papain
Papain digunakan untuk membuat suplemen/ubat

Pengenalan

Papain diambil daripada buah betik menjadi ubat. Ia untuk melegakan kesakitan dan bengkak serta mengeluarkan cecair berlebihan.

Sesetengah individu mengambil papain secara oral untuk melancarkan proses pencernaan, merawat cacing parasit, keradangan tekak dan faring, simptom penyakit herpes zoster, kesakitan otot, cirit-birit, demam hay, hidung berair, dan keadaan kulit yang dipanggil psoriasis. Bukan itu sahaja, papain juga diambil secara oral untuk merawat kesan sampingan terapi radiasi atau digunakan bersama dengan terapi lain untuk merawat tumor.

Sesetengah individu menggunakan papain secara langsung pada kulit untuk merawat gigitan serangga atau haiwan, luka, cedera dan ulser.

Dalam perindustrian, papain digunakan dalam barang kosmetik, ubat gigi, pembersih kanta sentuh, pelembut daging dan produk daging.

Kegunaan Papain

Kegunaan & Keberkesanannya

Herpes zoster (kurap). Pengambilan papain secara oral mungkin memperbaiki beberapa simptom zamosis.

• Sakit kerongkong dan tekak (faringitis). Pengambilan secara oral bersama rawatan lain mungkin dapat melegakan sakit tekak dan bengkak.

• Gigitan serangga. Walau bagaimanapun, sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan kain kasa yang direndam dalam produk tertentu (pelembut daging Adolph) pada kulit yang digigit serangga selama 20 minit, tidak mengurangkan rasa sakit atau gatal-gatal.

• Kesakitan otot selepas senaman. Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil produk yang mengandungi papain, bromelain, trypsin, amylase, lipase, lisosome, dan chymotrypsin sebanyak empat kali dalam satu hari sebelum larian turun bukit boleh mengurangkan kesakitan otot.

Sengatan obor-obor. Penyelidikan awal mencadangkan bahawa meletakkan kawasan yang terjejas oleh sengatan obor-obor ke dalam larutan yang mengandungi papain (pelembut daging Aldolph) tidak mengurangkan rasa sakit, sama seperti air panas sahaja.

• Penyakit yang disebabkan oleh terapi radiasi. Beberapa kajian awal mencadangkan bahawa mengambil produk tertentu (webu-Mugose E, MucosPharma) yang mengandungi papain, trypsin, dan chymotrypsin, setiap hari bermula 7 hari sebelum terapi radiasi dan berterusan selama 9 minggu selepas itu dapat mengurangkan tindak balas kulit terhadap terapi radiasi. Walau bagaimanapun, ia tidak merawat loya, muntah, atau keletihan (kelelahan) apabila diambil secara oral setiap hari bermula 3 hari sebelum terapi radiasi sehingga hari akhir terapi radiasi.

• Penyembuhan luka. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan larutan yang mengandungi papain yang ditambah DMSO pada kulit, diikuti dengan penggunaan ultrabunyi (prosedur perubatan yang menggunakan gelombang bunyi), dapat meningkatkan penyembuhan luka.

Antara keberkesanan dan penggunaan lain adalah:

• Kanser.

• Cirit-birit.

• Masalah pencernaan.

Demam hay.

• Cacing usus.

Psoriasis.

• Hidung berair.

• Sakit.

• Merawat luka yang dijangkiti.

• Ulser.

Namun begitu, lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanan papain bagi penggunaannya.

Kesan Sampingan Papain

Suplemen tambahan atau pengambilan dos yang tinggi, boleh menyebabkan:

• Kerengsaan atau kerosakan tekak

• Perforasi esophageal

• Kerengsaan perut

• Tindak balas alahan

Individu yang mempunyai alahan terhadap lateks atau betik tidak boleh menggunakan papain. Ini kerana, papain dalam bentuk topikal boleh menyebabkan reaksi alahan, lepuh dan kerengsaan kulit.

Papain boleh menurunkan gula darah. Tetapi, gunakannya dengan berhati-hati jika anda mempunyai penyakit kencing manis, hipoglikemia, atau menggunakan ubat-ubatan semulajadi yang menurunkan gula darah.

Papain boleh meningkatkan risiko pendarahan anda. Jangan gunakan papain jika anda mengambil ubat penipisan darah atau mengalami gangguan pembekuan darah. Seharusnya, berhentilah mengambil papain dua minggu sebelum pembedahan.

Wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi, yang merancang untuk hamil lagi tidak boleh menggunakan suplemen. Hal ini kerana, penggunaannya boleh membahayakan bayi. Selain itu, kajian pada tahun 2002 menunjukkan bahawa memakan betik atau papain boleh menyebabkan keracunan janin atau kecacatan semasa lahir apabila ianya dimakan dalam jumlah yang banyak.

Interaksi Papain

Papain boleh melambatkan pembekuan darah dan harus dielakkan oleh individu yang mengambil ubat antikoagulan seperti Coumadin (warfarin) atau ubat antiplatelet seperti Plavix (clopidogrel). Berhenti menggunakannya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan.

Papain juga boleh menurunkan gula darah anda dan harus digunakan dengan berhati-hati jika anda turut menggunakan ubat kencing manis. Pengambilan kedua-dua ubat ini pada masa yang sama boleh menurunkan gula darah. Keadaan ini dikenali sebagai sebagai hypoglisemia.

Sebagai peraturan umum, anda perlu sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai sebarang makanan tambahan yang diambil untuk mengelakkan tindak balas dan kesan sampingan yang tidak diduga.

Dos Papain

Tiada garis panduan yang menunjukkan penggunaan tepat suplemen papain atau salap. Kebanyakan suplemenboleh didapati dalam bentuk kapsul, namun, papain juga dijual dalam bentuk tablet, tablet kunyah, gula-gula getah, dan serbuk.

Dos yang dianggap selamat adalah di antara 25 dan 100 mg setiap hari. Elakkan dos yang melebihi 400 mg dalam sehari. Seterusnya, untuk mengurangkan risiko kesan sampingan, ambil suplemen dalam dos yang dibahagikan bersama makanan.

Salap papain boleh digunakan pada kulit. Namun begitu, jika penggunaannya mengakibatkan kemerahan, keradangan, ruam atau kesakitan, berhenti dan hubungi doktor anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/papain#side-effects-and-risks

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-69/papain

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-papain-89493

Summary
Article Name
Papain
Description
Papain diambil daripada buah betik menjadi ubat. Ia untuk melegakan kesakitan dan bengkak serta mengeluarkan cecair berlebihan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: