peluh sejuk
Peluh sejuk berlaku apabila anda merasakan sensasi sejuk di badan anda secara tiba-tiba.

Pengenalan

Peluh sejuk berlaku apabila anda merasakan sensasi sejuk di badan anda secara tiba-tiba yang berlaku bersama peluh luar biasa, tanpa mengira betapa panas atau sejuknya persekitaran anda.

Peluh sejuk biasanya berlaku di:

Tidak seperti peluh yang normal, peluh sejuk bukanlah hasil daripada senaman berat atau suhu yang tinggi. Malah, ia juga berbeza dari berpeluh malam.

Dalam kes berpeluh malam, anda kerap bangun di tengah malam dengan peluh di seluruh badan anda. Pakaian, cadar, dan selimut anda juga mungkin terasa lembap atau basah. Berpeluh malam berlaku hanya semasa anda sedang tidur.

Sebaliknya, berpeluh sejuk biasanya tidak berlaku di seluruh bahagian badan anda dan ia tidak terhad hanya ketika anda sedang tidur atau tidur pada waktu malam.

Penerangan

Tindak balas lawan atau lari (fight ot flight), yang membantu manusia zaman dahulu untuk bertahan di dalam keadaan dunia yang sentiasa dipenuhi dengan situasi yang berbahaya, menyediakan tubuh mereka untuk bertindak secara semulajadi sama ada berperang dengan musuh atau lari dari musuh.

Tindak balas lawan atau lari ini masih terjadi pada manusia zaman sekarang, tetapi ia mungkin dicetuskan oleh kesesakan lalu lintas berbanding haiwan berbahaya seperti harimau yang bertaring.

Tindak balas fizikal yang dicetuskan oleh tindak balas terhadap tekanan termasuklah:

  • Denyutan nadi yang laju
  • Pernafasan yang lebih laju dan pendek
  • Pengurangan aliran darah ke dalam sistem pencernaan, menyebabkan kekurangan air liur dan mulut kering
  • Pembebasan endorfin
  • Pembukaan kelenjar peluh

Peluh sejuk adalah berbeza daripada peluh biasa kerana ia bukanlah sebahagian daripada tindak balas penyejukan badan. Ini bermakna bahawa individu yang mengalami peluh sejuk mungkin mempunyai kulit yang lembap dan sejuk, dan mereka juga mungkin melaporkan sensasi kesejukan. Kadangkala kulit mereka mungkin kelihatan agak pucat.

Penyebab yang berkemungkinan

Kegelisahan dan tekanan merupakan punca biasa bagi penghasilan tindak balas lawan atau lari dan peluh sejuk.

Situasi dan keadaan lain yang menyebabkan pengeluaran peluh sejuk termasuklah:

  • Gangguan kebimbangan (anxiety): Peluh sejuk boleh menjadi simptom bagi serangan panik, kebimbangan sosial, dan kebimbangan umum. Individu yang mengalami peluh sejuk diiringi dengan peningkatan kebimbangan dan, pada suatu ketika, tahap kebimbangan yang memuncak, harus berjumpa pakar untuk menjalani rawatan yang tersedia.

  • Sakit dan kejutan: Peluh sejuk akibat kesakitan, selalunya berpunca dari  kemalangan atau kecederaan lain yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung, menjejaskan aliran darah ke organ utama, dan menurunkan tekanan darah. Dalam kes sebegini, rawatan perubatan segera diperlukan. Ini kerana kejutan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.

  • Hipoxia: Hipoxia adalah istilah teknikal untuk kekurangan oksigen. Ia boleh terjadi apabila bahagian tertentu dalam badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyumbatan, kecederaan, atau pendedahan kepada sebarang racun atau alergen. Ia boleh menyebabkan peluh sejuk dan memerlukan rawatan segera.

  • Hipoglisemia: Juga dikenali sebagai paras glukosa darah rendah, hipoglisemia berlaku apabila gula darah seseorang individu menurun di bawah paras yang normal. Keadaan ini berisiko bagi individu yang menghidap kencing manis.

  • Hot flashes, berpeluh malam, dan menopaus: Perubahan tahap hormon yang dikaitkan dengan menopaus dan pramenopaus boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak.

  • Jangkitan: Berpeluh boleh menjadi salah satu tindak balas badan terhadap pelbagai jangkitan, termasuklah tuberkulosis dan HIV.

Bila perlu menghubungi doktor

Sekiranya badan anda mengalami kejutan, dijangkiti virus, atau mengalami kecederaan parah, anda memerlukan perubatan kecemasan segera bagi  mencegah sebarang masalah buat jangka panjang. Selain itu anda juga harus mendapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda menganggap anda mengalami serangan jantung.

Anda juga harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami:

  • Perubahan warna kuku atau bibir.
  • Merasa ketat di kerongkong anda.
  • Berasa kurang berwaspada daripada biasa.
  • Muntah darah atau berak berdarah.

Jika peluh sejuk anda disebabkan oleh keadaan tertentu seperti kebimbangan atau menopaus, doktor boleh bekerjasama dengan anda untuk menetapkan pelan pengurusan simptom yang sesuai. Doktor adalah sumber terbaik untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang diharapkan dan bagaimana untuk mengatasi sebarang simptom yang anda alami.

Rawatan peluh sejuk

Tiada rawatan khusus. Untuk menghilangkannya, anda perlu merawat puncanya. Sebagai contoh, jika sesak nafas menyebabkan peluh sejuk, membantu pesakit untuk bernafas dengan lebih baik dan mendapatkan lebih banyak oksigen dapat membantu melegakan simptom mereka.

Dengan kata lain, peluh sejuk bukanlah satu masalah; namun ia adalah tanda atau gejala terhadap masalah yang sebenar. Mengenalpasti peluh sejuk dapat membantu anda mengesan masalah sebenar sebelum keadaan anda menjadi terlalu buruk.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/cold-sweats

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320713

https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/cold-sweat

https://www.verywellhealth.com/causes-and-treatment-of-cold-sweats-1298949

Summary
Article Name
Peluh sejuk (Cold sweat)
Description
Peluh sejuk berlaku apabila anda merasakan sensasi sejuk di badan secara tiba-tiba tanpa mengira betapa panas atau sejuknya persekitaran anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: