pantai di selangor

Tertanya-tanya adakah Selangor mempunyai pantai yang boleh dikunjungi? Jawapanya, ye ada. Pantai di Selangor yang boleh dikunjungi tidak kurang menarinya jugak seperti pantai-pantai yang terdapat di negeri lain.

Selangor juga mempunyai pantai yang terbentuk di pesisir Selat Melaka. Bagi perantau yang tinggal di selangor atau Kuala Lumpur anda boleh berkunjung ke pantai-pantai ini pada cuti hujung minggu bersama keluar untuk menghilangkan terkanan kerja serta kesebukan bandar.

Pantai Jeram, Kuala Selangor

pantai di selangor

  • Terletak jauh di utara Selangor iaitu di dalam kawasan Kuala Selangor.
  • Sesuai untuk aktiviti perkelahan kerana dengan muka bumi yang landai dan berpasir.
  • Pantai Jeram ini popular dikalangan penggemar makanan laut. Kerana banyak kedai makan ikan bakar dan hasil laut disini sambal melihat matahari terbenam.

Pantai Remis, Kuala Selangor

pantai di selangor

  • Lokasinya di bahagian selatan Kuala Selangor.
  • Tidak jauh dari pantai jeram, hanya beberapa kilometer sahaja.
  • pantai remis lebih meriah berbanding pantai jeram kerana terdapat banyak tempat penginapan seperti homestay, chalet dan resort.
  • Terdapat juga kedai makan yang menyediakan hidangan makanan laut di sekitar.
  • Pantai Remis ini lebih kepada aktiviti memancing untuk kaki pancing pesisir pantai.

Pantai Aceh, Klang

pantai di selangor

  • Pantai yang sunyi dan lokasinya berhampiran Pelabuhan Klang yang sibuk dengan kapal serta dan menghadap Selat Melaka.
  • Sesui untuk keluarga kerana ayah boleh memancing, emak dan anak-anak boleh santai berkelah.
  • Agak suram mungkin kerana jalan untuk ke Pantai Aceh agak daif tetapi terdapat satu resort untuk pemancing disini.

Pantai Tanjung Piai, Klang

pantai di selangor

  • Berhampiran Pantai Aceh dan Pantai Tanjung Piai cukup luas dan panjang. Sesuailah untuk berkelah.
  • Mempunyai permandangan yang menarik.

Pantai Kelanang, Banting

pantai di selangor

  • Pantai kelanang mempunyai satu tarikan iaitu dengan berlatar belakangkan laut dan kapal-kapal dagang serta pohon bakau yang tenggelam ketika air pasang
  • Penduduk tempatan mengenalinya sebagai jeti nelayan.
  • Pengunjung boleh meneroka ke kawasan rimbunan bakau ketika air surut dan mungkin boleh menuju ke arah laut.
  • Aktiviti yang jarang berlaku di antai lain adalah mandi selut dan mencari pepahat.
  • Namun bergitu, aktiviti BBQ, berkelah dan mandi manda juga sesui dilakukan disini.
  • Terdapat juga kedai-kedai makan dan gerai jualan dan taman permainan untuk kanak-kanak
  • Bagi menjaga keselaatan pengunjung, pihak pengawal pantai ada ditempatkan disini.

Pantai Morib, Banting

pantai di selangor

  • Sangat dikenaali oleh pengemar riadah laut atau sesorang yang sukakan aktiviti automotif dan aktiviti pesta kerana sering menjadi tempat acara ini diadakan.
  • Aktiviti air di pantai Morib agak terhad kerana terdapat benteng penahan air pasang yang agak tinggi
  • Bagi pengunjung yang ingin menyentuh pasirnya, mereka perlu menunggu ketika air surut.
  • Aktiviti berkemah, memancing sert mencari pahat selalu diadakan disini.
  • Walupun aktiviti air agak terhad. Namun, pengunjung masih boleh menikmati angin bayu dari laut dengan bau masin airnya yang tenang.
  • Para pengunjung juga boleh menikmati satu kawasan ‘New Morib Beach’ bersebelahan yang pasir dan air lautnya bertemu. Kawasan ini seumpama dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pantai Morib Lama dan Pantai Morib Baharu.

Pantai Cunang, Tanjung Sepat

pantai di selangor

  • Pantai Cunang tidak begitu popular dan memang terjaga. Berhampiran dengan Bagan Lalang.
  • Sangat cantik dan pernah diberikan gelaran pemenang pantai angkat Selangor 2015.
  • Terdapat insfrastruktur buatan manusia yang bertemakan alam semulajadi dan memiliki pasir pantai yang memutih, ditambah lagi dengan kebiruan laut dan langit.
  • Merupakan pantai terbaik di sekitar Selangor dan Lembah Klang dan kawasan pantai ini turut dijaga dengan rapi.

pantai di selangor

  • Terdapat juga, pohon rhu yang ditanam di pesisir pantai dan pohon bakau di dalam air.
  • Sangat sesuai untuk fotografi kerana mempunyai Kawasan yang bergitu menarik.
  • Setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai bayaran seperti bayaran masuk, bayaran aktiviti dan bayaran barbeku kerana Kawasan ini sangat dijaga rapi. Namun, ianya berbaloi.

Pantai Bagan Lalang, Sepang

pantai di selangor

  • Berada jauh di selatan Selangor, pantai ini sama popular dengan Pantai Morib.
  • Terkenal dengan aktiviti melibatkan pantai menyebabkan Pantai Bagan Lalang mempunyai nama yang gah dan terkenal.
  • Mempunyai kedai makan yang berderet dan kedai kedai cenderamata.
  • Berdekatan dengan Avani Sepang Gold Coast maka Pantai Bagan Lalang menjadi lebih terkenal.
  • Banyak homestay, resort dan chalet sekitar Pantai Bagan Lalang dari bajet serdahana sehinggalah harga bangsawan. Dan tidak lupa juga ‘port mancing’ untuk kaki pancing disekitar pantai ini.
  • Mempunyai Pantai yang cukup panjang dan luas menyebabkan anda puas jika berada di sini. Ia juga merupakan salah satu pantai yang menjadi tumpuan untuk menikmati laut dalam negeri Selangor.
  • Kawasan ini juga masih hidup pada waktu malam walupun waktu aktivti sudah tamat.

Pantai di Selangor yang boleh dikunjungi tidak kurang hebat juga bukan. Mungkin ada lagi kawasan pantai dan menarik di Selangor yang tidak kami searaikan. Moga senarai pantai ini menjadi mafaat kepada anda dan membantu anda untuk mencari lokasi percutian pada hujung minggu Bersama keluarga.

Sumber:

https://www.snapbackpacker.com/2021/03/senarai-pantai-yang-popular-sekitar.html

Photomateur: Sunset in Pantai Jeram, Kuala Selangor (raziffphotomateur.blogspot.com)

Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor | Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

10 Port Menebing Popular Di Klang – Umpan

Pantai Tanjung Piai (Klang) – 2021 All You Need to Know Before You Go (with Photos) – Klang, Malaysia | Tripadvisor

Pantai Kelanang, Banting, Selangor | Pok Wei Chan | Flickr

9 destinasi bersejarah di Selangor | Free Malaysia Today (FMT)

https://www.facebook.com/pantaicunang/posts/beautiful-pantai-cunang-at-tanjung-sepat/1903785596594620/

Summary
Pantai di Selangor Yang Boleh Dikunjungi
Article Name
Pantai di Selangor Yang Boleh Dikunjungi
Description
Tertanya-tanya adakah Selangor mempunyai pantai yang boleh dikunjungi? Jawapanya, ye ada. Pantai di Selangor yang boleh dikunjungi tidak kurang menarinya jugak seperti pantai-pantai yang terdapat di negeri lain.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: