pantang larang penyakit jantung
Penyakit jantung menggambarkan pelbagai keadaan yang mempengaruhi jantung anda. Ini termasuklah penyakit saluran darah, seperti penyakit arteri koronari, masalah irama jantung (arrhythmias) dan kecacatan jantung semasa kelahiran (kecacatan jantung kongenital) serta banyak lagi.

Penyakit jantung menggambarkan pelbagai keadaan yang mempengaruhi jantung anda. Ini termasuklah penyakit saluran darah, seperti penyakit arteri koronari, masalah irama jantung (arrhythmias) dan kecacatan jantung semasa kelahiran (kecacatan jantung kongenital) serta banyak lagi. Kebanyakan penyakit jantung dapat dicegah, jadi ianya penting untuk mengetahui apa yang harus anda lakukan dan elakkan untuk meningkatkan kesihatan jantung anda. Sekarang, jom ketahui pendapat pakar mengenai pantang larang bagi pesakit jantung.

Perkara yang boleh dilakukan

  • Mengamalkan diet yang sihat. Diet yang sihat dan seimbang adalah kunci untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, termasuklah kesihatan jantung. Berusahalah untuk mendapatkan hidangan yang seimbang dan makan bijirin penuh serta sekurang-kurangnya dua hidangan ikan ‘berlemak’ yang tinggi dengan kandungan omega 3 setiap minggu. Sumber protein tanpa lemak, termasuk sumber vegetarian seperti kekacang juga sesuai bagi pemakanan sihat ini.

  • Bersenam setiap hari. Salah satu kaedah terbaik untuk memerangi penyakit jantung adalah dengan banyakkan bergerak. Namun, pastikan ia dilakukan mengikut pada kesihatan, usia dan keadaan fizikal anda. Berjalan adalah senaman yang luar biasa, sama seperti kerja rumah. Jadi, secara amnya anda tidak semestinya perlu melakukan aktiviti berat sahaja kerana aktiviti ringan juga adalah bermanfaat berbanding tiada aktiviti langsung.

  • Mempunyai sikap yang lebih baik. Tekanan adalah faktor besar yang boleh mempengaruhi penyakit jantung. Malah, tekanan kronik dan emosi negatif menyumbang kepada 30% serangan jantung dan strok. Emosi positif seperti pelukan harian, mendengar muzik yang menggembirakan dan ketawa tidak hanya mengimbangi tekanan, tetapi boleh juga meningkatkan tekanan darah dan kesihatan vaskular secara keseluruhan.

  • Dapatkan tidur yang berkualiti. Kekurangan tidur boleh menyebabkan lebih banyak kesan lain berbanding membuatkan anda menguap sahaja kerana ia juga boleh membahayakan kesihatan anda. Individu yang tidak cukup tidur mempunyai risiko obesiti, tekanan darah tinggi, serangan jantung, diabetes dan kemurungan yang lebih tinggi. Selain itu, anda mungkin akan makan lebih banyak dan kurang bergerak jika anda mendapatkan tidur yang kurang setiap malam. Oleh itu, ketahui jumlah tidur yang sesuai untuk anda dan pastikan anda berehat dengan baik.

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol tinggi boleh merosakkan jantung dan saluran darah anda. Tetapi, tanpa ujian untuk mengesan penyakit ini, anda mungkin tidak akan mengetahui sama ada anda mengalaminya atau tidak. Justeru itu, pemeriksaan secara berkala dapat memberitahu anda akan perkara yang perlu dititik beratkan serta adakah anda perlu mengambil tindakan tertentu untuk meningkatkan kesihata anda. Lakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencegah risiko penyakit jantung dengan lebih awal.

Perkara yang harus dielakkan

  • Merokok. Bahan kimia dalam asap tembakau boleh merosakkan sel darah, merosakkan jantung dan mencetuskan penumpukan plak di arteri anda. Malah, individu yang hanya merokok sekali sekala juga boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung. Tidak kira berapa lama anda telah merokok, berhenti merokok dapat membantu dengan kesihatan jantung anda. Tahukah anda bahawa kematian akibat penyakit jantung adalah satu pertiga lebih rendah di kalangan orang yang berhenti merokok berbanding dengan mereka yang masih merokok.

  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan “kehausan” pada badan, sendi dan saluran darah serta memberikan tekanan pada jantung. Justeru itu, menurunkan berat badan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan jantung, walaupun hanya dengan 10 hingga 20 paun. Namun begitu, mengawal berat badan anda adalah cabaran jangka panjang, tetapi usaha itu pastinya berbaloi. Kurang berat badan bermaksud otot jantung dan sistem darah anda mempunyai kurang kerja yang perlu dilakukan.

  • Mengabaikan penjagaan gigi. Kajian menunjukkan bahawa gigi dan gusi anda adalah petanda bagi kesihatan jantung anda. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa penyakit gusi boleh menyebabkan bakteria yang kemudiannya menyebabkan keradangan di dalam badan. Oleh itu, pastikan anda menggosok gigi dan melakukan ‘floss’ dengan baik, serta pergi ke klinik  gigi secara berkala untuk membersihkan gigi secara profesional.

  • Menyimpan rasa kekecewaan dan kemurungan. Pantang larang pesakit jantung ini mungkin kelihatan remeh tetapi tekanan adalah komponen utama dalam kesihatan emosi dan jantung. Apabila anda mengalami tekanan, badan anda boleh menanggungnya secara dalaman sehingga menyebabkan ulser, kerengsaan kulit, penyakit jantung dan juga masalah kesihatan lain. Jadi, lepaskan dan kurangkan tekanan anda dengan bersenam atau bercerita tentangnya kepada orang yang anda percayai. Ini boleh membantu untuk melegakan perasaan anda secara umum.

SUMBER

https://www.everydayhealth.com/heart-health/experts-heart-health-dos-and-donts.aspx

https://www.seattlesutton.com/blog/the-dos-and-donts-for-heart-health/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118

https://www.dignityhealth.org/articles/dos-and-donts-to-reduce-your-risk-factors-for-heart-disease

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-disease-prevention/art-20046502

https://designerprotein.com/heart-health-dos-donts/

Summary
Article Name
Pantang larang pesakit jantung
Description
Kebanyakan penyakit jantung dapat dicegah, jadi ianya penting untuk mengetahui pantang larang penyakit jantung untuk meningkatkan kesihatan jantung anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: