MySalam

MySalam atau dikenali juga sebagai Skim Perlindungan Nasional B40 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah dan juga kepada golongan M40 yang berpendapatan kurang dari RM 100,00 setahun dan pernah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Perlindungan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana turut memberi kelebihan besar kepada mereka yang tidak mempunyai insurans perubatan untuk menikmati skim mySalam ini secara percuma. Menariknya, kepada mana-mana individu yang dijangkiti dengan covid-19, anda juga layak untuk meneikmati skim perlindungan ini.

Golongan yang layak untuk menerima mySalam

Golongan yang layak untuk menerima skim mySalam adalah seperti berikut :

  • Individu berusia antara 18 hingga 65 tahun dan berpasangan.
  • Individu bujang berusia antara 40 hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
  • Individu OKU berusia antara 18 hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Penerima bantuan sara hidup yang tidak berdaftar berusia antara 18 hingga 65 dengan berpendapatan kurang dari 100,000 setahun.

Nota tambahan untuk kelayakan:

  • Penerima bantuan sara hidup yang kehilangan pasangan samada bercerai atau kematian pasangan dan mempunyai anak.
  • Penerima bantuan sara hidup yang belum pernah berkahwin, duda atau janda yang tidak mempunyai anak.
  • Penerima bantuan sara hidup berumur antara 18 hingga 65 tahun. Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup sila lewati laman web Lembaga Hasil Dalam NEGERI (LHDN).

Manfaat mySalam

Banyak kelebihan yang bakal diperolehi melalui skim mySalam ini. Dibawah adalah beberapa manfaat yang bakal diperolehi penerima mySalam:

  • Selama 5 tahun, premium insurans kesihatan tahunan bersubsidi sebanyak RM 112 akan diberikan.
  • Bayaran harian sebanyak RM50 sehari selama 14 hari sekiranya anda sedang menjalani rawatan di hospital.
  • Pembayaran sekali sebanyak RM 8000 sekiranya anda disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal daripada senarai 45 penyakit kritikal.

Senarai 45 jenis penyakit kritikal

Pada awalnya,skim mySalam ini hanya mengandungi pelindungan yang terdiri daripada 36 jenis penyakit kritikal termasuklah barah, serangan jantung, dan alzheimer. Berkuatkuasa 1 Januari 2019, skim perlindungan kesihatan awam telah menambah 9 lagi jenis penyakit kritikal termasuk penyakit polio yang mana menjadikan ia secara keseluruhannya adalah 45 jenis penyakit kritikal.

Dibawah merupakan 45 jenis penyakit kritikal yang termasuk dalam skim perlindungan mySalam:

  1. Aids peringkat teruk
  2. Angioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama
  3. Anemia Aplasia kronik
  4. Alzheimer atau gangguan kemerosotan otak organik tidak boleh pulih
  5. Buta atau hilang penglihatan sepenuhnya
  6. Distrofi otot
  7. Ensefalitis atau encephalitis
  8. Elefantisis
  9. Hepatitis virus fulminan
  10. HIV
  11. HIV akibat transfusi darah
  12. Hipertansi arteri pulmonari primer
  13. Hilang pertututran
  14. Kanser
  15. Kardiomiopati teruk
  16. Kepekakkan atau hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih
  17. Kegagalan hati tahap akhir
  18. Kegagalan buah pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  19. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
  20. Kelumpuhan atau Paraplegia
  21. Kelecuran tahap ketiga
  22. Keradangan pancreas berulang
  23. Koma
  24. Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis (SLE)
  25. Meningtis bacteria
  26. Pembedahan otak
  27. Pembedahan pintasan bagi penyakit arteri koronori
  28. Penyakit paru-paru
  29. Pembedahan injap jantung
  30. Pemindahan organ utama atau sum
  31. Penyakit neuron motor
  32. Penyakit Parkinson
  33. Penyakit arteri koronari lain yang serius
  34. Pembedahan Aorta
  35. Penyakit terminal
  36. Penyakit sistik medular
  37. Penyakit lembu gila
  38. Poliomielitis
  39. Serangan jantung
  40. Sklerosis berbilang
  41. Skleroderma Progresif
  42. Strok
  43. Sindrom Apallic
  44. Trauma kepala utama
  45. Tumor otak Benigna

Bagaimana cara untuk mendaftar mySalam

Mudah sahaja, anda hanya perlu layari laman web rasmi mySalam dan boleh terus mendaftar !

Ianya, sangat mudah.  Setelah anda berjaya log masuk ke dalam laman rasmi mySalam anda hanya perlu ikuti beberapa langkah seperti yang kami sediakan di bawah ini:

  1. Masukkan nama
  2. Nombor kad pengenalan anda
  3. Alamat email
  4. Poskod
  5. Juga salinan kad pengenalan anda

Permohonan anda telah lengkap sekiranya anda mengikuti langah-langkah diatas. Sekarang apa yang perlu anda lakukan hanyalah perlu menunggu pengumuman rasmi dari mySalam.

Dibawah adalah langkah-langkah untuk membuat tuntutan berkaitan penyakit kritikal dan juga tuntutan hospitalisasi:

Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari laman web rasmi mySalam dan ikut langkah-langkah seperti yang diatas.

Langkah 2: klik pada muat turun borang > muat turun borang penyakit kritikal – kenyataan doktor berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor yang merawat anda untuk mengisi borang “Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor”

Langkah 4 : Masuk ke www.mysalam.com.my  > klik “tuntutan” > klik “Penghantaran Tuntutan”  > skrol hingga ke bawah laman > klik “Tuntutan penyakit kritikal”

Langkah 5 : Lengkapkan maklumat diri yang diperlukan kemudian klik butang “muat turun” untuk memuat naik borang-borang dibawah dalam bentuk pdf atau jpeg.

a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor

b) Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6 : Pastikan anda klik butang “Hantar” bagi tujuan melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan Hospitalisasi

Langkah 1 : Ulang langkah seperti yang dinyatakan di atas (langkah 1).

Langkah 2 : Klik “Tuntutan” > Klik “Penghantaran Tuntutan” > Skrol hingga ke bawah laman > klik “Tuntutan hospitalisasi”

Langkah 3 : lengkapkan maklumat diri yang diperlukan kemudian klik pada butang “muat turun” untuk memuat naik borang-borang dibawah dalam bentuk pdf atau jpeg.

a) Salinan Nota Discaj

b) Salinan dokumen pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4:  Pastikan anda klik butang “Hantar” bagi tujuan melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Penutup

Semoga dengan perkongsian ini, memberi sedikit sebanyak pendedahan berkaitan mySalam kepada anda serta dapat membantu memudahkan anda untuk mendaftar dengan skim mySalam ini yang mana kami kira ia sangat membantu terutama kepada golongan yang terjejas dan tidak mampu membiayai kos perubatan yang mahal terutamanya untuk penyakit kritikal.

Sumber:

https://www.mysalam.com.my/b40/info/

https://www.affirmplus.com/gallery-view/36

https://www.anewmalaysia.com/mybenefits-mysalam-insurance

Summary
Pengenalan ringkas dan soalan lazim mengenai mySalam
Article Name
Pengenalan ringkas dan soalan lazim mengenai mySalam
Description
MySalam atau dikenali juga sebagai Skim Perlindungan Nasional B40 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah dan juga kepada golongan M40 yang berpendapatan kurang dari RM 100,00 setahun dan pernah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: