asiah abdul jalil

Peguam dan ibu kepada sepuluh orang anak, Asiah Abdul Jalil telah membuat satu laporan polis terhadap Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Laporan ini dibuat susulan pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak berumur antara 5 dan 11 tahun.

Ketika dihubungi, beliau berkata laporannya telah dibuat di balai polis daerah Kuantan, untuk merekodkan bantahannya yang dos penggalak diberikan kepada anak-anaknya yang berumur antara 12 dan 19 tahun, serta dos pertama untuk mereka yang berumur antara lima dan 11 tahun. 

Beliau juga merupakan peguam yang memberi kenyataan menyeru tindakan undang-undang diambil ke atas atas Neelofa dan suaminya, kerana seing melanggar larangan merentas negeri tahun lalu.

Sumber:

https://www.malaysiakini.com/news/606029?fbclid=IwAR3DsQmmLrSwvIDOrVLN1437Xl0pH77FUbasqeTNNIpHKa8N1EraGrNn8Dk

Gambar: https://beautifulnara.com/tak-serik-langgar-undang-undang-aktivis-peguam-asiah-abd-jalil-gesa-neelofa-dan-suami-dipenjara/