Buah Monkfruit atau Loh Han Guo adalah labu hijau kecil yang menyerupai tembikai. Ia tumbuh di Asia Tenggara. Buah ini pertama kali digunakan pada abad ke-13, oleh itu nama buahnya tidak biasa.

Buah ini kalau segar tidak disimpan dengan baik jadi ia biasanya dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh perubatan. Pemanis buah Monkfruit dibuat dari ekstrak buah dan adalah 150 hingga 200 kali lebih manis daripada gula. 

Ekstraknya tidak mengandungi sebarang kalori, karbohidrat atau lemak. Ini menjadikannya alternatif pemanis yang popular untuk pengeluar makanan rendah kalori dan untuk pengguna yang memakannya.

Di Amerika Syarikat, pemanis ini dikelaskan oleh FDA sebagai “umumnya dikenali sebagai selamat,” atau GRAS.

Apakah kelebihan buah Monkfruit?

• Tidak mempengaruhi tahap gula dalam darah.

• Sifar kalori

• Tidak menambah berat badan

• Tiada kesan sampingan negatif

• Selamat untuk kanak-kanak, wanita hamil, dan wanita menyusui

• Boleh didapati dalam bentuk cecair, butiran, dan serbuk

• Ekstrak buah Monkfruit mempunyai antioksida Mogroside, mengurangkan risiko tekanan oksidatif, kanser dan keradangan.

Apa itu Stevia?

Stevia, juga disebut sebagai ‘Stevia rebaudiana’, adalah tanaman yang merupakan anggota keluarga ‘chrysanthemum’, subkelompok keluarga Asteraceae (keluarga ‘ragweed’). Terdapat perbezaan besar antara stevia yang anda beli di kedai runcit serta stevia yang mungkin anda tanam di rumah.

Pemanis stevia komersial dibuat dari pokok stevia dari keluarga Asteraceae.

Penggunaan stevia dalam makanan agak membingungkan. FDA belum meluluskan ekstrak daun stevia walaupun digunakan selama berabad-abad sebagai pemanis semula jadi. FDA menganggapnya tidak selamat dan mendakwa bahawa stevia dalam bentuk yang paling asas boleh mempengaruhi gula darah, sistem pembiakan, ginjal, dan sistem kardiovaskular.

Sebaliknya, FDA telah meluluskan produk stevia yang telah diproses iaitu Rebaudioside A (Reb A). Jadi, produk yang dipasarkan sebagai “Stevia” bukanlah stevia yang benar. Sebaliknya, ia mengandungi ekstrak Reb A, yang juga tiada kalori, lemak dan karbohidrat.

Apakah kelemahan stevia?

Laporan saintifik menunjukkan bahawa ekstrak stevia juga boleh berbahaya ketika dimakan. Terdapat juga beberapa masalah perubatan yang berkaitan dengan stevia:

• Stevioside bokeh menyebabkan kesukaran pembiakan dalam kaum lelaki dan perempuan.

• Mempunyai kaitan dengan barah, kelana Steviol merupakan kandungan mutagenik.

• Boleh menyebabkan mutasi sel

• Mengganggu penukaran makanan menjadi tenaga

• Mempunyai kesan sampingan seperti kembung, loya, dan angin

• Boleh menyebabkan reaksi alahan

Lakanto merupakan gantian pemanis Monkfruit yang popular di Malaysia. Apa yang anda perlu tahu tentang Lakanto? Ia adalah produk pengganti gula 100% semula jadi, di mana anda tidak perlu lagi risau cara untuk melayan citarasa manis anda.

Diperbuat oleh Saraya Goodmaid, sebuah syarikat yang diasaskan lebih dari 40 tahun. Ianya berhasrat mempromosikan peningkatan kesihatan, persekitaran dan sanitasi di seluruh dunia. Lantas, Lakanto juga memainkan peranan dalam menjayakan visi ini. Ia menyumbang dari segi kesihatan pemakanan pada pelanggannya.

Apakah ramuan pemanis monkfruit Lakanto?

Sebalik rasa Lakanto yang cukup manis, ia bukanlah seperti sangkaan anda kerana hanya bahan organik digunakan bagi penghasilan produk ini! Bahan utama penghasilan Lakanto ialah bahan semula jadi buah monkfruit Luo Han Guo, di mana ekstrak buah ini kemudian dicampurkan dan diproses dengan eritritol tanpa GMO. Eritritol merupakan gula yang telah dihasilkan dari fruktos buah, tetapi tidak mempunyai kalori.

Apakah Kebaikan Menggunakan Lakanto?

Selain daripada pengetahuan bahawa produk ini adalah 100% produk semula jadi, ia patut menjadi pilihan anda kerana ia tidak mempunyai kalori. Anda tidak perlu risau tentang sebarang penaikan tahap darah gula anda. Pemilihan bahan-bahan yang terbaik dalam penghasilan Lakanto membuahkan manfaat untuk kesihatan anda dan menjadikannya pilihan pemakanan yang sihat.

Tetapi dengan produk ini, anda tidak harus risau tentang masalah ini. Satu sudu Lakanto memberikannya rasa yang sama dengan satu sudu gula. Malah, anda juga lebih berjimat dengan jumlah penggunaan ini kerana ukurannya seperti gula sebenar. Ia sememangnya dihasilkan untuk bertindak menjadi sedekat pengganti gula seakan pemanis yang sebenar.

Di samping itu, Lakanto juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Pertama dan yang paling asasnya adalah Lakanto asli, dan kemudiannya Lakanto Cube, Lakanto Candy dan Lakanto Pure Taste. Kesemua produk ini mempunyai asas pembuatan dan fungsu yang sama dengan yang asli. Dengan ini anda mampu menikmati pelbagai bentuk Lakanto!

Siapakah Yang Sesuai Untuk Produk Ini?

Lakanto tidak diterhadkan kepada sebarang kumpulan usia. Malah, walaupun ia digelar sebagai pemanis, kumpulan yang mahu menjauhi sebarang produk gula tidak perlu risau. Ia direka untuk disesuaikan kepada semua termasuk pesakit diabetes atau sesiapa yang ingin mengelakkan sebarang kesan terhadap tahap gula mereka.

Di Manakah Lakanto Boleh Digunakan?

Ia juga adalah produk yang sesuai bagi pelbagai jenis makanan dan minuman samada untuk pembuatan pencuci mulut, pemasakan panas atau sebarang pembuatan air. Salah satu cadangan adalah anda boleh menggunakannya untuk membuat makanan atau minuman yang ‘trending’ iaitu Dalgona coffee atau teh.

Dengan Lakanto, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan manis tanpa rasa bimbang! Hanya rendahkan juga pengambilan lemak serta garam juga. Lantas, tunggu apa lagi? Ayuh dapatkan Lakanto untuk kenikmatan seluruh keluarga sekarang.

Lakanto Monkfruit Sweetener

RM12.98

1 paket pemanis Monkfruit Luo Han Guo Lakanto 200gm

Summary
Lakanto - Pilihan 100% Semula Jadi Bagi Penggemar Manisan
Article Name
Lakanto - Pilihan 100% Semula Jadi Bagi Penggemar Manisan
Description
Lakanto, gantian pemanis yang sesuai untuk anda. Apa yang anda perlu tahu tentang Lakanto? Ia adalah produk pengganti gula 100% semula jadi, di mana anda tidak perlu lagi risau untuk melayan citarasa manis anda. Diperbuat daripada Saraya Goodmaid LTD sebuah syarikat yang mengasaskan lebih dari 40 tahun pengeluarannya terhadap menyediakan dan mempromosikan peningkatan kesihatan, persekitaran dan sanitasi di seluruh dunia. (FIRST) Lantas, Lakanto juga memainkan peranan dalam menjayakan visi ini. Lakanto menyumbang dari segi kesihatan pemakanan pada pelanggannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: