Pantai Melaka

Pantai Melaka: Senarai Pantai Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi ~ Umum mengetahui Melaka begitu sinonim dengan bangunan-bangunan bersejarah dan terdapat banyak muzium yang terkenal di negeri ini.

Namun, tahukah anda Melaka juga terkenal dengan tarikan semulajadi seperti pantainya yang berpasir putih?

Untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan senarai pantai yang ada di Melaka yang wajib anda kunjungi. Teruskan membaca!

7 Pantai Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi

Mari kita mulakan.

Pantai Klebang merupakan pantai yang paling terkenal di Melaka. Pantai ini terletak sekitar lima ke enam kilometer dari Bandar Hilir Melaka. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini.

Pantai Melaka

Pantai ini mempunyai pasir yang putih, air yang jernih dan cukup luas untuk aktiviti santai bersama keluarga. Pantai ini juga sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana airnya yang cetek dan selamat untuk pengunjung. Selain bermandi-manda, anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti bermain layang-layang, menunggang kuda, menyewa ATV dan lain-lain. Untuk kanak-kanak, terdapat taman permainan disediakan.

Terdapat banyak Coconut shake di jual di sepanjang pantai. Anda boleh membeli Coconut Shake Original Klebang yang terletak tidak jauh (6 minit berjalan kaki) dari kawasan pantai. Pantai Klebang sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu.

2. Pantai Teluk Gong

Pantai Teluk Gong terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang Selangor. Pantai ini cukup unik kerana terletak begitu hampir dengan lokasi yang sibuk dengan aktiviti perdagangan.Terdapat beberapa perkampungan-perkampungan tradisional di sekitar pantai ini seperti Kampung Baru Batu 5, Teluk Panglima Garang, perkampungan Sijangkang dan juga Teluk Gong yang merupakan kampung yang paling dekat dengan pantai.

Pantai Melaka

Di pantai ini, anda akan dapat menyaksikan aktiviti nelayan, bot-bot, dan kapal kargo kerana kampung sekitarnya merupakan perkampungan nelayan. Selain itu, terdapat banyak pilihan restoran di sepanjang pesisir pantai yang menjual hidangan ikan bakar yang segar. Anda bebas mahu bentangkan tikar dan berkelah di mana sahaja di sekitar pantai ini dan cukup luas untuk menampung ramai orang terutamanya pada musim cuti.

3. Pantai Puteri Melaka

Pantai ini juga dikenali dengan nama Pantai Kundor dan terletak hanya 25 minit dari pusat bandar, pantai ini juga sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada waktu petang dan hujung minggu. Pantai yang dijaga rapi ini sentiasa kelihatan bersih walaupun dikunjungi ramai orang.

Pantai Melaka

Di pantai ini, anda boleh bermandi-manda, berkhemah, memancing dan juga berkelah. Terdapat banyak kemudahan awam disediakan seperti tandas awam, tempat duduk, taman permainan, dan gerai makan untuk keselesaan pengunjung. Terdapat juga hotel dan chalet yang berhampiran dengan pantai ini.

Selain dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit, anda juga dapat melihat suasana harmoni para nelayan mencari rezeki. Apa yang menariknya, jualan hasil laut itu boleh didapati dijual di kawasan berhampiran dengan harga yang sangat murah.

4. Pantai Pengkalan Balak

Pantai ini juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi ketika bercuti di Melaka.Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini seperti menaiki banana boat, menunggang kuda, bermandi-manda dan lain-lain. Perkhidmatan menyewa pelampung dan ATV juga disediakan.

Seperti pantai-pantai yang lain, Pantai Pengkalan Balak ini juga merupakan terletak di perkampungan nelayan. Dengan itu, anda boleh menikmati hasil laut yang segar di jual di gerai-gerai makan yang ada di pantai ini. Selain itu, barangan lain seperti mainan dan pakaian turut ada dijual.

Pantai Pengkalan Balak

Pantai ini juga terletak berdekatan dengan Pusat Konservasi dan Penetasan Penyu Karah di Pantai Kamunting dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Bolehlah anda melawat dua tempat terkenal ini sebelum singgah berkelah dan beraktiviti di Pantai Pengkalan Balak ini.

5. Pantai Padang Kemunting

Pantai ini tidak terletak jauh dengan Pantai Pengkalan Balak. Disebabkkan itu, anda boleh melihat view yang sama dengan Pantai Pengkalan Balak dari pantai ini seperti aktiviti perkampungan nelayan, bot-bot dan lain-lain.

Pantai Padang Kemunting

Di pantai ini, anda juga boleh menikmati kesegaran makanan laut yang dijual di gerai-gerai makanan di sepanjang pesisir pantai.Apa yang membezakannya dengan pantai-pantai yang lain ialah, gerai makanan di pantai ini beroperasi dari pagi hingga ke malam. Disebabkan itu, pantai ini menjadi tumpuan pengunjung pada waktu malam terutamanya.

6. Pantai Sungai Tuang

Pantai Sungai Tuang juga berdekatan dengan Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak. Di pantai ini anda boleh memancing dan melihat matahari terbenam. Ombak pantai ini agak deras dan dinasihatkan agar anda sentiasa memantau anak-anak ketika berada di pantai ini. Selain itu, di pantai ini juga terdapat tempat penginapan yang anda boleh tempah.

Pantai Sungai Tuang

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa turut membina konkrit di sekitar pantai ini untuk mengurangkan hakisan daripada air laut. Sekiranya anda mahukan kedamaian dan ketenangan jauh daripada keriuhan orang ramai, pantai ini amat sesuai buat anda.

7. Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara ini memang terkenal dalam kalangan pelancong luar dan dalam negara. Pantai yang indah ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak dan bandar Masjid Tanah. Kebersihan pantai yang dijaga rapi, pasirnya yang putih dan airnya yang cetek amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda bersama keluarga.

Pantai Tanjung Bidara

Keselamatan pengunjung juga terjamin kerana terdapat Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk memantau keselamatan pengunjung. Untuk keselesaan pengunjung pula, terdapat banyak kemudahan disediakan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi. Di sini juga terdapat resort yang boleh anda tempah sebagai tempat penginapan anda sepanjang percutian.

Selain pantai-pantai yang disenaraikan diatas, di Melaka anda juga boleh berkunjung ke Pulau Besar, Pulau Upeh dan Tanjung Kling sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih daripada pantai. Di ketiga-tiga tempat ini mempunyai tempat penginapan dan kemudahan yang lengkap. Di samping itu, terdapat juga beberapa pusat tarikan pelancong yang ada di sekitarnya,

Kesimpulan

Jauh berjalan, luas mata memandang. Kita perlu berbangga dengan khazanah alam yang terdapat di negara kita. Pastikan kita sentiasa bersikap bertanggungjawab dan menjaga kebersihan ketika mengunjungi tempat-tempat awam. Tetap utamakan keselamatan diri dan keluarga walau di mana sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang tercari-cari pantai di sekitar Melaka untuk merancang percutian anda.

Sekian.

Sumber:

https://www.tempatmenarik.my/pantai-puteri-tempat-menarik-di-melaka/

https://www.maisinggah.com/pantai-di-melaka/

https://www.teamtravel.my/pantai-menarik-di-melaka/

http://matsomherbs.blogspot.com/2011/12/dnelayan-sungai-tuang-melaka.html

Tagged: