pemandangan cantik

Tuhan menciptakan dunia dengan pelbagai keindahan dan keunikan alam semesta sehingga sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terkaku seakan-akan tidak percaya dengan pemandangan cantik yang dilihat.

Tempat-tempat yang paling indah di dunia selalunya merangkumi destinasi antarabangsa seperti Greece, Croatia, Chile, dan Itali, serta tempat-tempat di AS seperti Colorado, Washington, South Carolina dan banyak lagi negera lain.

Pengunjung boleh memilih sama ada ingin ke kawasan pregunungan yang menakjubkan, tasik zamrud berkilau , air terjun yang bergemuruh, bandar-bandar kuno yang indah di atas tebing tinggi, ataupun taman-taman yang menarik perhatian berjuta-juta orang dari seluruh dunia.

Maroon Bells, Amerika Syarikat

Pemandangan cantik Maroon Bells terletak hanya kira-kira 10 batu dari Aspen, Colorado dan ia merupakan dua puncak yang berkentiggian 14,000 kaki di Pergunungan Elk. Bayangan puncak ini dipantulkan oleh Tasik Maroon iaitu sebuah tasik yang sangat jernih dan indah namun tersembunyi di sebalik lembah glasier.

Tempat ini juga dikenali sebagai permata mahkota dari Rocky Mountains yang merupakan salah satu pemandangan paling banyak difoto di negara ini. Keindahan tempat ini sukar digambarkan dengan kata-kata kerana keindahan dua gunung yang terpantul pada Tasik Maroon sangatlah memukau.

Pada musim panas, laluan mendaki ke gunung ini akan dipenuhi dengan ladang bunga liar. Musim luruh akan menggurkan dedaunan pokok-pokok, manakala pada musim sejuk salji dan ais akan turun ke atas pepohon.

Akses kenderaan bermotor di tempat ini sangatlah terhad, oleh itu lebih baik jika anda berjalan kaki sambil mengambil gambar anda bersama latar belakang Maroon Bells yang sangat indah.

Grand Canyon, Amerika Syarikat

The Grand Canyon adalah curam dan sebuah gaung besar diukir yang oleh Sungai Colorado sejak 5000 tahun yang lalu. Ketinggian lantai curam ini dipercayai lebih kurang 2600 kaki iaitu bersamaan 800 meter. Sangat menakjubkan bukan?

Walaupun anda hanya akan dapat melihat sebahagian kecil dari sudut pandangan terbaik curam ini, namun tetap ia masih sebuah pemandangan geologi yang sangat menakjubkan dengan usianya yang melampaui imaginasi manusia.

Lapisan batu berwarna yang terbentuk  menunjukkan tentang peredaran masa dan sebilangan batu di bahagian bawahnya adalah berusia 1,8 bilion tahun.

Oia, Santorini, Yunani

Oia adalah tempat yang paling popular dan boleh dikatakan perkampungan paling indah dari semua perkampungan yang terdapat di pulau Yunani Santorini. Ia terletak di atas tebing dengan pemandangan gunung berapi Palea, Nea Kameni, dan pulau Thirassia.

Perkampungan Oia dipenuhi dengan rumah-rumah batu tradisional yang terletak di jalan-jalan sempit, gereja-gereja berkubah biru, serta beranda jemuran yang banyak. Sesiapa sahaja yang melihat pemandangan kampung yang unik ini pasti akan terpukau.

Walaupun kampung ini mempunyai banyak kedai, kedai cenderamata, dan kafe, Oia tetap kelihatan lebih tenang dan santai daripada perkampungan Fira yang sibuk. Uniknya lagi, kebanyakan orang sangat menikmati keindahan tempat ini dengan berjalan-jalan di jalan yang sempit. Itulah kunikan perkampungan Oia yang tidak terdapat di tempat lain.

Plitvice Lakes, Croatia

Plitvice Lakes adalah sebuah dunia ajaib yang terletak di antara ibu kota Kroasia Zagreb dan Zadar di pesisir Laut Adriatik. Tempat ini dikelilingi oleh hutan kuno dan terdapat air yang sentiasa mengalir disekelilingnya.

Selain keindahan air yang mengalir, ia juga terdiri daripada 16 buah tasik yang dihubungkan oleh air terjun, jambatan semula jadi dan jambatan buatan manusia, serta 300 persegi kilometer keindahan hidupan liar yang penuh dengan beruang, serigala, babi hutan, dan burung.

Dengar sahaja cerita mengenai tempat ini sangat menakjubkan bukan? Perbezaan ketinggian antara 1.280 meter pada titik tertinggi dan 280 meter titik terendah menghasilkan titisan dan percikan air yang tidak berkesudahan sehingga mengisi ruangan udara dengan semburan dan kabut. Tasik ini sangat indah sepanjang tahun, terutama ketika dahan-dahan beku yang rimbun berguguran di sekitarnya.

Pantai Amalfi, Itali

Pantai Amalfi adalah kawasan pesisir pantai yang paling indah di Campania, Itali. Dari jauh, pesisiran pantai ini akan kelihatan seakan sebuah lukisan yang dilukis oleh seniman romantis. Di pantai ini anda akan melihat tebing-tebing air terjun yang mengalir ke laut biru, pantai keemasan kecil yang tersembunyi di teluk-teluk terpencil, kampung-kampung yang disinari matahari pastel, serta kebun jeruk yang harum.

Kesemua keindahan ciptaan Tuhan ini bersaing untuk mendapatkan perhatian sesiapa sahaja yang berada di pantai ini. Begitu indahnya tempat ini sehingga sukar digambarkan dengan kata-kata. Jika anda ingin menikmati kesemua pemandangan di tempat ini, anda boleh melaui jalan di persisiran pantai Mediterania yang terletak di antara pelabuhan Salerno, Positano dan Amalfi yang terkenal.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan laluan mendaki di tempatini, kerana di situ anda akan melewati sebuah perkampungan lama yang menawarkan pemandangan menakjubkan. Sekiranya anda mencari tempat terkenal untuk dikunjungi di seluruh dunia, Pantai Amalfi adalah salah satu destinasi yang luar biasa untuk anda.

Great Barrier Reef, Australia

Great Barrier Reef terletak di timur laut Australia di pesisir Queensland.  Di tempat ini adalah satu-satunya tempat makhluk hidup di Bumi yang dapat dilihat dari angkasa lepas. Great Barrier Reef memiliki ekosistem yang sangat besar iaitu sepanjang 2.300 km ini merangkumi lebih dari 3.000 sistem terumbu karang, ratusan pulau besar dan kecil, serta pantai berpasir putih yang berkilauan.

Permukaan pulau sangatlah indah, namun keindahan terumbu karang yang sebenar terletak di bawah permukaan pulau ini. Di dalam laut ini terdapat hidupan laut yang terdiri daripada lebih 600 jenis karang lembut dan keras, serta habitat terumbu karang yang berwarna-warni untuk sejumlah spesies ikan tropika, laut bintang, moluska, penyu, jerung, dan ikan lumba-lumba.

Sebenarnya banyak lagi pemandangan cantik di dunia ini yang kurang diterokai. Segala ciptaan Tuhan di dunia ini adalah indah-indah belaka dan kadang-kadang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Jadi, sekiranya anda ingin melihat pemandangan yang cantik ini di hadapan mata anda sendiri, anda bolehlah melancong ke luar seluruh negara dan menikmati perjalanan anda.

Sumber:

https://vacationidea.com/getaways/most-beautiful-places-in-the-world.html

Summary
Pemandangan Cantik Di Dunia Yang Harus Anda Lihat
Article Name
Pemandangan Cantik Di Dunia Yang Harus Anda Lihat
Description
Tuhan menciptakan dunia dengan pelbagai keindahan dan keunikan alam semesta sehingga sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terkaku seakan-akan tidak percaya dengan pemandangan cantik yang dilihat.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: