Ovalette Dan Bagaimana Untuk Menggunakannya
Sekiranya anda bukanlah seorang pembuat roti mahupun kek, anda mungkin tidak begitu mengenali apakah itu ovalette serta kegunaannya dalam bidang penghasilan kek dan yang seerti dengannya.

Sekiranya anda bukanlah seorang pembuat roti mahupun kek, anda mungkin tidak begitu mengenali apakah itu ovalette serta kegunaannya dalam bidang penghasilan kek dan yang seerti dengannya. Oleh itu, jom ketahui tentang ovalette dan cara menggunakan ovalette dengan lebih lanjut kerana anda mungkin boleh menjumpai dan mencuba satu resipi kek yang memerlukannya nanti.

Walaupun terdapat juga resipi yang mengatakan bahawa ovalette hanyalah satu pilihan yang boleh dimasukkan atau sebaliknya, namun ada pihak mengatakan bahawa kek tidak akan mengembang atau naik dengan baik tanpanya.

Ovalette ini bertindak sebagai ‘emulsifier’ kek dan banyak digunakan bagi resipi kek span. Ia membuatkan kek menjadi lebih ‘spongy’ dan mengurangkan masa bagi penyediaan bahan-bahan kek ayng lain. Walaupun ia mungkin sukar untuk didapati di kedai runcit biasa, anda boleh mendapatkannya di kedai bahan-bahan kek yang berdekatan.

Jadi, apakah fungsi ‘emulsifier’?

Industri pembakaran roti dan kek adalah pengguna ‘food emulsifiers’ yang tersebut menurut sumber industri yang ada. ‘Emulsifiers’ adalah bahan permukaan yang aktif bagi menstabilkan campuran tidak homogen seperti air dan minyak.

Apabila air dan minyak wujud dalam satu sistem yang sama, minyak tersebut secara automatik akan terpisah dengan air dan terapung di bahagian atas. Untuk mengelakkan keadaan sebegini, ‘emulsifiers’ digunakan dalam formula makanan serta resipi roti dan kek. Antara contoh ‘emulsifiers’ biasa adalah lecithin, mono- dan di-glycerides, DATEM, SSL serta CSL.

Jadi, bilakah produk ovalette digunakan?

Kebanyakan resipi kek ada menggunakan ovalette seperti kek span, kek chiffon, kek swiss roll dan banyak lagi. Walaupun ia bukanlah satu bahan utama yang ada dalam setiap resipi kek, namun ia juga penting bagi menentukan eloknya sesebuah produk akhir kek itu.

Ovalette in berbentuk seperti pes berwarna kuning yang bersifat asid. Asid tersebut membantu memerangkap udara dengan lebih cepat agar kek menjadi stabil. Ini pastinya merupakan satu isu yang selalu berlaku bagi pembakar kek, jadi menggunakan produk ini dikatakan mampu mengelakkan kejadian kek yang jatuh bila dibakar serta bagi mendapatkan tesktur kek yang halus dan lembap di dalamnya.

Adakah produk ini halal?

Bagi masyarakat Muslim, isu halal bagi produk makanan pastinya menjadi satu aspek penting yang perlu dititik beratkan kerana bukan semua bahan yang ada itu diterima dalam agama Islam.

Mengikut info yang didapati daripada laman web azhan.co, bahan-bahan utama yang terkandung dalam ovalette terdiri daripada sumber daripada lemak haiwan mahupun lemak tumbuhan. Sekiranya bahan tersebut sememangnya daripada sumber tumbuhan yang halal dan dibenarkan dalam Islam serta mempunyai pengesahan halal, maka produk tersebut boleh disahkan sememangnya halal.

Namun, jika anda berasa was-was akan kandungan di dalamnya, ianya adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaannya dalam resipi kek anda. Ia mungkin diperoleh daripada sumber lemak seperti lemak babi atau lemak yang tidak disembelih seperti cara Islam, jadi elakkannya jika anda dalam situasi begitu.

SUMBER

https://bakerpedia.com/ingredients/emulsifiers/

https://www.alaf21.com.my/info-artikel/545/apa-itu-ovalette

https://www.azhan.co/apa-itu-ovalette/

Summary
Ovalette Dan Bagaimana Untuk Menggunakannya
Article Name
Ovalette Dan Bagaimana Untuk Menggunakannya
Description
Ovalette mungkin tidak begitu dikenali oleh masyarakat namun ia terkenal bagi pembuat roti mahupun kek kerana banyak terdapat dalam resipi-resipi roti atau kek tertentu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: