Now Reading
Pengkalan Balak Melaka sebagai tempat tarikan pelancong

Pengkalan Balak Melaka sebagai tempat tarikan pelancong

pengkalan balak

Nama tempat Pengkalan Balak yang tidak asing lagi ini merupakan sebuah pekan lama di Melaka yang berada tidak jauh dari tempat tarikan pelancong lain. Antara tempat yang paling menarik di Pengkalan Balak adalah Pantai Pengkalan Balak yang terletak 10 minit dari Tanjung Bidara yang sering dikunjungi oleh pelancong. Suasana di Pantai Pengkalan Balak amatlah sesuai untuk seisi keluarga ataupun kumpulan kawan-kawan untuk bersantai, bergurau senda sambil menikmati angin laut yang menyegarkan. Ketika bersantai itu bolehlah menyaksikan para nelayan pulang dengan hasil tangkapan menjelang petang. Seperti pantai-pantai lain, Pantai Pengkalan Balak juga mempunyai pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan! Pastikan kamera anda ada bersama anda dan menangkap gambar lanskap indah ini supaya dapat dijadikan kenangan semasa di pantai ini.

Pengkalan Balak antara tempat berkelah popular di Melaka.

Bentuk geografi yang unik di mana pesisir pantainya yang luas didampingi dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitaranya aman dan damai. Pantai ini merupakan tempat perkelahan terkenal di Melaka. Penduduk tempatan dan luar akan datang ke sini untuk bersantai bersama keluarga. Di musim cuti sekolah, dapatlah lihat pantai ini akan dipenuhi dengan pelancong di dalam mahupun luar negara. Di tepi pantai Pengkalan Balak ini terdapat banyak restoran tepi pantai dan juga gerai-gerai yang menjual bergabai-bagai makanan, pakaian dan permainan. Jadi selain bersantai anda juga dapat makan dan membeli belah.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Alamat : Masjid Tanah, Melaka.

Nombor Telefon : 06-384 8666

Peta Lokasi : GPS koordinasi 2.3222205667161138, 102.0696867915667

Aktiviti menarik di Pantai Pengkalan Balak.

  • Mandi laut
  • Berkelah
  • BBQ
  • Aktiviti Pantai

Kawasan lain yang menarik Berdekatan

1. Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak | Portal Rasmi MPAG

Kalau dah sampai Pengkalan Balak, rugi tak singgah mandi manda di sini. Kawasan pesisiran pantainya panjang dengan pasir yang bersih. Malahan terdapat  batu batan besar di tepi pantai dengan rupa bentuk geografi yang cantik. Seperti di pantai-pantai lain, memang boleh tertidur jikalau di layan bayu laut. Sekiranya hendak mandi manda, kenalah pastikan anda memilih kawasan yang ada orang lain. Elakkan dari berada di kawasan tanpa orang ramai demi keselamatan anda.

2. Chalet & Homestay terletak di tepi pantai

Resort Menarik di Melaka - TeamTravel

Pernahkah anda tinggal di rumah yang sebegitu hampir betul dengan pantai? Kalau tak pernah, wajib cuba walau sekali dalam seumur hidup. Dapatlah anda mendengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai yang mendamaikan. Pengalaman ini memang agak sukar untuk di gambarkan. Umpama bunyi oskestra yang harmoni persembahan alam ciptaan ilahi. Pastikan anda pilih homestay yang bagus kerana terdapat banyak homestay di sini yang menawarkan pelbagai harga dan ragam tuan punya.

3. Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting.

Pusat asuhan anak penyu

Bukan sahaja itu, tahukah anda bahawa di Melaka juga mempunyai pusat penetasan penyu! Ramai yang beranggapan hanya Pantai Timur di Terengganu saja yang mempunyai pusat penetasan penyu. Terletak di Pengkalan Balak adalah Pusat Penetasan Penyu Padang Kamunting yang ditubuhkan oleh Jabatan Perikanan untuk melindungi dan menyelematkan spesis penyu karah. Usaha mulia ini patut disokong jadilah janganlah lupa melawati tempat ini jika anda bercuti di Pengkalan Balak.

See Also
nouri glass villa

4. The Fuga Village

Di sebalik pesisir pantai ini, sebuah resort yang dinamakan Fuga Village merupakan sebuah kawasan kediaman yang amat privasi. Ia merupakan sebuah resort kecil dengan bilik gaya rustik dan laman yang dijaga rapi dan mula beroperasi semenjak Februari 2015. Mempunyai dua jenis bilik iaitu seunit The Villa dan 6 unit Chalet. The Villa memuatkan 1 katil queen dan 2 katil bujang dengan tab mandi manakala Chalet pula hanya menempatkan katil queen. Semua bilik dilengkapi dengan pancuran terbuka. Dipping pool juga terdapat disini selain pelbagai aktiviti seperti bbq, bola tampar pantai, banana boat, badminton dan lain-lain lagi. Bermula dengan harga RM185 untuk Chalet dan RM365 untuk The Villa, anda boleh menempah Fuga Village melalui laman web mereka.

Source :

https://www.letsgoholiday.my/p/homestay-pengkalan-balak

https://ibusyurga.blogspot.com/2018/06/pengkalan-balak-melaka-pantai-cantik.html

error: Content is protected !!