pemphigus
Pemphigus adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit autoimun yang berlaku apabila sistem imunisasi menyerang tisu badan yang sihat.

Pemphigus adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit autoimun. Penyakit autoimun berlaku apabila sistem imunisasi menyerang tisu badan yang sihat. Dalam kes penyakit pemphigus foliaceus, sistem imun merosakkan sel-sel kulit yang digelar keratinosit.

Keadaan ini boleh menyebabkan kulit melecet, luka, dan bintik-bintik berkerak pada kulit. Luka ini sangat menyakitkan dan boleh menjejaskan penampilan dan tekstur kulit. Walau bagaimanapun, ia adalah keadaan perubatan yang tidak berbahaya dan biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan yang lain.

Namun begitu, keadaan yang kronik dan berulang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan perubatan. Teta[I, sebilangan individu sembuh secara spontan, maksudnya mereka tidak mengalami simptom untuk masa yang lama. Simptom juga boleh diatasi melalui rawatan.

Jenis Pemphigus

  • Pemphigus Foliaceus. Ia adalah sejenis bentuk yang biasa berlaku. Dalam jenis ini, lepuh atau lecet yang berkerak terbentuk di kulit kepala dan muka pada peringkat awal, kemudian merebak ke bahagian badan lain seperti dada. Lepuh ini biasanya gatal tetapi ia jarang menyakitkan seperti lepuh yang berkembang dalam Pemphigus Vulgaris.

  • Pemphigus Vegetans. Bentuk ini menyebabkan lecet tebal berkembang di bawah lengan dan kawasan kelengkang.

  • IgA Pemphigus. Imunoglobulin A (IgA) adalah antibody yang berbeza daripada yang terlibat dalah bentuk penyakit Pemphigus yang lain yang mengikat permukaan sel epidermis. Lepuh adalah sama seperti yang berkembang dalam penyakit Pemphigus Foliaceus, walaupun kadangkala benjolan mengandungi nanah turut berkembang.

  • Paraneoplastic Pemphigus. Keadaan yang jarang berlaku ini tidak selalunya menandakan Pemphigus, tetapi ia berkongsi beberapa ciri penyakit tersebut. Ia berkembang dalam individu yang mempunyai kanser terntu dan membawa kepada ulser terbentuk dalam mulut dan di atas bibir. Kulit juga melepuh dan kelopak mata mungkin luka dan berparut. Antibodi yan g mengikat pada permukaan sel epidermis juga meenpumpukan pada membdan dalam laluan udara, justeru itu persakit dengan keadaan ini boleh mengembangkan masalah paru-paru yang berbahaya.

Simptom Pemphigus

Simptom biasa termasuklah:

  • Lepuh kulit kecil berisi cecair yang biasanya bermula di wajah, kulit kepala, ataubahagian  badan.
  • Lepuh pecah dan menyebabkan luka, lekuk, atau parut pada kulit.
  • Tompok-tompok bersisik, meradang, dan menyakitkan pada kulit. Tompok-tompok ini berlaku selepas lepuh pecah. Sebilangan individu mungkin hanya mengalami simptom ini selepas lepuh itu pecah.
  • Rasa terbakar, sakit, dan gatal di tempat lepuh.
  • Jangkitan kulit kronik kerana lepuh dan lecet yang teriritasi.

Lepuh dan luka boleh kelihatan agak membimbangkan, tetapi ia tidak bermakna anda mempunyai keadaan lain. Ia tidak mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, lepuh yang teruk berisiko mendedahkan kulit kepada jangkitan yang serius. Malah, jangkitan ini boleh mengancam nyawa jika ia tidak dirawat.

Tanda-tanda jangkitan kulit termasuklah:

  • Nanah pada luka kulit
  • Kesakitan yang teruk di tapak lepuh
  • Garis merah pada luka atau lepuh
  • Demam
  • Keletihan
  • Loya

Punca Pemphigus

Secara umum, keadaan ini adalah sejenis gangguan autoimun. Biasanya, sistem imun menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan atau bendasing berbahaya, seperti virus dan bakteria. Tetapi dalam kes penyakit ini, tubuh menghasilkan antibodi yang merosakkan sel kulit dan selaput lendir badan anda sendiri.

Ketahui bahawa keadaan ini tidak berjangkit. Malah, dalam kebanyakan kes, pencetus penyakit ini tidak diketahui.

Kadangkala berlaku disebabkan penggunaan ubat perencat enzim penukaran angiotensin, penisilin dan ubat-ubatan lain.

Diagnosis Pemphigus

Pemphigus menyebabkan lecet yang meluas dan sukar diabaikan. Cirinya yang bercorak pada kulit kepala, wajah, dan badan menjadikannya berbeza daripada penyakit kulit yang lain. Untuk mengesahkan sama ada anda disyaki mengalami Pemphigus , doktor boleh:

  • Melakukan biopsi – doktor akan mengambil sampel tisu kecil dari lepuh menggunakan jarum. Dengan memeriksa sampel tisu di bawah mikroskop, doktor akan dapat mengesahkannya.

  • Melakukan biopsi kimia – dalam ujian ini, doktor akan meletakkan bahan kimia pada kulit untuk menentukan jenis Pemphigus yang menyebabkan lepuh.

  • Ujian darah untuk mengukur tahap antibodi Pemphigus dalam darah – untuk mendapatkan sampel bagi ujian ini, darah anda akan diambil dari urat, biasanya pada bahagian lengan.

Faktor Risiko Pemphigus

Risiko meningkat sekiranya anda mencecah usia pertengahan atau lebih tua. Keadaan ini cenderung terjadi pada individu dari Timur Tengah.

Rawatan Pemphigus

Tidak ada penawar tunggal untuk keadaan ini. Malah, doktor masih tidak pasti mengapa pada segelintir individu, penyakit ini hilang dan tidak memerlukan rawatan, sementara pesakitlain terus melawan penyakit yang agresif walaupun sedang menjalani rawatan. Setelah seseorang mengalami Pemphigus, mereka lebih terdedah terhadap penyakit yang seterusnya.

Pada sesetengah individu, penyakit ini mungkin berterusan. Yang lain pula mengalami tempoh penyembuhan diikuti dengan sakit yang berulang.

Rawatan termasuklah:

  • Menghilangkan pencetus jangkitan – sebilangan individu mengalami penyakit ini semasa berada dalam tekanan, jadi mengurangkan tekanan dapat membantu mengurangkan simptom penyakit. Selain itu, menghentikan ubat-ubatan yang menyebabkan Pemphigus juga dapat menghilangkan lepuh.
  • Ubat steroid – ubat steroid seperti prednison boleh melambatkan perkembangan penyakit ini. Walau bagaimanapun, steroid boleh mencetuskan kesan sampingan yang serius, seperti kenaikan berat badan, perubahan emosi, dan masalah hati, jadi doktor perlu sentiasa memantau penggunaan steroid dengan berhati-hati.

  • Kemasukan ke hospital – Pemphigus yang teruk mungkin memerlukan kemasukan ke hospital bagi mengurangkan risiko jangkitan atau merawat jangkitan yang sudah mula merebak.

  • Imunosupresan – ubat ini membendung tindakan sistem imun, di samping mengurangkan risiko sistem imun menyerang tisu yang sihat. Namun begitu, imunosupresan dapat meningkatkan risiko jangkitan dan penyakit lain, jadi individu yang menggunakan ubat ini mungkin perlu melakukan perubahan gaya hidup.

  • Antibiotik – pengambilan antibiotik secara oral atau intravena (IV) dapat melawan jangkitan akibat lecet.

  • Ubat anti-radang – ubat ini mengurangkan keradangan dan dapat melawan pelbagai penyakit autoimun, termasuklah Pemphigus.

  • Biologik – ubat canggih ini menggunakan agen biologi untuk merawat penyakit melalui beberapa cara. Ubat yang digelar Rituximab menunjukkan hasil yang signifikan terhadap penyakit Pemphigus dan telah menyembuhkan 86 peratus pesakit dalam satu percubaan klinikal.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pemphigus/symptoms-causes/syc-20350404

https://www.healthline.com/health/pemphigus-vulgaris

https://en.wikipedia.org/wiki/Pemphigus

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21130-pemphigus

Summary
Pemphigus - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Pemphigus - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Pemphigus adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit autoimun yang berlaku apabila sistem imunisasi menyerang tisu badan yang sihat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: