Panduan makan
Sekian lama menunggu, akhirnya panduan makanan dari Kanada yang telah dipertingkatkan kandungannya dikeluarkan pada Januari 2019 lalu, dan ia menerima perubahan besar jika dibandingkan dengan panduan makan sihat sebelumnya.

Sekian lama menunggu, akhirnya panduan makanan dari Kanada yang telah dipertingkatkan kandungannya dikeluarkan pada Januari 2019 lalu, dan ia menerima perubahan besar jika dibandingkan dengan panduan makan sihat sebelumnya.

Seperti yang telah diwar-warkan oleh konsultan awam dan dokumen draf, panduan baharu ini menjelaskan empat kumpulan makanan beserta nasihat pengambilan makanan untuk seharian-yang mana menurut Kesihatan Kanada menyebabkan kekeliruan pada orang ramai berkenaan dengan panduan makanan yang diterbitkan sebelum ini.

Sewaktu dalam rundingan, Kesihatan Kanada telah mendengar beberapa cadangan pengambilan makanan mengikut bahagian tertentu dengan saiz khusus memberi banyak komplikasi, kata Dr. Hasan Hutchinson, Pengarah, Pejabat Polisi Nutrisi dan Promosi, Kesihatan Kanada, yag bertanggungjawab menyediakan panduan terbaharu itu. “Ia tidak membantu jika digunapakai dalam kehidupan seharian,” kata Hutchinson.

Jadi, sebalik menyarankan pengambilan makanan yang spesifik, panduan baharu itu memberi banyak garis panduan am mengenai pengambilan makanan. Berikut adalah antara garis panduan tersebut:

Pelbagaikan pengambilan makanan sihat setiap hari

Secara khusus, panduan terbaharu itu menyarankan agar mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, memilih untuk mengambil bijirin, dan makan makanan berprotein. Apabila memilih makanan berprotein, panduan makanan ini menyarankan mengambil tumbuh-tumbuhan berasas protein, seperti bijian, kacang dan tofu lebih kerap berbanding sumber haiwan seperti tenusu, telur, daging dan ikan.

“Susu dan alternatif” dan “daging dan alternatif” adalah dua daripada empat kumpulan makanan yang dimasukkan dalam panduan sebelum ini, tetapi untuk panduan makanan terbaharu ini, ia digabungkan bersama. Ini kerana tenusu tidak boleh dihilangkan, memandangkan Kesihatan Kanada menyediakan susu rendah-lemak, yogurt, kefir dan keju, sebagai contoh makanan berprotein. Daging merah tanpa lemak seperti daging liar, turut disebut dalam panduan makanan. Namun ia kurang penting sekarang ini, iaitu hanya sebagai dua makanan pilihan untuk sumber protein.

Mengenai minuman pula, panduan makanan menyarankan agar menjadikan air sebagai minuman pilihan anda. Ini kerana dengan meminum air membantu mengatasi masalah hidrasi, dan air juga membantu mengurangkan pengambilan gula berlebihan, menurut pegawai-pegawai Kesihatan Kanada. Jika anda minum lebih banyak air, anda juga berkemungkinan kurang mengambil minuman ringan yang tinggi kandungan gula.

Antara salah satu panduan yang sempat dilihat sekali imbas pada dokumen panduan terbaharu itu menunjukkan satu piring dengan sebahagiannya dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, satu suku protein, dan satu suku bijirin, ia dipanggil mesej baik. Ia bukannya mengenai peratus bahagian, tetapi mungkin mengenai amaun bahagian,” menurut Kesihatan Kanada.

Elak makanan berproses d

Elakkan minuman tinggi kandungan natrium, gula dan lemak tepu

Kesemua makanan berkenaan “melemahkan pemakanan sihat” menurut panduan makanan, jadi patut dielakkan mengambilnya. Antara contoh makanan berproses termasuk daging diproses seperti sosej, makanan bergoreng, bijirin sarapan pagi manis dan minuman manis.

Minuman ringan, makanan ringan ataupun gula-gula, semua gula perlu datang daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dan susu tanpa gula, menurut panduan makanan.

Panduan itu juga menyatakan alkohol tinggi dengan kalori “tanpa nilai atau tiada langsung nutrisi” dan ia mempunyai kaitan dengan pelbagai risiko kesihatan seperti risiko pada pelbagai jenis kanser, hipertensi dan penyakit hati.

Panduan pemakanan itu juga mahukan rakyat Kanada melihat pada label makanan untuk membuat penilaian dalam menilai sejauh mana sihat dan tidak sihat sesuatu produk , dan peka dengan pemasaran produk-produk dan sejauh mana kesan impak akibat pemilihan makanan yang dilakukan, Sebagai sebahagian strategi pemakanan sihat yang menyeluruh, Kesihatan kanada menyarankan label baharu untuk 2018 yang memudahkan orang ramai mengesan makanan yang tinggi nitrat, gula dan lemak tepu.

Kerap memasak di rumah dan makan bersama

Panduan baharu ini menekan kepada kepentingan memasak di rumah sebagai cara praktikal untuk menyokong pengambilan makanan sihat. “Masa berlalu, semakin banyak penduduk Kanada meningkatkan bahagian perbelanjaan bajet makanan satu rumah pada produk makanan yang berproses,” menurut panduan tersebut, dan mereka ini juga membelanjakan kira-kira 30 peratus bajet makanan pada makanan dan snek yang dibeli di luar kediaman.

Semua makanan ini tinggi kandungan gula, nitrat, kalori dan lemak tepu-dan semua makanan ini perlu dielakkan pengambilannya oleh rakyat Kanada.

Memasak dirumah turut membantu meningkatkan kemahiran memasak di kalangan anak-anak, menurut penulis panduan makanan, begitu juga dengan makan makanan bersama-sama. Periksa tabiat makanan anda-dalam masa sama nikmati makanan itu. Kesihatan Kanada menyarankan agar rakyatnya mengambil masa menikmati makanan mereka, dan peka apabila mereka lapar dan peka apabila kenyang. Kesihatan Kanada juga mahukan rakyatnya seronok sewaktu menikmati makanan mereka. Budaya dan tradisi makanan adalah sebahagian daripada pengambilan makanan sihat.

SUMBER

https://www.chatelaine.com/health/canadas-new-food-guide/

https://en.wikipedia.org/wiki/Canada%27s_Food_Guide

https://www.heartandstroke.ca/articles/6-things-you-can-learn-from-the-new-food-guide

http://www.boomeranghealth.com/canadas-new-and-improved-food-guide/

Summary
Panduan Makanan Terbaru dari Kanada yang boleh Diikuti
Article Name
Panduan Makanan Terbaru dari Kanada yang boleh Diikuti
Description
Sekian lama menunggu, akhirnya panduan makanan dari Kanada yang telah dipertingkatkan kandungannya dikeluarkan pada Januari 2019 lalu, dan ia menerima perubahan besar jika dibandingkan dengan panduan makan sihat sebelumnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: