paru - paru berair
Paru – paru berair atau pulmonary edema adalah keadaan yang disebabkan oleh cecair berlebihan di dalam paru – paru.

Paru – paru berair atau pulmonary edema adalah keadaan yang disebabkan oleh cecair berlebihan di dalam paru – paru. Cecair tersebut terkumpul di kantung – kantung udara di dalam paru – paru membuatkan anda sukar untuk bernafas.

Dalam kebanyakan kes, masalah jantung menyebabkan paru – paru berair. Namun begitu cecair ini boleh terkumpul disebabkan pelbagai sebab termasuklah pneumonia, terdedah kepada sesetengah toksin dan ubat – ubatan, trauma (sejarah kemalangan) pada dinding dada dan melawat atau bersenam di tempat tinggi.

Paru – paru berair yang membentuk paru – paru berair akut secara tiba – tiba adalah kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera. Paru – paru berair boleh membunuh atau menyebabkan kematian tetapi ia juga boleh pulih jika anda mendapatkan rawatan segera. Rawatan bergantung pada punca tetapi selalunya melibatkan pemberian oksigen dan ubat – ubatan.

Simptom

Badan anda bertarung untuk mendapatkan oksigen. Hal ini disebabkan oleh jumlah cecair di dalam paru – paru meningkatkan menghalang oksigen masuk ke dalam saluran darah.

Simptom akan berterusan dan bertambah teruk selagi anda tidak mendapatkan rawatan. Simptom bergantung kepada jenis paru – paru berair.

Pulmonary Edema jangka panjang

Simptomnya termasuklah :

  • Nafas pendek apabila aktif secara fizikal
  • Sukar untuk bernafas apabila berbaring
  • Berdehit
  • Bangun pada waktu malam dengan rasa tidak bernafas tetapi ia hilang sebaik sahaja anda duduk
  • Berat meningkat secara mendadak, terutama di kaki
  • Bengkak pada bahagian bawah badan
  • Keletihan

Pulmonary Edema aras tinggi

Terdapat 2 jenis : kardiogenik dan bukan kardiogenik

a) Paru – Paru Berair Kardiogenik

Jenis ini disebabkan oleh masalah pada jantung anda. Dalam kebanyakan kes, ventrikel kiri anda (salah satu saluran jantung) tidak mampu untuk mengepam keluar darah yang memasuki melalui saluran darah daripada paru – paru. Hal ini membuatkan tekanan dan cecair terbentuk.

Arteri yang sempit, kerosakan otot jantung, masalah injap jantung dan tekanan darah tinggi adalah antara keadaan yang melemahkan ventrikel kiri anda.

b) Paru – Paru Berair Bukan Kardiogenik

Jenis ini tidak berkait dengan masalah jantung. Sebab lain termasuklah :

  • Sindrom gangguan pernafasan akut
  • Pembekuan darah
  • Pembedahan otak atau keadaan seperti sawan dan kecederaan kepala
  • Tekanan tinggi pada dada selepas laluan pernafasan tersekat
  • Terdedah kepada amonia, klorin dan toksin lain
  • Menghidu asap yang mengandungi sesetengah bahan kimia
  • Kecederaan paru – paru selepas darah beku dibuang
  • Hampir lemas
  • Interaksi dengan sesetengah ubat termasuklah aspirin
  • Opioid terlebih dos
  • Transfusi darah
  • Jangkitan virus
  • Pneumonia
  • Keracunan darah atau sepsis

Paru – paru berair juga boleh berlaku disebabkan anda berada di aras tinggi selalunya 8,000 kaki ke atas. Pendaki gunung perlulah turun ke tanah yang lebih rendah dan dapatkan bantuan perubatan jika anda mengalami :

  • Ketidakselesaan dada
  • Batuk
  • Batuk dengan ludah berbuih dan darah
  • Degupan jantung yang tidak teratur dan laju
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Nafas pendek apabila aktif, menjadi teruk dari semasa ke semasa
  • Kesukaran berjalan naik ke tempat tinggi yang menyebabkan kesukaran untuk berjalan di permukaan rata

Faktor Risiko

Individu yang mengalami masalah jantung atau kegagalan jantung berisiko menghidapi paru – paru berair. Faktor lalin yang membuatkan individu tersebut berisiko seperti :

  • Mempunyai sejarah paru – paru berair
  • Mempunyai sejarah penyakit jantung seperti tuberculosis atau gangguan pulmonari obstruktif kronik
  • Gangguan vaskular (darah)

Diagnosis

Doktor anda akan mencairkan cecair di dalam paru – paru anda atau simptom yang disebabkan kewujudannya. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal asas dan mendengar paru – paru anda melalui stetoskop, mencari:

  • Kadar jantung yang meningkat
  • Pernafasan yang pantas
  • Bunyi seperti keretakan daripada paru – paru
  • Sebarang bunyi jantung yang tidak normal

Doktor anda akan memeriksa pengumpulan cecair pada leher, bengkak pada kaki dan abdomen dan jika anda mempunyai kulit yang pucat atau berwarna kebiruan.

Mereka juga akan bertanyakan simptom anda dan sejarah perubatan anda. Jika mereka mengesyaki anda mempunyai cecair terkumpul pada paru – paru, mereka akan melakukan ujian tambahan pada anda.

Contoh ujian yang digunakan untuk mendiagnosis paru – paru berair termasuklah :

  • Kiraan darah penuh
  • Echocardiogram atau ultrasound untuk memeriksa aktiviti jantung yang tidak normal
  • X – Ray dada untuk melihat cecair
  • Ujian darah untuk memeriksa tahap oksigen
  • Electrocardiogram (ECG) untuk mencari masalah ritma jantung atau tanda – tanda serangan jantung

Rawatan

Jika anda mengalami masalah bernafas dan tahap oksigen rendah, anda akan dibekalkan dengan oksigen dengan segera. Anda mungkin mendapatkan oksigen daripada penutup muka atau tiub yang dimasukkan melalui rongga hidung anda.

Rawatan anda bergantung pada apa yang menjadi punca paru – paru berair. Sama ada jantung anda, ubat atau penyakit, kemudian doktor akan cuba untuk menangani masalah yang berlaku tersebut.

Doktor juga mungkin akan preskripkan ubat seperti diuretik untuk merendahkan tekanan pada jantung dan paru – paru anda.

Selain itu, doktor mungkin akan preskripkan morphine (MS Contin). Narcotic ini digunakan untuk melegakan nafas pendek atau sesak nafas dan keresahan. Tetapi sesetengah doktor percaya bahawa risiko morphine mungkin lebih tinggi daripada kelebihannya dan terdapat banyak pilihan lain untuk digunakan.

Doktor anda juga mungkin preskripkan ubat tekanan darah yang melegakan tekanan yang memasuki (preload reducers) atau keluar (afterload reducers) daripada jantung anda.

Nitroglycerin adalah preload reducer yang membantu mengurangkan tekanan masuk ke dalam jantung anda. Manakala nitroprusside (Nitropress) adalah afterload reducer yang mengembangkan saluran darah anda dan mengeluarkan tekanan daripada ventrikle kiri jantung anda.

Jika paru – paru berair anda disebabkan keadaan lain seperti keadaan sistem saraf, doktor anda akan merawat keadaan yang menjadi punca ia dan paru – paru berair.

– Gaya Hidup dan Rawatan Dari Rumah

Bergantung pada keadan anda, doktor anda mungkin menyarankan perubahan gaya hidup seperti :

  • Mengawal tekanan darah tinggi anda. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil ubat anda seperti dipreskripkan dan periksa tekanan darah anda dengan kerap. Simpan dan rekodkan hasilnya. Bertanyakan pada doktor anda tenteang panduan berkaitan tekanan darah yang optima.
  • Mengawal keadaan perubatan lain. Mengawal tahap glukosa jika anda menghidapi diabetes
  • Mencegah punca keadaan anda. Jika keadaan anda disebakan oleh dadah, alergik atau aras tinggi elakkan ia untuk menggurangkan kerosakan pada paru – paru anda di masa depan
  • Makan makanan yang berkhasiat. Doktor anda akan menyarankan anda mengikuti diet rendah garam. Selain itu, disarankan untuk makan buah – buahan, sayur – sayuran dan bijian penuh
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan bersenam secara berkala.

JADI,

Kesimpulannya, paru – paru berair bergantung kepada betapa seriusnya kes. Jika anda mengalami keadaan pertengahan dan menerima rawatan segera anda akan pulih dengan sepenuhnya. Namun begitu, jika anda mengalami keadaan yang serius ia boleh membawa kematian jika anda melambatkan rawatan.

Pastikan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kerap dan dapatkan bantuan segera jika anda mengalami simptom – simptom paru – paru berair.

SUMBER

https://www.webmd.com/lung/the-facts-about-pulmonary-edema#3-6

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pulmonary-edema/diagnosis-treatment/drc-20377014

https://www.healthline.com/health/pulmonary-edema#symptoms

Summary
Paru – Paru Berair : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis Rawatan
Article Name
Paru – Paru Berair : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis Rawatan
Description
Paru–paru berair adalah keadaan yang berlaku disebabkan cecair berlebihan dalam paru–paru. Cecair di dalam kantung ini membuatkan anda sukar bernafas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: