Panau di badan dan rawatannya
Panau atau tinea versicolor terbentuk daripada sejenis kulat. Setiap kulit mempunyai kulat ini, ia berlaku secara semulajadi walaupun pada kulit yang sihat.

Panau atau tinea versicolor terbentuk daripada sejenis kulat. Setiap kulit mempunyai kulat ini, ia berlaku secara semulajadi walaupun pada kulit yang sihat. Namun apabila kulat ini membiak secara berlebihan, ia boleh menyebabkan jangkitan panau.

Tompokan kulit berwarna disebabkan oleh jangkitan panau adalah tidak sakit atau menjangkiti individu lain, tetapi ia boleh mengakibatkan kegatalan atau iritasi.

Versicolor merujuk kepada pelbagai warna kulit yang boleh berlaku dengan jangkitan ini seperti putih, tan, perang, merah jambu dan warna-warna lain.

Penyebab yang berkemungkinan

Panau disebabkan oleh sejenis kulat bernama Malassezia. Dalam kebanyakan spesies Malassezia, satu daripadanya iatu M. globosa dianggap mengakibatkan kebanyakan kes panau.

Kulat ini mengganggu proses semulajadi pigmentasi kulit dan hasilnya, mengakibatkan tompokan berlainan warna dan bersisik. Pigmen kulit berubah kerana kulat Malassezia menghasilkan asid yang merencat pengeluaran melanin, iaitu pigmen semulajadi yang memberi warna kepada kulit.

Walau bagaimanapun, tahap penjagaan kebersihan yang tidak baik bukanlah puncanya.

Simptom utama panau adalah:

  • Gatal-gatal
  • Kulit bersisik
  • Kerap berpeluh

Seramai 50 peratus individu di negara tropika mengalaminya. Para remaja dan dewasa muda lebih cenderung mendapat panau tetapi semua individu boleh mengembangkannya termasuklah kanak-kanak dan bayi.

Jangkitan panau akan menjadi lebih teruk sekiranya anda:

  • Banyak berpeluh
  • Mempunyai sistem imun yang lemah
  • Mempunyai kulit berminyak
  • Mengalami kekurangan nutrisi
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Mengandung
  • Menghidap kencing manis
  • Menggunakan ubat korikosteroid

Kebanyakan rawatan panau boleh dijumpai di farmasi dalam bentuk krim antikulat, losyen, salap atau syampu.

Antara pilihannya adalah:

  • Clotrimazole
  • Miconazole
  • Selenium silfide
  • Terbinafine

Sekiranya ia tidak berfungsi, anda perlu menggunakan remedi topikal preskripsi yang kuat seperti:

  • Ciclopirox
  • Ketoconazole
  • Selenium sulphide

Kebanyakan individu yang mempunyai panau lebih suka menggunakan ubat-ubatan oral kerana ia tidak kotor dan lebih mudah digunakan.

Petua di rumah

Menggunakan syampu khas bagi kelemumur pada kulit selama 10 minit sehari sewaktu mandi boleh menjadi langkah yang berkesan. Bertanyalah kepada doktor anda terlebih dahulu sekiranya ia boleh membantu keadaan anda.

Petua rumah lain adalah penggunaan lidah buaya, minyak tea tree, cuka epal, madu, minyak zaitun dan lilin lebah. Sebelum menggunakan sebarang rawatan, berundinglah dengan pakar dermatologi atau doktor anda dahulu.

Dalam satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2004, penggunaan madu, minyak zaitun dan lilin lebah membantu majoriti pesakit panau. Mereka menggunakan bahan-bahan tersebut yang diperbuat daripada madu, minyak zaitun dan lilin lebah sebanyak 3 kali sehari selama sebulan.

Cara mengelakkan panau

Walaupun rawatan panau berkesan, perubahan warna kulit mungkin akan bertahan selama beberapa bulan. Namun begitu, keadaan ini boleh berulang kembali.

Untuk mengurangkan pengulangan jangkitan panau, doktor mungkin mengesyorkan anda menggunakan rawatan oral atau topikal tertentu sebanyak sebulan sekali atau lebih kerap.

Sesetengah doktor turut mengesyorkan penggunaan pencuci yang berubat sebanyak sekali atau dua kali sebulan terutamanya jika anda tinggal di tempat yang panas dan lembap bagi menghalang kulat membiak secara berlebihan.

Selain itu, doktor mungkin akan menasihati anda supaya menghindari kawasan panas atau berpeluh, sekiranya boleh, untuk mengelakkan pengulangan panau di badan anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/tinea-versicolor

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/tinea-versicolor-cause-symptoms-treatments#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/315779

https://www.everydayhealth.com/tinea-versicolor/

Summary
Panau di badan dan rawatannya
Article Name
Panau di badan dan rawatannya
Description
Panau terbentuk daripada sejenis kulat. Setiap kulit mempunyai kulat ini, ia berlaku secara semulajadi walaupun pada kulit yang sihat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: