Oats

Apa itu oats?

Oat merupakan salah satu bijirin gluten bebas yang kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat terutamanya beta glucan dan anti-oxidan. Oats mempunyai banyak kebaikan dimana ianya dianggap sebagai salah satu makan yang sangat berkhasiat. Selain daripada memakannya dalam bentuk bubur, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti roti, biskut dan granola.

Kebaikan Pengambilan Oat

1. Sesuai sebagai sarapan

Pengambilan oat sebagai sarapan ialah satu alternatif terbaik dan juga sangat berkhasiat. Ditambah pula dengan kehadiran buah-buahan dan juga susu berkrim dapat melengkapkan lagi pengambilan nutrisi harian anda. Oat dapat kurangkan kadar  kolesterol dan tekanan darah tinggi.

2. Rasa kenyang lebih lama

Oat yang tinggi dalam kandungan serat yang boleh menjadikan seseorang itu kenyang. 

3. Bantu Kurus Dengan Sihat

Kandungan serat dalam oat tadi bukan sahaja bantu buat kita kenyang tapi serat ni juga bantu untuk perlahankan kadar penghadaman nutrien dalam badan. Bila proses penghadaman lambat, badan dapat menyerap nutrien-nutrien dengan lebih lama.

4. Kurangkan Kadar Kolesterol

Ada satu komponen penting dalam oat iaitu beta-glucan. Beta glucan ni dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Sebab ianya terdiri daripada serat yang mudah larut dalam saluran pemakanan dan hasilkan lapisan macam gel untuk kumpul kolesterol berlebihan. 

Jenis-Jenis Oat

1. Groats Oat

Groat oats ialah yang terbaik sebab ianya tidak diproses langsung dan betul-betul asli. Oat ni tak dipotong atau dilenyek dan mengandungi pelbagai khasiat. Kandungan seratnya yang tinggi menjadikan oat ni kurang diserap menjadi gula dalam darah. 

2. Steel Cut Oats

Steel Cut Oats ni adalah sejenis oats yang paling kurang diproses. Oat jenis ni dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang asal. Bila dikunyah, ia terasa kenyal dan rasa sedikit menyerupai kacang. Oat ni juga sama kurang diserap menjadi gula dalam darah. 

3. Rolled Oats

Rolled oats ialah oats yang telah dilenyek tetapi belum dimasak. Ianya juga dipotong dengan lebih tebal dan perlu dimasak lebih kurang 5 minit. Kadar penyerapan gula bagi oats ini ialah lebih lambat berbanding ‘quick’ atau ‘instant’ oat. 

4. Quick Oats

Bezanya cuma dari segi potongan, dan ianya dipotong kurang nipis daripada oat jenis ‘instant. Jadi ianya masih perlu dimasak selama seminit dua. 

5. Instant Oat

Oat ini ialah yang paling banyak diproses. Oat ini sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sehingga sangat nipis. Jadi bila dicampurkan dengan air panas, teksturnya sangat halus dan juga berkrim. Oat ni turut sudah sedia dimakan. 

Kenapa Oat Bahaya Pada Penghidap Kencing Manis?

Oat instant and quick tidak sesuai untuk dimakan oleh pesakit diabetes kerana semakin halus oats, semakin cepat penyerapan gula ke dalam darah dan ianya juga mempunyai Indeks glisemik yang sangat tinggi. 

Waktu diproses, kandungan nutrient dan juga serat yang ada dalam oats ni akan terbuang sekali dan berlakulah perubahan pada indeks glisemik.

Penghidap kencing manis kalau nak juga makan oat boleh tapi kena ambil yang kurang indeks glisemik iaitu melalui rolled oats, atau yang paling terbaik steel cuts atau groat oats.

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/9-benefits-oats-oatmeal#TOC_TITLE_HDR_5

https://www.healthline.com/nutrition/foods/oats

Summary
Penghidap Diabetes Boleh Makan Oats Ke?
Article Name
Penghidap Diabetes Boleh Makan Oats Ke?
Description
Oat merupakan salah satu bijirin gluten bebas yang kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan anti-oxidan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: