pbppp

PBPPP adalah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilaksanakan terhadap guru. Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Pendidikan ini akan dinilai melalui eprestasi. Sebelum ini para pegawai akan dinilai melalui Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimana ianya mengukur tahap kecemerlangan yang ditetapkan pihak JPA dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya.

Walaubagaimanapun PBPPP turut akan mengambilkira penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan. Untuk makluman anda, penilaian kompetensi mengukur serta merangkumi nilai profesional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran profesional Pendidikan dan pembelajaran (PdP).

Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan PdP, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Namun semuanya berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.

Penilaian ini adalah merujuk kepada :

  • Anjakan 4 yang merujuk kepada Transformasi keguruan yang telah ditetapkan sebagai profesion pilihan berdasarkan tahap kompetensi
  • Anjakan 5 pula merupakan Kepimpinan yang berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut garisan prestasi standard yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Penilaian dibuat berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) pegawai yang terbabit.

Penilaian pertama Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pada tahun 2021 telahpun dilaksanakan menerusi sistem ePrestasi KPM pada 12 April hingga 2 Julai 2021.

Pegawai Penilai (PP) yang dilantik bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan senarai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan, paparan borang skor PYD dan instrumen PYD adalah TEPAT berdasarkan bidang tugas PYD.

Tempoh Penilaian

Pihak organisasi akan diberikan Fleksibiliti bagi melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun mengikut jadual takwim yang dikeluarkan oleh KPM.

Sila klik Calendar Infographics (moe.gov.my) untuk dapatkan Takwim PBPPP 2021.

Apakah ePrestasi KPM?

Satu aplikasi KPM dibawah penegendalian  Sistem maklumat guru telah dibangunkan iaitu ePrestasi. Aplikasi ini dibangunkan bagi menggantikan system sebelum ini iaitu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Hal ini adalah kerana, guru telah dinilai mengikut instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.

Sehingga kini laman web ePrestasi ini boleh digunakan oleh semua pihak yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan PBPPP melalui Modul Manual Pengguna.

Seperti yang dinyatakan di atas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan dinilai berdasarkan tahap Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.

PYD akan dinilai mengikut instrumen dan prestasi pencapaian berdasarkan aras penilaian sama ada Cemerlang, Baik, Sederhana, Memuaskan atau Lemah seperti yang ditetapkan oleh pihak kementeriaan.

Untuk pengetahuan anda terdapat tiga fasa penilaian yang akan dijalankan sepanjang tempoh setahun pelaksanaan iaitu: prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.

FASA 1: Prapenilaian

Bermulanya Fasa 1 pihak Ketua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) akan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia untuk membentuk satu organisasi setelah melantik ahli-ahli dalam JK PBPP.

Bagi perlaksanaan PBPPP pada tahun semasa, JK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia.

Pengerusi akan bertindak mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.

Seterusnnya JK PBPPP akan memutuskan berkenaan pelantikan PP dalam peringkat organisasi dan mesti disahkan oleh agensi penyelia.

JK PBPPP bertanggungjawab untuk melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi pada tahun semasa.

JK PBPPP bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP peringkat organisasi.

Kemudian PP perlu menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu

FASA 2: Semasa Penilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.

PYD akan dinilai secara berterusan oleh PP1 dan PP2.

PP1 dan PP2 bertanggungjawab untuk memasukkan skor permarkahan yang telah dinilai melalui sistem e-Prestasi sebanyak dua kali setahun.

PYD akan dimaklumkan berkenaan pencapaian semasa oleh PP dan PP2 dan akan diberikan bimbingan sikiranya pencapaian PYD dalam melaksanakan tugasan perlu ditingkatkan.

Semakan sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama perlu dilaksanakan oleh PP1, PP2 dan PYD  (jika perlu).

PP1 dan PP2 hendaklah menyimpan dan menghantar skor PYD melalui sistem e-Prestasi.

Bagi setiap penilaian PP1 dan PP2 perlu  membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada PYD.

Salinan penilaian borang keberhasilan akan disediakan oleh P1 dan diserahkan kepada PYD.

Pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing akan dipantau oleh JK PBPPP bagi memastikan ianya mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan.

FASA 3 : Pascapenilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

Mesyuarat perlu dijalankan oleh JK PBPPP untuk penyelarasan sekiranya sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak konsisten antara PP1 dan PP2.

Sebelum markah PYD dihantar melalui sistem e-prestasi, JK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan.

Kemudian melalui Sistem HRMIS, PYD boleh menyemak markah prestasi bagi tahun penilaian yang telah dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM.

Berikut adalah perkongsiaan berkenaan apa itu PBPPP dan kaedah penilaiannya. Wah, bukan mudah ya memegangang profesion seorang guru, mengajar adalah tugasan hakiki mereka. Tapi banyak lagi tugasan tambahan mereka yang kita tak Nampak. Tambahan lagi, setiap tugasan itu akan dukur berterusan. Mencabar bukan?

Nak menghadapi kerenah murid-murid pun macam-macam dugaan guru. Ini pula pelbagai lagi factor sampingan yang perlu diambil kira. Ini semua adalah Langkah untuk menghasilkan produk yang berkualiti khususnya dalam Pendidikan anak bangsa.

Oleh itu, walaupun kita bukan guru dan tidak terlibat secara langsung dalam penilaian tersebut kita tetap bertanggungjawab dalam menyokong pekerjaan guru-guru ini. Terutamanya dalam Pendidikan anak-anak kita.

Semoga ianya bermanfaat!

SUMBER:

https://www.cikguhailmi.com/2013/10/pbppp-penilaian-bersepadu-pegawai-perkhidmatan-pendidikan.html

https://www.kompetensi.jpa.gov.my

https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pelaksanaan-penilaian-pertama-penilaian-bersepadu-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-pbppp-tahun-2021

https://ecentral.my/eprestasi-kpm/

Summary
PBPPP:  Mengukur Prestasi Kepelbagaian Bidang Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Article Name
PBPPP: Mengukur Prestasi Kepelbagaian Bidang Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Description
PBPPP adalah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilaksanakan terhadap guru. Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Pendidikan ini akan dinilai melalui eprestasi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: