Now Reading
Payudara kendur (Saggy breast)

Payudara kendur (Saggy breast)

Payudara kendur

Pengenalan

Payudara terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz, dan ia boleh berubah dari masa ke masa. Perubahan pada payudara seseorang biasanya tidak berbahaya, tetapi boleh menyebabkan penurunan keyakinan diri dan mempengaruhi kualiti hidup.

Malah, tiada usia tertentu apabila payudara mula menjadi kendur. Seorang wanita berusia 20-an juga dapat memiliki payudara sebegini, sementara seorang wanita berusia 40-an pula masih boleh memiliki payudara yang baik.

Anda tidak dapat menghentikan tubuh dari melalui proses penuaan, dan anda pastinya tidak dapat melawan graviti. Tetapi, ada beberapa perlakuan dan prosedur yang dapat membantu menjaga payudara anda dan tisu sokongan di sekitarnya agar payudara anda masih kekal tegang dan baik selama yang mungkin.

Penerangan

Ketika seorang wanita melalui pelbagai peringkat kehidupan, perubahan payudara yang berlaku adalah suatu keadaan wajar. Misalnya, payudara mereka bertambah besar semasa hamil dan menyusu, dan kulit dan otot di sekelilingnya meregang dan longgar ketika mengalami penurunan berat badan.

Selain itu, payudara juga akan terus melawan graviti, di mana semakin ia membesar, semakin banyaklah potensi ia untuk melendut dari masa ke masa. Malah, payudara anda juga menjadi lebih lembut dan kurang padat setelah menopaus, kerana pengeluaran estrogen di ovari berkurangan.

Penyebab yang berkemungkinan

Ligamen di payudara, yang disebut ligamen Cooper mengangkat dan menyokong payudara anda. Lama kelamaan, ligamen ini dapat meregang dan menyebabkan payudara menjadi kendur. Kulit yang longgar atau kehilangan keanjalan kulit juga boleh menyebabkan payudara melendut serta kempis.

Banyak perkara boleh mempengaruhi keadaan sebegini. Berikut adalah beberapa penyebab payudara kendur seperti:

  • Graviti: Graviti berfungsi melawan anda setiap hari. Walaupun ia menarik payudara anda ke bawah, ia meregangkan ligamen payudara anda.
  • Saiz dan bentuk: Payudara yang lebih kecil dengan bahagian bawah bulat cenderung memegang bentuknya lebih baik daripada payudara yang lebih besar atau sempit. Malah, payudara yang lebih besar juga cenderung mengalami graviti sebelum payudara yang lebih kecil
  • Indeks jisim badan: Wanita dengan indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi cenderung mempunyai payudara lebih besar berbanding wanita dengan BMI yang lebih rendah.
  • Penurunan atau pertambahan berat badan: Menambah atau menurunkan berat badan, terutama dengan begitu cepat dapat mengubah bentuk payudara anda dan meregang atau mengecilkan kulit di sekitarnya.
  • Merokok: Merokok boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalan, jadi perokok cenderung mengembangkan payudara yang kendur
  • Genetik: Keturunan dan gen yang warisi daripada keluarga berperanan dalam ukuran dan bentuk atau payudara anda, kekuatan ligamen Cooper anda dan berat badan anda.
  • Bilangan kehamilan: Semakin ramai anak anda, payudara anda akan semakin meregang.
  • Senaman tanpa sokongan: Latihan yang melibatkan banyak pergerakan payudara dapat memberi tekanan tambahan pada ligamen payudara. Sekiranya payudara, terutama yang bersaiz  besar tidak mendapat sokongan yang betul, ini boleh menyebabkan regangan ligamen dan masalah kendur pada payudara.
  • Umur: Setiap orang pasti akan mengalami proses penuaan. Masalah payudara kendur hanyalah bahagian normal dari proses penuaan, terutama selepas menopaus kerana perubahan hormon dapat mempengaruhi struktur dan jumlah tisu payudara.

Bila perlu menghubungi doktor

Payudara kendur berlaku kerana banyak sebab. Penyusuan susu ibu, memakai bra, atau tidak memakai nra bukanlah faktor yang perlu anda bimbangkan. Tetapi, memandangkan ini adalah sebahagian daripada penampilan anda, ianya adalah wajar jika anda menginginkannya diperbaiki atau dirawat sehingga kelihatan lebih baik daripada sebelumnya.

Selain itu, masalah payudara kendur adalah sebahagian daripada perubahan penampilan payudara yang dialami oleh kebanyakan wanita, terutama ketika semakin berusia. Ini cenderung menjadi perubahan kosmetik semula jadi. Namun, sesetengah wanita mungkin tidak mahukan payudara kendur kerana boleh mengurangkan keyakinan dengan penampilan mereka.

Tetapi kini, pembedahan pembinaan semula payudara dapat memperbaiki penampilan payudara yang kendur, atau ptosis payudara. Walau bagaimanapun, langkah-langkah lain yang tidak invasif juga boleh membantu.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Seorang doktor umum atau pakar bedah plastik akan mendiagnosis masalah payudara kendur menggunakan skala ptosis. Ini dapat membantu menilai betapa seriusnya masalah payudara kendur itu dengan menerangkan kedudukan puting berkenaan dengan lipatan ‘inframammary’.

Skala yang paling biasa digunakan adalah skala ptosis Regnault seperti di bawah:

  • Ptosis Ringan (Gred I): Dalam keadaan ptosis ringan, puting berada pada tahap yang sama dengan lipatan ‘inframammary’.
  • Ptosis Sederhana (Gred II): Dalam kes ptosis sederhana, puting terletak di bawah lipatan ‘inframammary’ tetapi tisu payudara bawah tergantung di bawah puting.
  • Ptosis Lanjut (Gred III): Dalam kes ptosis lanjut, puting terletak di bawah lipatan ‘inframammary’ dan pada tahap unjuran payudara maksimum.
  • Ptosis Parah (Gred III): Dalam tahap ptosis parah, puting terletak jauh di bawah lipatan ‘inframammary’ dan pada tahap unjuran payudara maksimum.

Rawatan

Individu biasanya mempunyai beberapa pilihan untuk memperbaiki penampilan payudara yang kendur, jika mereka mahu melakukannya.

Walaupun pembedahan adalah kaedah yang paling biasa untuk memperbaiki masalah penampilan payudara, strategi bukan invasif lain juga mungkin berkesan.

Jadi, anda bolehlah mempertimbangkan beberapa pilihan ini dengan berpandukan pendapat daripada doktor yang berkenaan.

Pembedahan

Pakar bedah plastik akan menggunakan klasifikasi Regnault, atau sistem klasifikasi lain untuk menentukan tahap ptosis, atau masalah kendur pada payudara. Klasifikasi ini menggunakan kedudukan puting untuk mengukur sejauh mana masalah ptosis yang berlaku.

Bergantung pada peringkat atau klasifikasi anda, pakar bedah mungkin mengesyorkan strategi pengurusan yang berbeza. Bagi memperbaiki penampilan payudara yang kendur, mereka boleh mengesyorkan:

  • mengangkat payudara (breast lift) – prosedur ini menghilangkan kulit berlebihan dan mengetatkan tisu payudara untuk membentuk semula dan menyokong kontur payudara yang bertambah baik.
  • pembesaran payudara – prosedur ini mungkin diperlukan untuk mengurangkan ptosis payudara.
  • mengangkat dan pembesaran payudara secara serentak – bergantung pada klasifikasi ptosis, kedua-dua prosedur pembesaran dan mengangkat payudara mungkin diperlukan.
  • mastektomi – pembuangan tisu payudara mungkin merangkumi keseluruhan payudara atau hanya sebahagian daripada tisu payudara sahaja.

Individu yang pernah melakukan proses pembesaran payudara sebelum ini mungkin memerlukan campur tangan yang berbeza daripada mereka yang mempunyai payudara semula jadi.

Rawatan lain

Sebilangan orang berpendapat bahawa langkah-langkah tidak invasif seperti latihan yang disasarkan dapat membantu mengangkat payudara yang kendur. Latihan yang memfokuskan pada dada termasuk tekan tubi, menekan dada dan plank. Walau bagaimanapun, ia mungkin sukar untuk dicadangkan oleh doktor kerana penyelidik belum menyiasat kegunaan latihan sebegini untuk tujuan tertentu ini dalam kajian klinikal.

Memakai bra yang menyokong juga dapat membantu memperbaiki penampilan payudara yang kendur, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa bra yang betul dapat mencegah atau membalikkan masalah ptosis payudara.

Di samping itu, menanggung berat badan berlebihan boleh menjadi penyebab payudara kendur. Oleh itu, menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat dapat membantu memperbaiki penampilan payudara. Latihan otot dan senaman aerobik juga dapat membantu individu menguruskan berat badan mereka.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/saggy-breasts

https://www.verywellfamily.com/does-breastfeeding-cause-saggy-breasts-431780

https://www.medindia.net/patients/patientinfo/sagging-breasts.htm

https://www.healthline.com/health/saggy-breasts

https://www.health.com/beauty/how-to-lift-saggy-breasts

error: Content is protected !!