Now Reading
Pasar Malam Melaka: Meriah & Beraneka Jenis Makanan

Pasar Malam Melaka: Meriah & Beraneka Jenis Makanan

pasar malam melaka

Pasar malam Melaka buka setiap hari pada lokasi yang berbeza. Di bawah ini terdapat senarai pasar malam Melaka mengikut hari serta jenis makanan yang boleh didapati.

Berikut Senarai Pasar Malam Melaka Mengikut Hari :-

MELAKA DIHATIKU: PASAR MALAM DI SEKITAR MELAKA (Hari dan Lokasi)

Pasar Malam Melaka Hari Sabtu

  • Batu 12, Sungai Udang
  • Kampung Tanfah Merah Jaya
  • Paya Ikan, Bukit Baru
  • Taman Bukit Katil
  • Taman Kota Laksamana
  • Taman MGBM, Bachang
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk
  • Jasin
  • Cheng
  • Kuala Sungai Baru

Pasar Malam Melaka Hari Ahad

  • Air Keroh Height
  • Bandar Hilir
  • Batu Berendam
  • Kandang
  • Rumah Awam Paya Rumput
  • Pantai Kundor
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk
  • Masjid Tanah

Pasar Malam Melaka Hari Isnin

  • Kampung Musai, Bukit Baru
  • Pantai Jaring, Tanjung Kling
  • Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang
  • Tanjung Kling
  • Taman Telok Mas
  • Tanjung Bidara

Pasar Malam Melaka Hari Selasa

  • Kampung Gelam
  • Kampung Lapan, Bachang
  • Padang Temu
  • Taman Seri Duyong
  • Taman Sinn, Ujung Pasir
  • Lubuk China

Pasar Malam Melaka Hari Rabu

  • Bertam Perdana
  • Batu 13, Sungai Udang
  • Bukit Katil
  • KM12, Pernu ยท Semabok
  • Taman Kerjasama, Bukit Beruang
  • Taman Peringgit Jaya
  • Depan Masjid Durian Tunggal
  • Taman Maju, Jasin

Pasar Malam Melaka Hari Khamis

  • Air Molek
  • Tampoi, Kerubong
  • Taman Harta Pertama, Jalan Depoh
  • Taman Melaka Baru, Batu Berendam
  • Taman Peruna, Sungai Udang
  • Rumah Awan Datin Fatimah, Bukit Rambai

Pasar Malam Melaka Hari Jumaat

  • Rambai Jaya
  • Taman Bukit Serindit
  • Taman Desa Baru, Batu Berendam
  • Taman Malim Jaya
  • Taman Merdeka
  • Sungai Udang Jaya
  • Taman Telok Mas
  • Jonker Walk
  • Dataran Pahlawan Walk
  • Lubuk China
  • Taman Perindustrian Merlimau
  • Nyalas

Makanan Yang Boleh Didapati Di Pasar Malam Melaka

1. Murtabak

Murtabak memang legend lah kalau nak di katakan dan paling popular di pasar malam. Kalau pasar malam tu tak ada murtabak agak pelik lah di situ. Kebanyakan pasar malam mesti ada punya murtabak. Sekarang ini sudah ada pelbagai jenis murtabak selain murtabak ayam dan daging, antaranya murtabak maggi, murtabak cheese dan sebagainya. Selain popular di pasar malam, murtabak juga popular pada bulan ramadan. 

2. Roti John

Roti john ini antara makanan yang sering viral setiap tahun, terutamanya bila tiba bulan ramadan. Sebab apa dia viral, kini roti john datang bersama cheese yang membuatkan roti john versi terbaru ini berbeza dengan roti john biasa. Memang tak hairanlah kenapa ia antara makanan yang wajib anda beli di pasar malam atau bazar walaupun terpaksa beratur panjang.

3. Satay

Makanan yang popular di pasar malam yang seterusnya adalah satay. Ya, satay. Tidak kira lah sama ada satay ayam ataupun daging, kedua-duanya menjadi pilihan utama pengunjung pasar malam. Daging satay yang lembut dan juicy adalah rahsia keistimewaan bagi satay yang sedap.

4. Ayam Gunting

Siapa dekat sini suka makan ayam gunting? Ayam gunting juga makanan sering jadi tumpuan bagi pengunjung pasar malam. Ayam gunting yang ranggup di luar, lembut dan juicy di dalamnya. Ada pula serbuk pedas tabur tu, lagi lah ralit makan. 

5. Taufu Fah

Taufu fah juga antara makanan yang agak popular di pasar malam. Kalau macam penulis memang makanan wajib beli setiap kali datang pasar malam. Bagi anda yang tak pernah makan sebelum ini, anda patut cuba. Serius sedap! Rasanya yang manis dari gula melaka membuatkan taufu fah ini lebih enak dimakan lebih-lebih lagi dimakan ketika sejuk.

Perbezaan Antara Pasar Malam Dan Pasar Pagi

Mungkin ada antara anda yang kurang mengambil tahu apa perbezaan Pasar Malam dan Pasar Pagi yang terdapat di seluruh Malaysia. Kebanyakkan kita hanya pergi ke pasar-pasar ini untuk mendapatkan keperluan harian bagi kegunaan dirumah.

Tapi tahukah anda terdapat banyak perbezaan antara pasar malam dan pasar pagi yang tidak diketahui umum dan barang jualan juga banyak berbeza antara pasar tersebut. Di tambah pula ada juga yang disebut pasar karat, pekan hari, pekan minggu, nat dan pasar tani.

Kalau mengikut perbezaanya pasar pagi kebanyakannya hanya menjual keperluan dapur seperti ikan, sayur, buah-buahan dan sarapan pagi serta minuman seperti air soya dan sebagainya. Berbeza dengan pasar malam yang menjual pelbagai keperluan sehingga ke barangan elektrik.

Jika di Pulau Pinang dan Seberang Perai, pasar malam boleh dikatakan terdapat di semua bahagian pelusuk kampung dan bandar akan tetapi pasar pagi hanya terdapat pada sebahagian daerah sahaja. Sebagai contoh pekan hari Penaga yang berlokasi di Kepala Batas.

Perniagaan di sini lebih menumpukan peralatan dan keperluan harian dari makanan, barang basah dan pakaian. Biasanya pekan hari atau pasar hari keluasannya adalah lebih besar dari pasar malam dan atau lebih panjang serta mempunyai ramai peniaga dan paling ramai adalah peniaga yang menjual pakaian dan kurang yang menjual makanan.

Pasar Malam 

Lebih tertumpu pada menjual makanan, pakaian dan barangan elektrik tambahan pula sekarang ini alatan gajet amat mendapat sambutan ramai maka tidak hairanlah peniaga alatan eksesori telefon tumbuh bagai cendawan selepas hujan.


Di pasar malam harga gajet-gajet ini amat murah kalau dibandingkan dengan hypermarket. Sebagai contoh sekarang ini menjadi kegilaan ramai menggunakan skrin kaca pada telefon bimbit, harga di pasar malam semurah RM10 sahaja berbeza dengan Hypermarket atau Supermarket yang mencecah sehingga RM50 sebuah. Kualiti tidak perlu saya perjelaskan kerana anda sendiri yang pernah menggunakannya maka anda boleh memberi jawapannya.

Pasar Pagi 

Juga ada yang dinamakan Pasar Karat, yang barang jualan juga berbeza dari pasar malam dan pasar pagi. Pasar Karat yang terkenal di Pulau Pinang terletak di Belakang Stadium Bandaraya Pulau Pinang atau lebih terkenal dengan panggilan “ROPE WALK” atau “LORONG KULIT”, ramai juga yang mempertikai sebutan nama tersebut kerana lokasi sebenar “ROPE WALK” atau “LORONG KULIT” ini terletak di belakang Masjid Kapitan Keling.

See Also
bidara beach village

Malas nak masak? Jom datang kesemua pasar malam Melaka yang telah disenaraikan setiap hari. Mari kita support peniaga-peniaga Melayu ini.

Sumber:

1) https://sembangkejayaan.blogspot.com/2020/02/viral-5-makanan-paling-popular-di-pasar.html

2) https://www.anugerahhomestay.com/pasar-malam-melaka/

3) https://www.nakbebel.my/2020/07/ramai-yang-suka-pergi-ke-pasar-malam.html

error: Content is protected !!