punca yang tidak serius. Keadaan pening yang berlaku sekali-sekala juga tidak perlu dikhuatiri. Walau bagaimanapun, anda perlu menghubungi doktor dengan segera jika anda mengalami masalah pening kepala yang berulang tanpa alasan yang jelas atau untuk tempoh yang berpanjangan.

Penerangan

Apabila anda pening, anda mungkin berasa akan pengsan, hampir jatuh, lemah, resah, keliru, letih, kekok, tidak seimbang atau mana-mana gabungan ini. Individu mungkin merasakan sensasi pergerakan seperti berputar, goyang atau pening pada diri mereka sendiri atau di dalam bilik (kemungkinan ialah vertigo).

Selalunya, simptom pening kepala disertai dengan gejala-gejala lain seperti:

  • Rasa ingin pengsang atau betul-betul pengsan
  • Kelemahan atau keletihan
  • Kekeliruan
  • Masalah ketidakseimbangan
  • Sakit kepala atau mempunyai tekanan pada kepala
  • Sakit dada atau rasa ketat pada dada
  • Mual atau muntah

Penyebab yang berkemungkinan

Simptom pening boleh dikaitkan dengan pelbagai sebab. Kadangkala, doktor tidak menjumpai diagnosis khusus bagi individu yang terjejas, tetapi beberapa punca pening adalah berbahaya. Beberapa punca pening disenaraikan seperti di bawah.

– Punca yang disebabkan oleh penyakit jantung atau masalah tekanan darah:

  • Serangan jantung.
  • Arrhythmia (irama jantung tidak teratur), denyutan jantung terlalu pantas atau perlahan.
  • Lemah, berumur, atau mempunyai otot jantung yang berpenyakit (kardiomiopati), toksin atau ubat-ubatan yang menjejaskan kadar atau kekuatan kontraksi jantung.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Tekanan darah rendah, yang boleh mempunyai pelbagai sebab seperti penyakit jantung, masalah pendarahan, anemia dan tindak balas bertentangan terhadap ubat-ubatan.

Bila perlu menghubungi doktor

Rasa pening boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang lebih serius apabila ia berlaku bersama-sama dengan gejala seperti:

  • Penglihatan berganda
  • Muntah
  • Demam
  • Rasa kebas
  • Kesukaran bergerak atau mengawal lengan atau kaki
  • Sakit kepala
  • Sakit dada
  • Hilang kesedaran

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor anda boleh meminimumkan punca yang menyebabkan pening dan sebarang gejala lain dengan melakukan pemeriksaan fizikal. Mereka akan bertanyakan soalan berkaitan keadaan ini termasuklah:

  • Bila ia berlaku?
  • Dalam keadaan apa ia berlaku?
  • Betapa teruknya keadaan ini?
  • Gejala lain yang berlaku bersama pening?

Di samping itu, doktor anda juga boleh memeriksa bahagian mata dan telinga anda, melakukan pemeriksaan fizikal neurologi, memerhatikan postur anda dan melakukan ujian untuk memeriksa keseimbangan. badan Bergantung pada sebab yang disyaki, ujian imbasan seperti imbasan CT atau MRI mungkin disyorkan.

Dalam sesetengah kes, tiada faktor yang menyebabkan keadaan pening akan ditentukan.

Rawatan

Rawatan bagi masalah pening memberi tumpuan kepada sebab yang mendasarinya. Dalam kebanyakan kes, rawatan di rumah dan rawatan perubatan biasa boleh mengawal punca pening. Contohnya adalah seperti:

  • Masalah dalaman telinga boleh diuruskan dengan pengambilan ubat-ubatan dan melakukan senaman di rumah bagi membantu mengawal keseimbangan.
  • Masalah vertigo atau benign positional vertigo (BPV) boleh dirawat dengan manuver yang boleh membantu mengurangkan gejala. Pembedahan adalah satu pilihan bagi pesakit yang mempunyai BPV tidak terkawal.
  • Penyakit Meniere boleh dirawat dengan diet rendah garam, pengambilan suntikan jika diperlukan, atau pembedahan telinga.
  • Migrain boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup, seperti pembelajaran untuk mengenal pasti dan mengelakkan pencetus migrain.
  • Masalah kebimbangan (anxiety disorders) boleh dikurangan dengan ubatubatan dan teknik untuk mengurangkan kebimbangan itu.
  • Masalah pening yang berlaku disebabkan senaman, haba, atau dehidrasi yang berlebihan boleh dikawal dan dikurangkan dengan minum banyak cecair.

Sumber:

https://www.webmd.com/brain/dizziness-vertigo

https://www.healthline.com/symptom/dizziness

https://www.medicinenet.com/dizziness_dizzy/article.htm

https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/6422-dizziness/possible-causes

Summary
Article Name
Pening (Dizziness) - Punca Gejala dan Diagnosis
Description
Pening adalah keadaan seperti pening-pening lalat, melayang atau tidak seimbang. Ia memberi kesan khususnya mata dan telinga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: