pectus carinatum
Pectus Carinatum adalah kecacatan pada dinding dada yang menyebabkan tulang dada untuk menolak ke luar dan bukannya mendekati dada.

Pectus Carinatum adalah kecacatan pada dinding dada yang jarang berlaku. Ia menyebabkan tulang dada untuk menolak ke luar dan bukannya mendekati dada. Ia juga dikenali sebagai ‘dada merpati’.

Apabila dinding dada berkembang, tulang rawan yang menghubungkan tulang rusuk biasanya tumbuh dengan rata di sepanjang dada. Sebaliknya, dalam kes ini, tulang rawan ini tumbuh secara tidak normal, menyebabkan pertumbuhan yang tidak sama rata di kawasan di mana tulang rusuk disambung ke sternum. Keadaan ini menyebabkan dinding dada seperti tekeluar.

Selalunya, keadaan ini berkembang sejak zaman kanak-kanak dan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak akil baligh. Dalam sesetengah kes, ia mungkin tidak dapat dilihat sehinggalah seorang kanak-kanak berada pada gejolak pertumbuhan remaja mereka.

Jenis Pectus Carinatum

Terdapat dua jenis keadaan iaitu:

 Chondrogladiolar Prominence: Jenis ini juga dikenali sebagai “dada ayam” dan merupakan jenis yang paling biasa bagi keadaan ini. Ia mengakibatkan bahagian tengah dan bawah tulang dada mendorong ke hadapan.

• Chondromanubrial Prominence: Jenis ini juga dikenali sebagai “Pouter Pigeon Breast” dan merupakan jenis yang lebih jarang berlaku serta kompleks. Ia melibatkan tulang dada berkembang dalam bentuk Z, dengan bahagian atasnya mendorong ke hadapan.

Simptom Pectus Carinatum

Sesetengah individu mungkin melaporkan simptom pectus carinatum yang lain, seperti:

  • Sesak nafas terutamanya semasa bersenam
  • Kelembutan atau kesakitan di kawasan pertumbuhan tulang rawan yang tidak normal
  • Mengalami jangkitan pernafasan dengan kerap
  • Asma
  • Keletihan
  • Sakit dada
  • Kadar denyutan jantung yang laju

Dalam sesetengah kanak-kanak, penampilannya mungkin kelihatan lebih teruk pada satu sisi. Bahagian yang bertentangan akan kelihatan seperti termasuk ke dalam (Dip). Dip tersebut  dipanggil sebagai Pectus Excavatum.

Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan keadaan  perubatan tertentu termasuklah:

  • Penyakit Jantung
  • Skoliosis, kelengkungan yang tidak normal pada tulang belakang
  • Kifosis, tulang belakang bongkok
  • Keabnormalan muskuloskeletal lain
  • Gangguan tisu penghubung, seperti sindrom Marfan
  • Corak tumbesaran yang tidak normal

Punca Pectus Carinatum

Pectus Carinatum berlaku disebabkan oleh perkembangan tulang rawan yang tidak normal yang menghubungkan tulang rusuk. Namun begitu, punca sebenarnya adalah tidak diketahui. Selain itu, keadaan ini mungkin tergolong dalam faktor warisan, jadi genetik mungkin memainkan peranan sebagai faktor risikonya.

Diagnosis Pectus Carinatum

Doktor biasanya akan mendiagnosis keadaan ini dengan cara melakukan pemeriksaan pada dada anda. Selain itu, ujian pengimejan seperti imbasan CT juga boleh membantu untuk menentukan keparahan gangguan tersebut.

Faktor Risiko Pectus Carinatum

Masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang mempunyai keadaan genetik tertentu.

Keadaan ini termasuklah:

• Sindrom Marfan

• Sindrom Ehlers-Danlos

• Gangguan metabolik, seperti homocystinuria

• Sindrom Noonan

• Sindrom Morquio

• Penyakit tulang rapuh (Osteoporosis)

• Sindrom Coffin-Lowery

• Sindrom cardiofaciocutaneous

• Kelainan kromosom

Rawatan Pectus Carinatum

Pectus Carinatum boleh dirawat sama ada dengan menggunakan pendakap atau melalui pembedahan. Sekiranya tulang anak anda masih berkembang, pendakap boleh membantu meratakan dadanya. Pendakap ini akan dipakai selama 23 jam sehari dan simptomnya akan bertambah baik dalam beberapa bulan sahaja. Sebaliknya, bagi keadaan yang teruk, rawatan pembedahan boleh membaiki keadaan pesakit.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320836

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pectus-carinatum/symptoms-causes/syc-20355531

https://www.healthline.com/health/pectus-carinatum

Summary
Pectus Carinatum - Jenis, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Pectus Carinatum - Jenis, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Pectus Carinatum adalah kecacatan pada dinding dada yang menyebabkan tulang dada untuk menolak ke luar dan bukannya mendekati dada.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: