pantai kelanang

Sungguhpun lokasinya tidak jauh daripada jalan utama ke kota Kuala Lumpur , Pantai Kelanang , yang terletak 7km daripada Pantai Bakau Morib, belum ramai yang mengenali tempat ini.

Pengunjung sering berpiknik dan berkhemah dihujung minggu atau musim cuti sekolah di Pantai Kelanang kerana disekitar pantainya banyak tempat untuk berteduh di bawah pepohonan.

Namun di hari-hari biasa, ia di penuhi dengan pemandangan bot memancing nelayan menyusuri lautan dan penduduk setempat mencari hasil kerang buluh dari celah-cleah pasir, tandas awam juga ditutup. Maka, tidak sesuai untuk berkunjung ke sana pada hari bekerja.

Aktiviti riadah yang disarankan :

  • Berenang atau berkayak di sana terdapat pondok life guard yang disediakan untuk menjaga kawasan. Tetapi anda perlu ingat mereka bukan ditugaskan untuk menjaga pengunjung yang berenang, jadi anda harus jaga diri dan keselamatan anda kita bermain air di situ.
  • Berkhemah sekiranya ingin mencuba berkelah di tepian pantai, disini juga anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
  • Piknik sambil menghirup angin pagi ataupun petang, anda bolehlah berpiknik bersama rakan-rakan atau ahli keluarga anda. Menikmati hidangan sarapan ataupun minum petang sambil menghirup udara laut pasti menyamankan.
  • Taman permainan kanak-kanak jika anda mempunyai anak kecil, tama permainan turut disediakan untuk kanak-kanak bermain dia kawasan tersebut.
  • Tempat sesuai untuk sesi fotografi di sini juga merupakan tempat fotografi pilihan bagi pengantin baru dan mungkin untuk anda cuba untuk mengambil gambar pemandangan pantai bakau.
  • Bermain layang-layang pasti seronok melakukan aktiviti bermain layang-layang bersama anak-anak di tepi pantai.
  • Bermain berkejaran dengan ketam-ketam dan kekerang. Disamping itu juga, anak kecil pasti gembira dapat mengenali binatang laut ini.

1. Pantai Kelanang di Banting

Terletak bersebelahan dengan Pantai Morib. Tak paham la juga kenapa Pantai Kelanang kurang terkenal berbanding Pantai Morib sedangkan jarak pesisiran pantai nya perlu memandu selama 5 minit sahaja.

2. Pemandangan kurang menarik berbanding di bahagian pantai timur.

Sememangnya pemandangan laut di Pantai Kelanang ini tidaklah sama dengan pantai-pantai seperti Teluk Cempedak, Balok, atau Cherating. Hal ini demikian disebabkan arus lubuk pantai yang sealiran dengan Selat Melaka, air laut sememangnya agak berlumpur dan pasir nya bergumpalan kasar.

Tetapi penduduk setempat tetap suka lepak-lepak di pesisiran pantainya di siang hari kerana banyak pepohonan jadi agak redup dan selesa. Dan tidak mustahil juga untuk anda menikmati kawasan Pantai Kelanang yang mempunyai keindahannya yang tersendiri.

3. Bersihkan laut.

Semasa berada di sini, sempat menyaksikan beberapa orang berkenaan bersihkan pantai, ada yang berenang ke tengah-tengah lautan untuk menarik keluar banner yang terdampar di dalam lautan. Bersyukur sebab masih wujud manusia yang berhati murni seperti mereka.

Mungkin jika anda ke sini, anda juga boleh memberi perkhidmatan yang sama. Dalam masa yang sama jika anda mempunyai anak, melalui aktiviti begini anda boleh pupuk mereka rasa cintakan alam sekitar.

Jalan laluan ke Pantai Kelanang

Mulakan perjalanan ke haluan Banting (Selangor) , kemudian ikut panduan papan tanda menuju ke  Pantai Morib, dan sebelum sampai ke Pantai Morib, anda akan nampak papan tanda menunjukkan Kawasan Pantai Kelanang.

Berikut adalah sedikit sebanyak perkongsian berkenaan Pantai Kelanang. Kalau dah tamat PKP nanti, bagi anda yang menetap di Selangor mungkin Pantai Kelanang boleh menjadi destinasi yang dekat utnuk anda kunjungi bersama keluarga. Banyak juga aktiviti yang anda boleh lakukan di samping itu anda juga dapat memberi keriangan kepada keluarga anda setelah lama terperap di rumah.

Semoga semuanya bermanfaat!

Sumber:

https://www.malaysia-traveller.com/pantai-kelanang.html

https://emily2u.com/kelanang-beach-banting-selangor/

Summary
Pantai Kelanang, Destinasi Pantai Popular Di Banting
Article Name
Pantai Kelanang, Destinasi Pantai Popular Di Banting
Description
Sungguhpun lokasinya tidak jauh daripada jalan utama ke kota Kuala Lumpur , Pantai Kelanang , yang terletak 7km daripada Pantai Bakau Morib, belum ramai yang mengenali tempat ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: