Pengambilan Paracetamol Bagi Orang Dewasa dan Kanak-kanak
Paracatemol atau lebih dikenali sebagai Panadol (jenama bagi produk Paracetamol), boleh menjadi ubat yang selamat untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam.

Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol (jenama bagi produk Paracetamol), boleh menjadi ubat yang selamat untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam apabila:

  • Digunakan mengikut arahan pada label
  • Tidak menggunakan lebih daripada satu ubat yang mengandungi Paracetamol

Dos Paracetamol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan membawa maut.

Dos Paracetamol Bagi Orang Dewasa

Dos paracetamol yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas adalah 500mg hingga 1000mg setiap empat hingga enam jam. Jumlah maksimum pengambilan paracetamol dalam sehari adalah 4000mg. Jangan pernah melebihi had ini.

*Peringatan Sebelum Mengambil Paracetamol

Jangan gunakan ubat ini jika anda mempunyai alahan terhadap Paracetamol atau Acetaminophen.

Tanya doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sama ada Paracetamol selamat digunakan untuk anda jika anda mempunyai:

Walau bagaimanapun, belum ada bukti sama ada Paracetamol boleh membahayakan bayi yang belum lahir atau tidak. Sekiranya anda hamil, beritahu doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil Paracetamol. Hal ini kerana, Paracetamol boleh keluar melalui susu ibu dan boleh menjejaskan bayi. Jangan sekali-kali mengambil Paracetamol tanpa memberitahu doktor anda sekiranya anda menyusukan bayi.

Bagaimanakah Paracetamol digunakan?

Anda harus menggunakan Paracetamol sama seperti arahan pada labelnya atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.

Bagaimanapun, jangan ambil ubat ini melebihi dos yang disyorkan. Hal ini kerana berlebihan dos Paracetamol boleh menyebabkan kemudaratan yang serius kepada kesihatan anda seperti kerosakan hati.

– Cecair Paracetamol. Sukat cecair Paracetamol dengan alat yang sesuai, bukannya sudu biasa. Sekiranya anda tidak mempunyai alat yang sesuai untuk menyukat dos Paracetamol, anda boleh membelinya di farmasi yang berdekatan. Goncang dahulu cecair Paracetamol sebelum mengambilnya.

– Tablet Kunyah Paracetamol. Tablet Paracetamol yang dikunyah pula mestilah dikunyah sehingga hancur sebelum anda menelannya.

– Tablet Larut Paracetamol. Pastikan tangan anda kering apabila mengendalikan tablet larut Paracetamol. Letakkan tablet pada lidah anda dan ia akan dilarutkan bersama air liur. Jangan menelan keseluruhan tablet tetapi biarkan ia cair dalam mulut anda tanpa mengunyah.

– Paracetamol jenis Effervescent. Bagi menggunakan Paracetamol jenis ‘effervescent’ pula, larutkan satu paket ke dalam sekurang-kurangnya 1 cawan air. Seterusnya, kacau larutan ini dan minum dengan segera.

Supositori Paracetamol. Ia hanya digunakan untuk rektum anda, jadi jangan sekali-kali mengambil supositori rektum Paracetamol secara oral. Basuh tangan anda setiap kali sebelum dan selepas memasukkan supositori tersebut ke dalam rektum anda. Sebelum penggunaannya, kosongkan usus dan pundi kencing anda terlebih dahulu.

Untuk menggunakannya, keluarkan bungkusan luar supositori sebelum memasukkannya ke dalam rektum. Elakkan memegang supositori terlalu lama kerana ia akan cair dalam tangan anda. Untuk hasil yang terbaik, lakukannya dalam posisi baring dan masukkan hujung supositori terlebih dahulu ke dalam rektum.  Elakkan pergi ke tandas selepas memasukkan supositori ke dalam rektum.

Dos Paracetamol Bagi Kanak-Kanak

Sekiranya anda tidak dapat melegakan kesakitan anak anda dengan menghiburkannya atau membantu mereka untuk berehat, memberi mereka ubat-ubatan yang dapat melegakan kesakitan seperti Paracetamol mungkin boleh membantu menenangkan anak anda.

Ubat Paracetamol boleh digunakan untuk menahan kesakitan yang ringan hingga sederhana pada bayi yang berusia lebih satu bulan, kanak-kanak dan golongan remaja. Walau bagaimanapun, jika Paracetamol diberikan secara berlebihan kepada kanak-kanak, ia boleh membahayakan kesihatan mereka.

Paracetamol pediatrik yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak biasanya datang dalam bentuk cecair. Sebelum memberinya kepada anak anda, baca label pada produk terlebih dahulu untuk mengetahui arahan pengambilan Paracetamol yang disyorkan.

Dos yang optimum untuk kanak-kanak (1 bulan hingga 12 tahun) adalah 15 mg per kg, dan boleh diberikan setiap empat hingga enam jam, jika perlu, tetapi tidak boleh melebihi empat dos dalam 24 jam.

Ibuprofen dan Aspirin

Ibuprofen pula boleh digunakan untuk melegakan kesakitan ringan dan sederhana bagi kanak-kanak, golongan remaja dan dewasa. Namun begitu, ia tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak di bawah usia tiga bulan, atau kanak-kanak yang mengalami masalah pendarahan.

Sedikit peringatan, jangan sesekali memberikan Aspirin kepada anak anda jika mereka berusia di bawah 12 tahun, kecuali jika dinasihatkan oleh doktor. Aspirin boleh meningkatkan risiko sejenis penyakit yang jarang berlaku tetapi sangat teruk yang dikenali sebagai Sindrom Reye.

Sekiranya kesakitan anak anda berlarutan selama lebih daripada beberapa jam, bawa anak anda berjumpa doktor untuk mengetahui penyebabnya.

Paracetamol untuk kanak-kanak datang dalam beberapa jenis yang berbeza: untuk bayi, untuk kanak-kanak kecil dan untuk kanak-kanak yang lebih besar. Ia juga dihasilkan dan dijual oleh pelbagai syarikat yang berlainan dan datang dalam jenama yang berlainan seperti Panadol, Panamax, Dymadon.

Jika bayi atau anak anda mengambil sebarang ubat lain, semak kandungan ubat tersebut sama ada ia mempunyai kandungan Paracetamol di dalamnya atau tidak. Jangan berikan terlalu banyak ubat yang mengandungi Paracetamol kepada anak anda.

Dos paracetamol berlebihan boleh menyebabkan kesakitan

Paracetamol merupakan salah satu ubat yang biasa diambil oleh kanak-kanak dalam dos berlebihan secara tidak sengaja. Menelan berlebihan dos Paracetamol boleh membahayakan organ dalaman seperti hati dan kadangkala buah pinggang mereka.

Jika anda atau anak anda terlebih dos Paracetamol, hubungi pihak hospital atau bawa mereka ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat.

Bagi mengelakkan anak anda daripada mencari dan mengambil ubat-ubatan seperti Paracetamol di rumah:

  • Simpan Paracetamol dari jangkauan kanak-kanak. Adalah lebih baik untuk menyimpannya dalam almari yang berkunci.
  • Tutup rapat botol atau pek ubat sentiasa.

Perkara penting yang perlu diingati!

  • Ambil dos seperti yang tertulis pada botol atau pek mengikut arahan pada label botol atau doktor.
  • Ubat-ubatan yang melegakan kesakitan tidak boleh merawat penyebab kesakitan anda atau anak anda.
  • Sekiranya anda atau anak anda tidak sihat atau mengalami kesakitan yang sederhana atau parah, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca kesakitan tersebut.
  • Jika anda atau anak anda mengambil terlalu banyak Paracetamol, hubungi hospital atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat.

Sumber

https://www.nhs.uk/medicines/paracetamol-for-children

https://www.healthnavigator.org.nz/medicines/p/paracetamol-children

https://www.nps.org.au/news/safe-and-appropriate-use-of-paracetamol-closing-the-consumer-knowledge-gap

Summary
Pengambilan Paracetamol Bagi Orang Dewasa dan Kanak-kanak
Article Name
Pengambilan Paracetamol Bagi Orang Dewasa dan Kanak-kanak
Description
Paracatemol atau Panadol boleh menjadi ubat yang selamat untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam apabila:
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: