Now Reading
Pengeluaran KWSP: Keperluan Peribadi Akaun 2

Pengeluaran KWSP: Keperluan Peribadi Akaun 2

pengeluaran kwsp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran KWSP penuh atau sebahagian dari simpanan kepada ahlinya untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada. Ini adalah untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa.

Terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh dilakukan selagi mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Terbaru kerajaan membenarkan membuat pengeluaran melalui i-Lestari dari akaun 2, i-Sinar dari akaun 1 dan I-Citra dari akaun 1. Ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam kehilangan punca pendapatan semasa penularan COVID-19.

Pengeluaran wang dari kwsp akaun 1 untuk tujuan peribadi jugak dibenarkan atas alasan tertentu dan sama juga untuk akaun 2.

Jenis Pengeluaran KWSP Untuk Akaun 2

Berikut adalah jenis-jenis pengeluar untuk akaun 2:

Pembayaran Ibadah haji
Wang simpan dalam akaun dua boleh dikeluarkan bagi tujuan perbelanjaan haji atau tujuan pendaftaran dengan tabung haji.

Pembayaran Rawatan Perubatan
Wang dalam akaun dua anda boleh keluarkan jika anda menghadapi masalah kesihatan atau penyakit kritikal bagi menampung kos perubatan atau membeli alatan kesihatan.

Selepas Kematian
Selaku waris atau penama kepada ahli KWSP yang meninggal dunia boleh menuntut duit si mati di dalam akaun KWSP. Tempoh permohonan pengeluaran wang akaun simati boleh dilakukan selepas 2 bulan dari tarikh kematian.

Pengeluaran KWSP Untuk Pinjaman Rumah
Wang simpanan kwsp juga boleh dikeluarkan dengan tujuan untuk pembelian perumahan bagi mengurangkan baki pinjaman. Sebagai contoh, jika anda ingin mengurangkan interest housing loan dengan cara lppsa login, anda boleh buat pengeluaran sekaligus bagi mengurangkan tempoh hutang.

Simpanan RM1 Juta
Kebenaran pengeluaran dibenarkan kepada sesiapa sahaja ahli KWSP yang mempunyai simpanan akaun melebihi RM 1 juta dengan apa sahaja tujuan yang ingin dilakukan samaada untuk pelaburan atau perbelanjaan. Syarat tidak dikenakan selagi simpanan melebihi RM 1 juta.

Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah
Pihak KWSP juga turut memberi galakan kepada ahlinya yang ingin membeli rumah pertama sendiri sama ada membina sendiri, membeli ruah subsale, rumah lelong atau melalui permohonan rumah mesra rakyat 2021 dengan mmembenarkan pengeluaran simpanan dalam akaun 2.

NOTA: masa yang diambil untuk duit kwsp masuk ke akaun beli rumah adalah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan dilakukan.

Ansuran Pinjaman
Bagi urusan bayar ansuran pinjaman perumahan pada setiap bulan juga pihak KWSP boleh membantu bagi ansuran pinjaman perumahan sekaligus. Ini dapat mengurang komitmen setiap bulan melalui pengeluaran kwsp akaun 2 untuk bayaran bulanan rumah pada akaun 2

Orang Kurang Upaya OKU
Bantuan oku untuk pengeluaran hilang upaya juga akan diberikan jika ditimpa musibah sehingga hilang upaya dan bergelar orang kurang upaya OKU sehingga memberikan halangan untuk anda mendapat kerja baru
Dokumen dan Syarat pengeluaran epf untuk orang kurang upaya OKU

Demi Kesejahteraan Rakyat, KWSP Akan Lancar i-Sayang & i-Lindung Tahun  Depan | Gempak

Maksimakan Pelaburan
pengeluaran dari akaun 1 juga dibenarkan bagi tujuan memaksimakan pelaburan sedia ada dengan syarat ia tidak lebih 30 peratus daripada jumlah simpanan dan merujuk kepada jadual yang telah ditetapkan.
Antara pelaburan yang dibenarkan adalah pelaburan public mutual, pelaburan tabung haji, pelaburan asb termasuk pinjaman asb loan, pelaburan unit trust.

Pendidikan
Pihak KWSP membenarkan pengeluar bagi akaun 2 bagi tujuan Pendidikan seperti pembayaran yuran pengajian Pendidikan atau pengajian tinggi.

Pengeluaran Umur 50 Tahun
Melakukan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan akaun dibenarkan kepada ahli KWSP yang berusia antara 50 tahun dan 54 tahun.

Borang Pengeluaran Umur 55 Tahun dan 60 Tahun
Bergitu juga pada ahlinya yang berusia antara 50 tahun dan 54 tahun layak melakukan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan akaun dibenarkan kepada ahli KWSP .

See Also
lppsa

Pengeluaran untuk Bina Rumah
Peguluaran bagi pembinaan rumah pertama juga dibenarkan kepada mana-mana ahlinya.

Soalan Lazim & FAQBerapa lama proses dan tempoh pengeluaran kwsp akaun 2?

  • Tidak lama. Tidak lebih daripada seminggu. Butiran lanjut di halaman ini

Boleh membuat pengeluaran akaun 2 untuk bayar hutang kereta?

  • Maaf tidak dibenarkan

Untuk nasihat bersama, Wang Simpanan Pekerja kwsp itu bukanlah keperluan yang perlu diutamakan untuk dibelanjakan. Simpanan wang tersebut agar boleh digunakan pada hari tua anda.

SUMBER :

https://mypt3.com/syarat-pengeluaran-kwsp

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

error: Content is protected !!