nanas

Nanas memiliki seribu-satu khasiat terbaik yang bukan sahaja elok untuk dalaman tubuh badan bahkan, sangat bermanfaat untuk kecantikan luaran manusia.

Seperti yang kita semua jelas tahu, Nanas sering dijadikan ramuan yang melengkapi keenakan hidangan savori.

Namun dek kerana rasa masam-manisnya, buah ini lebih kerap dijadikan minuman berbanding dimakan begitu sahaja selain dijadikan perisa tambahan pada hidangan yogurt, pizza, mahupun sebagai bahan peraman daging yang boleh melembutkan tekstur daging.

Nanas memang sangat terkenal sebagai sejenis buah yang mampu menegangkan tekstur kulit kerana sifat kandungan astrigen semula jadinya yang tinggi.

Ramai telah mengakui bahawa jus Nanas yang disapu terus ke bahagian wajah bakal menjadikan kulit tegang dalam beberapa minit. Lebih kerap dilakukan, ianya lebih berkesan. Bahkan, mampu juga memudarkan parut.

Menurut perkongsian daripada pakar nutrisi, Ceria Sihat kongsikan 3 khasiat sebenar Nanas yang perlu kamu tahu!

Lacarkan Pencernaan Harian

Tidak dinafikan, ramai di antara kita yang sering mengalami masalah sukar membuang air besar. Umumnya, manusia sebaik-baiknya perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk dianggap normal tau?!

Seperti buah tropikal yang satu ini, Nanas memiliki sejenis enzim dipanggil Bromelain. Enzim unik ini sebernarnya mampu dan terbukti berkesan untuk membantu seseorang menghancur sekaligus, mencernakan kandungan protein di dalam tubuh dengan baik.

Ini secara tidak langsung akan mengurangkan ketidak-selesaan perut selepas makan seperti kembung perut serta rasa senak atau sebu.

Jadi, bolehlah kamu cuba mengamalkan meminum minuman jus nanas atau memakan terus potongan buah nanas bagi mengelak diri daripada diserang sakit sembelit okay?

Menguat Sistem Imunisasi

Ramai diantara kita sering mudah jatuh sakit kerana tidak memiliki sistem ketahan tubuh yang kuat bagi melawan segala macam serangan penyakit mahupun virus.

Adalah lebih baik dan ideal untuk kita mengelak daripada merawat sesuatu penyakit. Jadi untuk itu, ketahuilah bahawa Nanas sebenarnya mampu membantu tubuh untuk membina benteng imunisasi yang kukuh kerana ia memiliki kandungan Vitamin C yang tinggi. Malahan lebih tinggi berbanding Oren. Menakjubkan bukan?

Untuk pengetahuan kamu lagi, Vitamin C akan menyokong pertumbuhan dan pembaikan tisu dalaman tubuh. Jadi tidak mustahil kamu boleh mengelak penyakit dengan lebih efisyen apabila sudah memiliki kandungan Vitamin C yang mencukupi di dalam tubuh.

Oh, rupanya Vitamin C juga diyakini dapat membantu seseorang membakar kalori. Kalau sedang berdiet tu, bolehlah amalkan pengambilan Nanas sebagai buah yang dimakan terus atau dijadikan jus yang diminum harian.

Cantikan Kulit Secara Semulajadi

Adakalanya, lebih baik andai kita mempraktikkan penggunaan bahan alam semulajadi seperti buah-buahan untuk menyerlahkan kejelitaan tekstur kulit daripada mengunakan segala macam produk wajah yang mungkin mengandungi bahan kimia.

Dikhuatiri ini akan menyebabkan kulit berisiko untuk terkena keradangan atau kesan sampingan lain.

Seperti yang sering ditekankan pakar, Nanas sangat tinggi dengan kandungan yang mampu menyerlah kecantikan kulit dipanggil Manganese – digabung pula dengan sumber Vitamin C yang turut hadir di dalamnya.

Secara tidak langsung, kandungan Maganese mampu menggalak penghasilan kolagen semula jadi di dalam struktur lapisan kulit -berfungsi mengelak permasalahan kulit kendur dan berkedut.

Untuk pengetahuan semua lagi, Maganese juga bertindak sebagai antioksidan yang melindung sel kulit daripada kerosakan yang disebabkan sinaran UV matahari.

Jadi, jangan lupa untuk meminum segelas jus dari perahan segar Nanas setiap hari bagi memantapkan lagi menampilan kulit wajah.

Nah, sekarang sudah jelas tentang kebaikan alami yang dimiliki Nanas?

Jangan lupa untuk praktikan pengambilan Nanas dalam pemakanan seharian dan kongsikan informasi ini bersama teman dan keluarga kamu!

Jika kamu tidak suka akan rasa ‘tajam’ yang ada pada buah Nanas, boleh sahaja mengolah cara pengambilannya menerusi minuman “Smoothie” mudah.

Campurkan jus buah Nanas bersama potongan pisang yang sudah siap dibeku, dan yogurt berperisa Vanilla untuk kesegaran serta keenakan berganda. Kisar semuanya di dalam blender dan minum segera. Senang kan?

Selamat beramal.

SUMBER

https://www.tasteofhome.com/collection/benefits-of-pineapple/

https://www.health.com/nutrition/pineapple-benefits

https://www.health.com/nutrition/12-foods-with-more-vitamin-c-than-oranges

Summary
Pakar Nutrisi Kongsi 3 Khasiat Sebenar Nanas
Article Name
Pakar Nutrisi Kongsi 3 Khasiat Sebenar Nanas
Description
Nanas memiliki seribu-satu khasiat terbaik yang bukan sahaja elok untuk dalaman tubuh badan bahkan, sangat bermanfaat untuk kecantikan luaran manusia?
Publisher Name
Ceriasihat
Tagged: