Pengenalan
Palpitasi jantung membuatkan anda berasa seperti jantung sedang berdegup terlalu kuat atau terlalu laju. Malah ia juga mungkin terasa seperti melangkau degupan atau badan sedang bergetar. Keadaan jantung ini boleh memberi kesan pada dada, tekak atau leher anda.
Ia boleh mengganggu atau menakutkan walaupun keadaan ini biasanya tidak serius atau berbahaya memandangkan palpitasi jantung boleh sembuh sendiri. Bagi kebanyakan kes, ia terjadi disebabkan oleh tekanan, kebimbangan atau kerana pengambilan kafein, nikotin atau alkohol yang terlalu banyak. Di samping itu, ia juga boleh berlaku semasa mengandung.
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, palpitasi jantung boleh menandakan keadaan jantung yang lebih serius. Oleh itu, jika anda mempunyai keadaan ini, sila berjumpa dengan doktor anda. Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami:
- Sesak nafas
- Pening
- Sakit dada
- Pengsan
Selepas doktor mengambil sejarah perubatan dan memeriksa anda, beliau boleh menjalankan ujian untuk mencari punca bagi keadaan ini. Jika beliau mendapati terdapatnya masalah, rawatan yang betul boleh mengurangkan atau melegakan palpitasi.
Penerangan
Palpitasi jantung boleh dirasakan seolah-olah jantung anda:
- Melangkau degupan
- Bergetar dengan cepat
- Berdegup terlalu cepat
- Berdebar-debar
- Flip-flop
Anda mungkin merasakan palpitasi jantung di bahagian leher serta dada anda. Malah, ia boleh berlaku ketika anda sedang aktif atau berehat.
Penyebab yang berkemungkinan
Palpitasi jantung mungkin terjadi berpunca daripada:
- Latihan berat
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Kebimbangan
- Ketakutan
- Panik
- Dehidrasi
- Perubahan hormon seperti semasa kehamilan
- Kelainan elektrolit
- Kadar gula dalam darah rendah
- Anemia
- Tiroid yang terlalu aktif atau hipertiroid
- Tahap oksigen atau karbon dioksida rendah dalam darah
- Kehilangan darah
- Terkejut
- Demam
- Ubat-ubatan tidak dipreskripsi (OTC), termasuk ubat-ubatan demam dan batuk, suplemen herba dan suplemen nutrisi
- Ubat-ubatan preskripsi, termasuk penghalang beta, penyedut asma, dan decongestants
- Dadah yang haram seperti amphetamine dan kokain
- Penyakit jantung
- Aritmia, atau irama jantung tidak teratur
- Injap jantung yang tidak normal
- Merokok
Kebanyakan palpitasi jantung adalah tidak berbahaya, namun ia boleh menjadi petanda bahawa anda mempunyai penyakit jika anda mempunyai:
- Aritmia
- Penyakit jantung (yang telah didiagnosis)
- Faktor risiko penyakit jantung
- Injap jantung yang rosak
Bila perlu menghubungi doktor
Berjumpalah dengan doktor jika palpitasi jantung itu cenderung untuk bertahan lebih lama daripada beberapa saat. Doktor boleh menentukan sama ada terdapatnya faktor lain yang menyebabkan palpitasi.
Keadaan ini biasanya termasuk:
- Penyakit jantung
- Masalah tiroid
- Kebimbangan
- Kegagalan jantung
- Penyakit injap jantung
Penyebab lain palpitasi jantung termasuklah:
- Senaman
- Tekanan
- Dehidrasi
- Penyakit
- Penggunaan ubat
- Pengambilan dadah haram
- Mengandung
- Kafein
- Penggunaan tembakau
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
Sesetengah ubat-ubatan yang preskripsi juga boleh menyebabkan palpitasi jantung. Tambahan pula, seseorang yang mengalami serangan jantung juga mungkin lebih cenderung untuk mendapat keadaan ini.
Rawatan yang dilakukan adalah bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini. Seorang doktor boleh mencadangkan alternatif seperti berikut untuk merawat keadaan anda:
- Pembedahan
- Penggunaan ubat-ubatan
- Alat pacu jantung
- Menukar ubat-ubatan yang boleh menyebabkan jantung berdebar-debar
Apa yang boleh diharapkan di klinik
Penyebab palpitasi jantung mungkin menjadi sangat sukar untuk dikenal pasti terutama jika palpitasi itu tidak berlaku semasa anda melakukan pemeriksaan dengan doktor.
Justeru itu, doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca bagi hal ini. Pastikan anda bersedia untuk menjawab soalan tertentu berkaitan dengan:
- Aktiviti fizikal
- Tahap tekanan
- Penggunaan ubat preskripsi
- Penggunaan ubat dan suplemen yang tidak dipreskripsi (OTC)
- Keadaan kesihatan
Jika perlu, doktor boleh merujuk anda kepada pakar jantung yang dipanggil pakar kardiologi. Ujian yang dapat dilakukan untuk membantu mengeluarkan faktor penyakit tertentu atau masalah jantung termasuklah:
- Ujian darah
- Ujian air kencing
- Ujian tekanan
- Rakaman ritma jantung selama 24 jam menggunakan mesin monitor Holter
- Ultrabunyi jantung, atau ekokardiogram
- Elektrokardiogram
- Sinar-X dada
- Kajian elektrofisiologi untuk memeriksa fungsi elektrik jantung anda
- Angiografi koronari untuk memeriksa bagaimana darah mengalir melalui jantung anda
Rawatan
Jika doktor mendapati bahawa anda mempunyai palpitasi jantung, biasanya tiada rawatan akan diperlukan. Sebaliknya, doktor anda mungkin mencadangkan cara bagi mengelakkan pencetus yang boleh menyebabkan palpitasi jantung pada masa hadapan.
Jika keadaan ini terjadi disebabkan keadaan seperti aritmia, rawatan yang dilakukan akan memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan tersebut.
RUJUKAN
https://www.healthline.com/health/heart-palpitations# diagnosis
https://www.webmd.com/heart-disease/guide/what-causes-heart-palpitations#1
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-palpitations/diagnosis-treatment/drc-20373201
https://www.medicalnewstoday.com/articles/321541.php#when-to-see-a-doctor
