Pencuci Mulut

Pencuci mulut yang biasanya dibeli dari pasaran pastinya sedap tetapi ianya juga kurang sihat kerana ianya berkemungkinan mengandungi kadar gula, kalori, natrium dan lain-lain yang tinggi. Apa kata anda cuba buat pencuci mulut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan alternatif yang sihat dengan 7 cara di bawah ini.

1. Gunakan Tepung Alternatif 

Anda boleh menggantikan tepung gandum putih dengan tepung-tepung alternatif yang lebih sihat seperti:

  • Tepung gluten bebas yang di buat daripada kacang badam kerana ianya boleh menambah protein dalam penaik anda dan ianya sesuai untuk orang yang sensitif alergi terhadap gluten .
  • Tepung gandum kerana ianya akan meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.

2. Gunakan Coklat Gelap 

Penggunaan coklat gelap ialah lebih baik berbanding dengan coklat susu kerana ianya mempunyai kandungan koko yang lebih tinggi (50% – 90%) berbanding dengan coklat susu (10% – 50%). Buah koko mempunyai sejenis nutrien yang dikenali sebagai flavanol yang berkemampuan untuk melindungi anda daripada penyakit jantung. Berbanding dengan coklat susu, coklat gelap mempunyai 2-3 kali lebih dalam nutrien flavanol. Coklat gelap juga boleh meningkatkan anti oksidan, serat, zat besi dan zink. Dapatkan coklat gelap dengan 70 peratus koko atau lebih tinggi untuk faedah kesihatan maksimum.

Ais Krim Pisang Perisa Coklat

3. Buat Ais Krim Daripada Pisang

Sekiranya anda peminat makanan ais krim, anda boleh tukarkan susu dan gula yang diproses dengan hanya pisang beku. Anda cuma perlu bekukan pisang semalaman dan kisarkannya menggunakan pengisar atau pemproses makanan. Anda boleh campurkan sedikit serbuk koko, vanila atau buah mengikut cita rasa anda. Anda boleh memasukkan bahan-bahan yang lain seperti coklat cip gelap, kekacang, buah-buahan dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

4. Gantikan Mentega Dengan Minyak Kelapa

Untuk resepi-resepi yang memerlukan mentega, anda boleh pertimbangkan minyak kelapa sebagai pengganti alternatif. Seperti mentega, minyak kelapa juga dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Minyak kepala mengandungi kadar natrium yang lebih rendah dan juga asid laurik, sejenis lemak yang boleh membantu menurunkan kolesterol dan berat badan. 

5. Gunakan Sirap Maple atau Madu Sebagai Pemanis Alternatif

Selain daripada gula putih, banyak lagi pemanis alternatif yang lain seperti gula perang, molases, sirap maple dan madu. Sirap maple dan madu mengandungi vitamin dan mineral yang sihat dan berkhasiat. Pengganti gula ini lebih mudah dicerna dan juga  memastikan gula darah anda lebih stabil.

6. Gunakan Susu Skim Sejat Untuk Krim Berat

Gantikan krim berat lemak tinggi dengan susu skim sejat kerana ianya mempunyai konsistensi yang sama tetapi kandungan lemak dan kalori yang lebih rendah. Gunakan tips ini semasa membuat pastri seperti kek dan scone dan gantikan dengan menggunakan jumlah yang sama yang diperlukan dalam resipi asal.

7. Gunakan Buah Segar

Antara satu cara termudah untuk menjadikan pencuci mulut anda lebih sihat ialah dengan memasukkan buah. Dengan menambahkan buah, anda akan menambah lebih banyak nutrien pada pencuci mulut yang menjadikannya lebih sihat dan kerana buah mempunyai gula semula jadi di dalamnya, ia mempunyai rasa manis seperti makanan pencuci mulut seperti biasa. 

Sumber:

https://www.canr.msu.edu/news/how_to_make_healthier_desserts

https://nuts.com/health-eating/making-healthier-desserts

https://www.simplemost.com/7-easy-hacks-making-healthier-desserts/

https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/dark-chocolate/

Summary
Bagaimana Untuk Menghasilkan Pencuci Mulut Yang Sihat??
Article Name
Bagaimana Untuk Menghasilkan Pencuci Mulut Yang Sihat??
Description
Pencuci mulut yang biasanya dibeli dari pasaran pastinya sedap tetapi ianya juga kurang sihat kerana ianya berkemungkinan mengandungi kadar gula, kalori, natrium dan lain-lain yang tinggi. Apa kata anda cuba buat pencuci mulut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan alternatif yang sihat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: