Oppo A93

Hujung tahun 2020, tepatnya bulan Oktober Oppo A93 telah diluncurkan dengan mempunyai pelbagai jenis warna iaitu Matte Black dan Metallic White. Seperti syarikat pengeluaran telefon pintar yang lain contohnya Samsung dan Xiomi, Oppo juga antara syarikat gergasi yang sering meluncurkan telefon pintar baharu.

Sejarah Oppo

Oppo Electronics Corporation yang juga sinonim dengan panggilan Oppo adalah suatu syarikat elektronik dan komunikasi yang berada di China sangat popular terutamanya berkaitan dengan telefon pintar, pemain video menggunakan Blu-ray dan lain-lain. Oppo juga adalah syarikat yang mengeluarkan telefon pintar yang sangat termuka dan juga merupakan jenama paling utama di China pada tahun 2016 dan juga mendapat kedudukan ke lapan dalam global.

Nama Oppo ini didaftarkan secara rasmi di China pada tahun 2004 dan bermula pada saat itu, Oppo mula mengembangkan sayapnya ke serata dunia. Pada tahun 2016 Oppo telah menempah nama di negara keluaran mereka iaitu di China, di mana Oppo menjadi pengeluar telefon pintar yang paling utama dan paling besar di China dengan rekod penjualan lebih daripada 200,000 kedai runcit.

Tawaran penajaan

Oppo pernah berjaya mendapat tarawan penajaan suatu pasukan kriket kebangsaan India pada tahun 2017 dan mendapatkan hak untuk untuk menunjukkan logo rasmi mereka pada pakaian pasukan kriket kebangsaan India itu bermula pada tahun 2017 hinggan 2022.

Ciri-ciri Oppo A93

Oppo A93 adalah antara telefon pintar yang digemari oleh masyarakat global dan juga majoriti rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa ciri menarik yang telah ditambah baik dan dilengkapi oleh Oppo A93 berbanding telefon pintar keluarannya sebelum ini.

Mempunyai skrin yang besar dengan keluasan 6.43 inci dengan teknologi skrin sentuh berkapasiti AMOLED yang membekalkan resolusi 1080 x 2400 pixel dan 409 PPI density. Terdapat juga 430 nit kecerahan.

Peranti ini dikawal selia oleh sistem operasi Android 10.0 dengan ColorOS 7.2 user interface. Mediatek Helio P95 Octa-Core Processor memastikan telefon pintar berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah tersangkut atau lambat.

Sementara itu, GPU pula dikawal selia dengan PowerVR GM9446. Ciri Bluetooth 5.1, GPS dengan !-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS, QZSS dan wayar USB jenis C 2.0. Dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman yang boleh dikembangkan dengan microSDXC.

Kamera yang terdiri daripada 48MP yang digunakan untuk ‘wide-angle’, 8MP yang digunakan untuk ‘ultra-wide-angle’, 2MP yang digunakan untuk ‘depth’ dan 2MP yang digunakan untuk ‘depth’ bagi pengesan. Oppo memang sangat popular dengan kualiti kamera yang di berikan. Terdapat banyak telefon pintar jenama Oppo yang mempunyai kualiti kamera yang sangat puas hati dan berbaloi dan ini juga dibuktikan dengan majoriti pengguna Oppo ialah golongan muda yang sangat suka mengambil gambar.

Kamera hadapan pula terdapat 16MP yang digunakan untuk ‘wide-angle’ dan 2MP yang digunakan untuk ‘depth’ bagi mengambil gambar swafoto. Kamera hadapan yang bagus adalah ciri yang sangat penting di mana kamera depan bertujuan untuk menngambil gambar swafoto atau lebih dikenali sebagai “selfie”. Pada zaman Instagram, Facebook, Snapchat dan Tiktok ini, golongan muda lah yang mendominasi platform ini di mana mereka gemar untuk menunjukkan dan memaparkan gaya hidup mereka kepada keluarga dan rakan karib mereka. Di samping itu, kamera yang cantik di tambah dengan kepandaian mengubah gambar boleh dijadikan suatu bakat dan ada juga yang dapat mencari duit lebih dengan menjual gambar yang di ambil dan di “edit” sehingga menjadi sangat cantik. Kebiasannya mereka menjual gambar di Shuterstock di mana ianya merupakan platform jual beli gambar yang sangat popular.

Baterinya yang diberikan adalah Non-removable Li-Po 4,000mAh yang boleh dicas dengan pantas 18 Watt. Non-removable bermaksud bateri telefon pintar ini tidak boleh dicabut begitu sahaja dengan mudah, tetapi perlu kepakaran untuk membuat perkara itu, kebiasannya pengguna akan hantar ke pusat servis yang dipercayai. Kebanyakan telefon pintar memang menggunakan non-removable bateri ini kerana untuk mengurangkan risiko bateri menjadi rosak akibat litar pintas atau kekerapan cabut dan buka bateri.

Kesimpulannya, telefon pintar Oppo A93 ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ciri-cirinya yang berbaloi dengan harganya. Terpulang kepada anda dengan kemampuan anda sama ada ingin memilikinya atau tidak, tetapi bagi kami, ianya sangat berbaloi.

SUMBER:

https://www.oppo.com/en/smartphones/series-a/a93/specs

https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a93

https://www.gizmochina.com/product/oppo-a93

Summary
Oppo A93: Telefon Pintar Berkualiti
Article Name
Oppo A93: Telefon Pintar Berkualiti
Description
Hujung tahun 2020, tepatnya bulan Oktober Oppo A93 telah diluncurkan dengan mempunyai pelbagai jenis warna iaitu Matte Black dan Metallic White. Seperti syarikat pengeluaran telefon pintar yang lain contohnya Samsung dan Xiomi, Oppo juga antara syarikat gergasi yang sering meluncurkan telefon pintar baharu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: