susu berlebihan

Susu kaya dalam pelbagai nutrien dan khasiat seperti protein, kalsium, vitamin D dan lain-lain. Susu merupakan satu minuman yang penting terutamanya bagi bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar kerana kandungan kalsium dalam susu akan membantu dalam menguatkan tulang. 

Namun begitu, pengambilan susu secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan anda. Antara kesan-kesan yang boleh memudaratkan kesihatan anda ialah 

Jerawat

Jerawat kebiasaannya berlaku kepada mereka yang tidak menjaga muka dengan teliti, tapi susu dan produk tenusu pun boleh jadi penyebabnya. Mereka yang suka minum susu rendah lemak dan susu skim, jerawat akan lebih mudah muncul.

Eczema

Produk tenusu juga merupakan salah satu cara yang boleh menyebabkan keadaan kulit anda menjadi lebih teruk. Ibu-ibu mengandung mesti mengambil probiotic dalam diet seharian anda kerana ianya akan mengurangkan potensi dan alahan terhadap bayi.

Alahan

Alahan terhadap susu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira umur ataupun jantina. Kajian menunjukan bahawa lebih kurang 5 peratus kanak-kanak mempunyai alahan terhadap susu yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti eczema dan masalah usus seperti cirit-birit, sembelit, najis berdarah dan kesukaran bernafas.

Tulang Rapuh

Walaupun susu mempunyai kalsium yang boleh menguatkan tulang, ianya juga berpotensi untuk menyebabkan tulang rapuh terutamanya kepada wanita yang berpunca daripada gula (D-galaktosa). Dalam kalangan orang dewasa, tulang rapuh yang juga dikenali sebagai osteoporosis disebabkan oleh pengambilan produk tenusu, protein haiwan dan kalsium secara berlebihan.

Kanser

Pengambilan kalsium berlebihan daripada susu mampu meningkatkan risiko barah prostat. Kandungan gula dalam susu juga boleh dikaitkan dengan risiko barah ovari.

Lactose Intolerance

Jumlah laktosa dalam susu lembu lebih tinggi berbanding susu haiwan lain. Simptom seperti muntah-muntah, kekejangan, kembung perut dan cirit-birit ialah salah satu kesannya. Untuk mereka yang mempunyai lactose intolerance, produk tenusu hanya boleh diambil dalam kuantiti sedikit untuk diet anda.

Penambahan Berat Badan

Mesti anda hairan kenapa bayi dan kanak-kanak mudah naik berat badan walaupun hanya minum susu? Mengikut kajian, 12,000 kanak-kanak yang minum susu, mudah naik berat badan. Jika anda tidak tahu, 1% susu skim lebih mudah naikkan berat badan berbanding dengan minum 2% susu penuh.

Oleh itu, walaupun susu memberikan banyak kebaikan namun, ianya haruslah diambil secara sederhana.

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/milk-benefits#TOC_TITLE_HDR_4

Summary
Pengambilan susu secara berlebihan boleh memudaratkan?
Article Name
Pengambilan susu secara berlebihan boleh memudaratkan?
Description
Susu kaya dalam pelbagai nutrien dan khasiat seperti protein, kalsium, vitamin D dan lain-lain. Susu merupakan satu minuman yang penting terutamanya bagi bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar kerana kandungan kalsium dalam susu akan membantu dalam menguatkan tulang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: