Now Reading
PANTENE Shampoo Anti-Dandruff dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Rambut Bebas Masalah Kulit Kepala

PANTENE Shampoo Anti-Dandruff dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Rambut Bebas Masalah Kulit Kepala

pantene

Apabila anda mencuci rambut, syampu adalah benda yang paling wajib digunakan untuk mencuci rambut anda. Peranan syampu seperti jenama PANTENE adalah untuk membantu menghilangkan kotoran, serpihan, dan bau, seperti asap atau peluh dengan lebih berkesan.

Syampu juga boleh mengeluarkan minyak di rambut anda. Rambut selalunya mendapat minyak dari kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak yang dipanggil sebum, dan fungsinya adalah untuk menjaga rambut agar sentiasa lembap. Rambut yang lembap secukupnya biasanya cenderung untuk tidak mudah putus atau kelihatan kering dan keriting.

Di bawah kami senaraikan 10 produk syampu rambut yang bagus untuk rambut yang sihat dan bebas dari segala masalah kulit kepala.

Pantene Shampoo Anti-Dandruff 340ml

PANTENE Shampoo Anti-Dandruff 340ml

RM15.90

Syampu ini berfungsi untuk membersihkan rambut anda dengan lembut tanpa mengeringkan kulit kepala. Ia mengandungi pelembap yang tidak akan menyebabkan rambut anda jadi berat dan nampak lemas tetapi disebaliknya ia akan menjadikan rambut nampak lebih sihat dan berkilau. Ia diperkuat dengan Zinc Pyrithione untuk membantu mengelakkan kelemumur. Penggunaan kerap dapat membantu mengurangkan kelemumur di atas kulit kepala anda.

Palmolive Naturals Anti Dandruff Shampoo & Conditioner 350ml

Palmolive Naturals Anti Dandruff Shampoo & Conditioner 350ml

RM8.45

Syampu ini difomulasikan khusus dengan ekstrak tea tree dan daun eucalyptus. Ia akan membersihkan kulit kepala dengan lembut dan berkesan supaya rambut rasa segar. Rumusannya terbukti Vitazole yang diuji secara klinikal dapat membantu menghilangkan 100% kelemumur dari kulit kepala anda sambil meninggalkan rambut berasa lembut apabila disentuh. Syampu ini juga mempunyai wangian yang sedap dan tahan lama pada rambut anda.

Pantene Shampoo Hairfall 340ml

PANTENE Shampoo Hairfall 340ml

RM15.90

Syampu kawalan rambut gugur ini berfungsi untuk menguatkan rambut anda dan melawan keguguran rambut dengan berkesan akibat kerosakan. Formula Pro-Vitamin yang dirumuskan dengan antioksidan dan lipid, dapat membantu meningkatkan pengekalan struktur protein rambut untuk kekuatan tahan lama terhadap kerosakan. Ia juga mengandungi teknologi Keratin Damage Blockers yang dapat membantu mencegahkan keretakan pada permukaan rambut yang disebabkan oleh kerosakan, sehingga rambut yang gugur akan berkurangan sehingga 98% apabila digunakan setiap hari.

Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo 200ml

Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo 200ml

RM12.90

Syampu Himalaya ini merupakan syampu unik yang membantu untuk mengurangkan keguguran rambut dan pada masa yang sama ia memberi khasiat kepada batang rambut. Syampu ini juga membaiki tekstur rambut supaya rambut kurang gugur. Ia diperbuat daripada herba Butea Frondosa dan Bhringaraja yang dapat merangsangkan pertumbuhan folikel rambut. Kedua-dua herba ini berkesan dalam menguatkan akar rambut dan juga mengawal keguguran rambut.

PANTENE Shampoo Silky Smooth Care 340ml

PANTENE Shampoo Silky Smooth Care 340ml

RM11.13

Syampu Pantene Silky Smooth Care, akan menjadikan rambut anda semakin berkilau dan terhidrat. Syampu yang kaya dengan nutrien ini mempunyai Pro-V Nutrient Blends berkhasiat Pantene dan juga histidin yang merupakan sejenis anti-oksidanyang boleh menghilangkan kekotoran mineral jauh ke dalam inti setiap rambut sehingga ke lapisan permukaan. Syampu ini juga membantu menjaga rambut anda dengan lebih lama dengan melindunginya dari kerosakan selanjutnya.

Sunsilk Shampoo Silky Smooth 160ml

Sunsilk Shampoo Silky Smooth 160ml

RM8.30

Syampu ini boleh memberi pengalaman kepada pengguna untuk merasa rambut yang lembut,lebih lurus dan terurus. Syampu ini diformulasi menggunakan teknologi Flexishield dan mengandugin 5 minyak semulajadi. Sunsilk Smooth and Manageable mengandungi minyak Argan yang dapat mengembalikan kelembutan pada rambut pengguna supaya lebih terurus. Ia juga mengandungi esen Camellia yang dibuat daripada ekstrak bunga Camellia japonica untuk melembutkan rambut dengan lebih efektif dan rambut bertambah kilat dan terurus.

PANTENE Shampoo Volume 340ml

PANTENE Shampoo Volume 340ml

RM11.13

See Also
fiber

Syampu Pantene Hair Fall Control berfungsi untuk menguatkan rambut anda dari akar hingga ke hujung. Syampu ini mengandungi formula Pro-Vitamin yang membersih secara mendalam untuk menjadikan rambut anda lebih kuat dan kurang kusut. Rambut akan kurang gugur juga walaupun rambut dalam keadaan basah, atau disikat. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari syampu ini, gunakan ia dengan Pantene Hair Fall Control Miracle Conditioner.

Herbal Essences Bio Renew Volume White Grapefruit & Mosa Mint Shampoo 400ml

Herbal Essences Bio Renew Volume White Grapefruit & Mosa Mint Shampoo 400ml

RM18.50

Syampu ini dirumuskan secara khas dengan bahan yang diilhamkan secara semula jadi untuk badan & rambut yang penuh dengan kehidupan dengan formula bebas silikon yang tidak menyebabkan rambut nampak layu. Syampu ini dihasilkan untuk membersihkan rambut yang lebat dan disokong oleh Royal Botanic Gardens, Syampu ini mempunyai campuran pelbagai aroma termasuk sitrus segar, pudina bersih, dan pic beludru. Produk ini adalah bebas paraben, bebas silikon dan bebas pewarna, dan dibuat dengan sekurang-kurangnya 90% bahan semula jadi.

PANTENE Shampoo Total Damage Care 340ML

PANTENE Shampoo Total Damage Care 340ML

RM11.13

Syampu ini kaya dengan nutrien yang mampu membuatkan rambut anda lebih kuat. Ia mengandungi campuran Nutrien Pro-V dengan buih berkhasiat dan kaya dengan nutrien. Syampu ini akan meningkatkan ikatan protein semula jadi rambut untuk membantu mengurangkan kerosakan yang berlebihan. Ia juga dapat membantu mengelakkan pecahan rambut pada masa depan dengan penggunaan yang kerap dalam 3 bulan berbanding dengan syampu yang lain.

Dove Intense Repair Shampoo 175ml

Dove Intense Repair Shampoo 175ml

RM10.30

Syampu ini diformulasikan dengan Keratin Repair Actives untuk membantu rambut anda pulih dari kerosakan dengan dua cara yang berbeza. Ia akan membaiki tanda-tanda kerosakan pada permukaan rambut, menjadikan rambut anda kelihatan dan terasa lebih halus dan kuat daripada kerosakan. Ia juga menembusi setiap helai rambut untuk memberikan khasiat jauh ke dalam rambut anda dan menjadikan rambut anda kelihatan lebih sihat, selepas setiap cucian.

Penjagaan rambut dan kulit kepala adalah sangat penting. Oleh itu, anda harus kenalpasti dahulu masalah rambut anda sebelum membeli syampu yang sesuai untuk rambut anda. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.

error: Content is protected !!